CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 740|Reply: 6

[Tempatan] SPR larang Suhakam pantau pilihan raya

[Copy link]
Post time 26-4-2018 05:52 PM | Show all posts |Read mode
SPR larang Suhakam pantau pilihan raya

https://www.malaysiakini.com/news/421724

Diterbitkan 26 Apr 2018, 5:26 petang  |  Dikemaskini 26 Apr 2018, 5:43 petang



PRU14 l Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) telah gagal dalam usahanya untuk menjadi pemantau pilihan raya yang mendapat tauliah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Dalam satu kenyataan hari ini, Suhakam berkata ini bermakna anggota suruhanjaya itu tidak dibenarkan masuk ke pusat mengundi.

"Suhakam tidak dapat memahami keputusan ini terutama kerana kami dimaklumkan pemerhati antarabangsa akan hadir semasa pilihan raya.

"Suhakam merupakan institusi yang berintegriti dan mendapat kekuatannya daripada mandat undang-undang bagi melindungi dan mempromosikan hak asasi manusia di Malaysia. Demi kepentingan awam, Suhakam akan meneruskan rancangan pemantauan pilihan raya.


"Pilihan raya yang bebas dan adil atau sebaliknya merupakan faktor utama hak asasi manusia, dan Suhakam menyeru SPR mengiktiraf dan memperakui prinsip-prinsip hak asasi manusia yang berkaitan dengan pilihan raya yang berintegriti," kata Suhakam.

Pada 10 April lalu, SPR mengumumkan akan mengundang pemerhati pilihan raya antarabangsa bagi meninjau ketelusan proses pilihan raya umum (PRU) ke-14 melibatkan sekurang-kurangnya tujuh negara - Indonesia, Thailand, Maladewa, Timor Leste, Kemboja, Kyrgyzstan dan Azerbaijan.

SPR turut mengundang Malaysian Commonwealth Studies Centre (MCSC) yang kurang dikenali untuk memantau pilihan raya.

Walau bagaimanapun, SPR tidak menyatakan syarat-syarat bagi pemerhati ini dan masih belum lagi mengenal pasti mana-mana pihak pemantau, walaupun hari penamaan calon cuma tinggal dua hari lagi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2018 07:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg diwar warkan belum diundang, yg sedia ada x dibenarkan pantau? So tiada sesiapa pantaula, gitu?
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2018 07:44 PM From the mobile phone | Show all posts
kata telus bagai ..  takut apa ?
spr duduk diam2 la ..  buat kerja hang . org lain biar buat keja depa .
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2018 08:26 PM | Show all posts
apasai takot sgt? kalau tak buat salah kenapa mau takat lanciao la spr pukimak
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2018 08:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Dari 7 negara ni, hanya Indon aje yang betul2 demokrasi, what a joke SPR ...
... pemerhati pilihan raya antarabangsa bagi meninjau ketelusan proses pilihan raya umum (PRU) ke-14 melibatkan sekurang-kurangnya tujuh negara - Indonesia, Thailand, Maladewa, Timor Leste, Kemboja, Kyrgyzstan dan Azerbaijan.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2018 08:35 PM From the mobile phone | Show all posts
7 negara pemerhati pun ya ampun pprtnya. Bau ikan sangat.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-4-2018 08:39 PM From the mobile phone | Show all posts
mmg ada hanky panky la jawabnya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 10:39 PM GMT+8 , Processed in 0.054432 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list