CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 977|Reply: 7

[Tempatan] 1,045 stesen Petronas di seluruh negara akan diubah suai

[Copy link]
Post time 26-4-2018 05:44 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Petronas Dagangan Berhad (PDB) memperuntukkan perbelanjaan modal RM300 juta bagi menaik taraf dan mengubah suai stesen sedia ada serta pelaksanaan aktiviti perniagaan keseluruhan pada tahun ini.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Mohd Ibrahimnuddin Mohd Yunus berkata, syarikat merancang untuk menaik taraf 15 stesen dan mengubah suai 1,045 stesen Petronas di seluruh negara.

“Kami lebih memberi fokus kepada stesen sedia ada, menvisualkan sesetengah cawangan Mesra melalui konsep warna hitam kelabu dengan tawaran dan perkongsian berbeza di mana kami mahu mengembangkan lagi perniagaan bahan api dan bukan api,” katanya pada mesyuarat agung tahunan ke-36 PDB di sini, semalam.

Beliau berkata, PDB sudah melaksanakan pelbagai inisiatif bagi membantu pengedar menjalankan perniagaan mereka dalam keadaan pasaran yang mencabar.

“Bantuan kami kepada pengedar termasuk menyemak semula yuran lesen yang lebih rendah, menyediakan insentif jualan lebih baik dan program jaminan margin pengedar,” katanya.

Ibrahimnuddin berkata, PDB juga merombak mata kesetiaan kad Mesra kepada tiga kali lebih tinggi di mana ia akan meningkatkan jualan di Kedai Mesra.

“Kami bekerjasama dengan pengedar untuk menyediakan penyelesaian holistik dan mewujudkan pengalaman pelanggan yang terbaik,” katanya.

Menurutnya, tiada stesen Petronas yang menamatkan operasi berbanding lebih 300 stesen petrol dalam industri itu ditutup sejak pengenalan mekanisme bahan api mingguan yang baru.

Sementara itu, PDB juga memuktamadkan tiga kontrak perniagaan komersial pada 2017 bagi membekalkan bahan api pesawat kepada US-Bangla Airlines, Himalaya Airlines and Air Seoul.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 April 2018
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2018 05:47 PM | Show all posts
tuka kale lak ke kedai mesra..
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2018 05:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Buat surau selesa mcm shell
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2018 06:03 PM | Show all posts
wahhh... alhamdulillah maju Petronas nih...
tak yah la buang2 staff ya lepas nih...
da leh nak renovate semua petrol pam tu, mesti la sbb ada profit kan..
semoga Petronas terus maju...
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2018 06:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Buat makanan.cm.kat petron pon ok
Iols.kalau pagi ahad nak.gi jenjalan..suka.mkn.nasi ayam di petron..n hotdog depa...sebelum.memulakan.perjalanan.ke.sopink.kompleks..haha
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2018 08:38 AM | Show all posts
kwn keje oil n gas bgtau skrg harga minyak tgh naik
petronas akan byk dpt benefit dari situ
silap haribulan akan bukak byk jawatan kosong lagi
tapi kene tunggu lagi sebulan ke 3 bulan baru tau ape petronas nk buat

yg pelik harga minyak malaysia bole kekal 5 minggu
pelik je xkata sape2 pon
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-4-2018 08:45 AM | Show all posts
mdhelmi replied at 27-4-2018 08:38 AM
kwn keje oil n gas bgtau skrg harga minyak tgh naik
petronas akan byk dpt benefit dari situ
silap  ...

kann
senyap xberkutik pun

blh je menten



Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2018 08:58 AM | Show all posts
yg dok nampak stesen petronas skg buat skrin pamer harga semasa bahan api mcm stesen minyak kat thailand. Tp aku rasa x bermanfaat pun sbb harga minyak kat sini sama utk semua stesen and satu negara. kalau kat thailand tu lain la, setiap stesen harga x sama walaupun sama syarikat minyak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:30 PM GMT+8 , Processed in 0.420537 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list