CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2429|Reply: 29

[Tempatan] Nafi Sabah antara negeri mundur, termiskin sejak 15 tahun fixed aset BN

   Close [Copy link]
Post time 26-4-2018 05:48 PM | Show all posts |Read mode
Tuduhan Sabah mundur, termiskin tidak berasas - Musa Aman
Diterbitkan pada April 26, 2018 05:35 MYT

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman berkata tuduhan pihak tidak bertanggungjawab kononnya Sabah negeri mundur dan termiskin adalah suatu yang tidak berasas sama sekali.

Beliau berkata pencapaian Sabah dalam pelbagai sektor sejak kerajaan negeri ini diterajui parti Barisan Nasional (BN) 15 tahun lalu, berbanding tempoh sama sebelum itu, membuktikan bahawa segala tuduhan berkenaan adalah tidak berasas.

Menurutnya, dalam tempoh 30 tahun dari awal 1970-an hingga tahun 2000, pendapatan negeri meningkat RM1 bilion kepada RM1.7 bilion pada 2004.

Selepas kerajaan BN memerintah selama 15 tahun selepas itu, hasil negeri meningkat tiga kali ganda kepada RM3 billion dan kini mencecah RM4 bilion, katanya ketika berucap melancarkan manifesto BN Sabah bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Rabu malam.
Menurut Musa, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Sabah telah meningkat dari RM59.5 bilion pada tahun 2011 kepada RM73.8 bilion pada tahun 2016 dan pencapaian itu telah meletakkan kedudukan ekonomi negeri di tangga kelima berbanding negeri-negeri lain.

"Kita tidak akan berhenti setakat ini. Matlamat kita menjadikan Sabah jauh lebih maju, Negeri Di Bawah Bayu, di atas mercu. Oleh itu, tanggapan bahawa Sabah adalah negeri termiskin adalah pembohongan besar semata-mata," tegasnya.

Musa, yang juga Pengerusi BN Negeri, berkata Sabah juga telah berjaya mempelbagaikan sumber ekonominya sehingga pendapatan bertambah berlipat kali ganda dan dengan itu kebergantungan kepada balak sebagai sumber pendapatan berjaya dikurangkan daripada 85 peratus kepada 13 peratus.

Beliau juga menafikan kononnya kerajaan BN mengeksploitasi khazanah hutannya kerana fakta menunjukkan Sabah adalah negeri di Malaysia yang mempunyai kawasan hutan simpan terbesar iaitu 53 peratus dari keluasan bumi negeri ini.

Tidak cukup dengan itu, katanya, Sabah juga mempunyai kadar Kawasan Perlindungan Penuh (TPAs) yang tertinggi iaitu hampir 30 peratus, tiga kali ganda melebihi 10 peratus standard piawaian antarabangsa selain telah melaksanakan penanaman semula kawasan hutan melebihi 700 ribu hektar.

Justeru, katanya, rekod pencapaian Sabah membuktikan tuduhan bahawa negeri itu mundur dan penduduknya miskin adalah tidak berasas sama sekali. -- Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2018 06:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa kata anda @chazey ?
Ada perubahan drastik atau perubahan.slow slow slow gitchu?
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2018 07:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Andai kata...Sabah ,Swak mundur kerana diperintah oleh BN....mengapa Pulau Pinang dan Selangor jauh lebih maju drp negeri borneo berkenaan...semasa ke empat 4 negeri berkenaan sama2 diperintah oleh BN dari taun 1963-2007.Apa yg berlaku...sebenarnya???
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2018 07:17 PM From the mobile phone | Show all posts
fix deposit la..1 parlimen ada dlm purata 20 ribu pengundi..sabah dgn sarawak je ada sekurang2nya 50 parlimen..sapu bersih 2 negeri ni dh dpt separuh jalan ke putrajaya..

so mcm mana nk protect fix deposit ni? kasi mundur la..so rakyat dia cuma akan menonton tv3 suku dan akan terhindar dari jangkauan puak pembangang..simple!
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2018 08:30 PM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 26-4-2018 06:09 PM
Apa kata anda @chazey ?
Ada perubahan drastik atau perubahan.slow slow slow gitchu?

Bergantung kawasan. If muntri tempat ko rajin, membangun la kawasan tu. Daerah ai muntri rajin. Memang jauh berubah dari zaman Mahathir versus Pak Lah versus Najib. Sah2 zaman Najib la tempat ai paling senang masuk peruntukan buat itu ini. So sorry pembangang, sah2 Biyen tatap manang tempat ai.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2018 08:33 PM From the mobile phone | Show all posts
zidane_ziege replied at 26-4-2018 07:17 PM
fix deposit la..1 parlimen ada dlm purata 20 ribu pengundi..sabah dgn sarawak je ada sekurang2nya 50 ...

TV3 mana hada dapat di kawasan pedalaman dan luar bandar Sabah jika tiada Astro. Tu cenel belah bandar kawasan pembangang jah tu. Tu pon kabur2 tanpa Astro.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-4-2018 08:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 26-4-2018 07:08 PM
Andai kata...Sabah ,Swak mundur kerana diperintah oleh BN....mengapa Pulau Pinang dan Selangor jauh  ...

Sah ko tak tau lansung sejarah politik Sabah. Sapa kata BN perintah Sabah dari 1963 - 2007?
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2018 08:48 PM From the mobile phone | Show all posts
chazey replied at 26-4-2018 08:36 PM
Sah ko tak tau lansung sejarah politik Sabah. Sapa kata BN perintah Sabah dari 1963 - 2007?

lupa lak...Sabah pernah diperintah oleh berjaya dan pbs...so apa beza sbh.masa bwh berjaya,pbs dan bn???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2018 09:46 PM | Show all posts
(Sarawak tu dah lama maju jaya aman makmur sejahtera sepanjang tempoh kuasa Taib Mahmud)
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2018 09:49 PM From the mobile phone | Show all posts
PEPPERMAN replied at 26-4-2018 09:46 PM
(Sarawak tu dah lama maju jaya aman makmur sejahtera sepanjang tempoh kuasa Taib Mahmud)

selalu jer dgr Sabah,Swak...miskin,mundur(banding ngn negeri2 semenanjung).
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2018 10:06 PM From the mobile phone | Show all posts
chazey replied at 26-4-2018 08:30 PM
Bergantung kawasan. If muntri tempat ko rajin, membangun la kawasan tu. Daerah ai muntri rajin. Me ...

Well
Bn skang pon dh bersaing sama sama dgn pembangkang sebab.persaingan sengit kan..
Jadi..depa.kena ada beberapa kawasan yang difokus utk menang..hihi..
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2018 10:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Sabah sarawak ni susah sikit percaturannya. Parti2 dari semenanjung susah nak dpt sambutan. Parti2 native anak negeri akan menang besar mcm selalu. Harap mrk lompat keluar BN selepas pru14
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2018 10:19 AM From the mobile phone | Show all posts
chazey replied at 26-4-2018 08:33 PM
TV3 mana hada dapat di kawasan pedalaman dan luar bandar Sabah jika tiada Astro. Tu cenel belah ba ...

mak oi..lagi teruk rupanya..lagi mudah nk kn kelentong..kah kah
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2018 07:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Memang mundur pun. Setaraf negeri Pantai Timur dan Utara. Walhal antara negeri pendapatan tinggi dan ada minyak/sawit etc. Keretapi zaman British,Jalanraya pun satu lorong je. Ada sesetengah kawasan jalan tanah merah lagi. Ribuan orang Sabah berhijrah ke Lembah Klang dan Johor setiap tahun. Member Sabahan aku gitau bukan xde keja tapi gaji rendah sangat RM 900 je . Yang membangun KK jela. Dulu gi diving ke Semporna area Sapie Bedal Semporna cantik tapi kotor yahamat. Dahtu KM diorang dah nak jadi Taib Mahmud 2.0 dah tapi still majoriti Sabahan nak dia sebagai KM. Hadap jela
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2018 08:05 AM From the mobile phone | Show all posts
pahang is mundur. hidop pahang sbg fixed deposit terulong
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2018 08:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Sarawak memang mundur pon
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2018 08:25 AM | Show all posts
Bandar lain saya tak tau di Sabah tu.. tapi kk tu tak mundur lah bersih pun bersih. Jauh lagi bagus dari setengah bandar di semenanjung .

Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2018 02:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by chazey at 28-4-2018 02:45 PM
Skuau replied at 26-4-2018 08:48 PM
lupa lak...Sabah pernah diperintah oleh berjaya dan pbs...so apa beza sbh.masa bwh berjaya,pbs dan ...


Zaman Berjaya aku belum lahir. Zaman PBS, Yayasan Sabah kaya raya. Federal punya kedekut tak mau bagi peruntukan kat Sabah masa tu so everything kerajaan negeri yang kuar fund. Zaman BN di bawah Mahadet, Sabah masih dipandang sepi. Zaman Pak Lah baru sikit2 peruntukan mula melimpah ruah masuk. Zaman Najib, Sabah paling senang dapat peruntukan siap ramai muntri Sabahan naik pi JPM. Zaman Najib memang ketara berbeda ya banding zaman Mahadet dulu2. Jalanraya pon dah banyak siap sampai akses gi pedalaman ngan luar bandar pon dah cukop mudah siap hada jalanraya alternatif lagi yang boleh shortcut perjalanan dari 4 jam ke 1 jam setengah. So, sorry la. Sah2 BN tetap menang di Sabah.
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2018 02:40 PM From the mobile phone | Show all posts
zidane_ziege replied at 27-4-2018 10:19 AM
mak oi..lagi teruk rupanya..lagi mudah nk kn kelentong..kah kah

Hapa pon aku geli dengan parti Warisan. Dah la kepalanya Sapie Bedal. Mudah2an kalah geli nak sokong parti pilak.
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2018 02:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by chazey at 28-4-2018 02:49 PM
LaksamanaBentan replied at 28-4-2018 07:40 AM
Memang mundur pun. Setaraf negeri Pantai Timur dan Utara. Walhal antara negeri pendapatan tinggi dan ...


Mundur2 pun ko jangan - semua muntri parlimen dan DUN KDM, at least hada degree. Walau asal dari pedalaman hutan sekalipun tapi tetap mampo blaja sampai UK, US padehal mak pak petani jah. Bayangkan la kalau Sabah maju macam Semenanjung dah berapa banyak boleh accomplish. Ini korang hada macam2 tapi pemikiran yarobi masih backward sesangat nampak salib pon kecoh.

Btw, majoriti benci KM tu. Apa ko ingat takda cobaan dalam parti ka untuk gulingkan beliaw beberapa tahun dolu? Tapi tak berjaya sebab dia lagik licik. Federal suka KM Sabah tu. Jenis yes boss. Sebab tu dia naik jah, Pak Lah terus hapuskan sistem penggiliran KM yang dipelopori Mahadet.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 09:05 AM GMT+8 , Processed in 0.391201 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list