CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 277298|Reply: 2540

Edisi ‘SHARENTING’ : Hairul Azreen dan Hanis Zalikha Dilabel Sebagai Ibu Bapa Ya

     Close [Copy link]
Post time 26-4-2018 11:27 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Kangkung1M at 15-5-2018 02:26 AM

Hairul Azreen Pelakon Filem Aksi Tempatan Yang Pertama Bakal Mencipta Nama di Hollywood? Adakah Beliau Anak Malaysia Kedua Bakal Menembusi The Ellen Show Selepas Henry Golding?


Hairul Azreen. Siapa tidak kenal beliau. Seorang pelakon filem aksi tanahair yang cukup hebat dan popular.

Hairul Azreen kini layak diangkat sebagai pelakon filem elit bertaraf Kelas A dan berada dalam liga yang tersendiri kerana telah menunjukkan lakonan yang mantap dalam filem seperti Senario The Movie Ops Pocot, Keramat, Hantu Kapcai, Gila-Gila Remaja 2, Pak Pong dan Pencuri Hati Mr. Cinderella.

Malah Hairul diramalkan akan menggegarkan panggung wayang seluruh negara pada pertengahan tahun ini dengan lakonan hebatnya dalam filem bergenre aksi romantik berjudul Qhaliq, yang berkisarkan tentang anggota Bomba & Penyelamat Malaysia.


Bukan sahaja Qhaliq, malah ada beberapa lagi filem lakonannya yang bakal ditayangkan di pawagam seperti Polis Evo 2, Operasi-X dan Paskal The Movie.











Menempa Nama di Hollywood Walk of Fame


Berdasarkan siri wawancara Hairul Azreen dengan pengamal media hiburan tempatan, beliau kini sedang dalam usaha mengukuhkan portfolionya sebagai seorang pelakon untuk menembusi pasaran antarabangsa terutamanya Hollywood.


Hairul menjadikan kejayaan bintang ternama Datuk Jackie Chan sebagai pencetus semangat untuk beliau berusaha merealisasikan impiannya itu.



Sebab itu setiap hari Hairul akan memuat naik video beliau melakukan pergerakan akrobatik dan bersenam di gimnasium agar pihak penerbit filem antarabangsa terpegun dan tertarik dengan aksi yang dipamerkannya itu.






Malah selepas terlibat di dalam produksi Paskal The Movie, Hairul dilihat semakin mahir mengendalikan senjata api.


Baru-baru ini Hairul telah memuat naik satu video di instagram menunjukkan kemahirannya meleraikan senjata api dalam masa yang begitu singkat.

Video Kredit kepada Meninobytes Entertainment YouTube Channel

Hebat bukan? Adakah beliau ingin menunjukkan yang beliau mempunyai skill lebih hebat daripada anggota keselamatan negara yang sebenar?

Tinggalkan tentang isu senjata api tersebut. Sekarang berbalik kepada Hollywood semula.

Dengan mempunyai pengalaman menggunakan senjata api, peluang Hairul untuk mencipta nama di Hollywood akan lebih cerah kerana produksi filem di sana banyak menggunakan senjata api sebagai prop utama dalam pembikinan sesebuah filem aksi.

Hairul juga bertuah kerana sentiasa mendapat sokongan dan bimbingan daripada isterinya, Hanis Zalikha untuk mengejar impian mencipta nama di Hollywood.



Persediaan Hairul Azreen Sebelum Mencipta Nama di Hollywood

Mempelajari Asas Bahasa Inggeris

Semua sedia maklum bahawa untuk menempa nama di Hollywood, mereka haruslah menguasai bahasa Inggeris dengan baik.



Video Kredit kepada Hot Instagram YouTube Channel


Video Kredit kepada Fashionvalet YouTube Channel


Video Kredit kepada Asal Artis YouTube Channel




Screenshot Kredit kepada @Shanadra


Begitu juga dengan Hairul Azreen. Sebelum ke Hollywood, beliau harus mempelajari asas penulisan dan pertuturan bahasa Inggeris agar mudah untuk mendapat tempat dalam industri perfileman antarabangsa.

Kini beliau dilihat banyak menggunakan bahasa Inggeris dalam kehidupan sehariannya sebagai persediaan sebelum melebarkan kerjaya seninya di Hollywood.

Malah banyak kapsyen di laman sosialnya ditulis dalam bahasa Inggeris.



Screenshot Kredit kepada @brainbiru
Screenshot Kredit kepada @brainbiru
Screenshot Kredit kepada @brainbiru

Dari segi pertuturan, Hairul mula belajar berbual dalam bahasa Inggeris bukan sahaja ketika bersama ahli keluarga, malah ketika bersama rakan-rakannya.

Video Kredit kepada Pareng Log YouTube Channel

Walaupun permulaannya nampak janggal dan menjadi bahan persendaan orang sekeliling, namun penulis percaya dengan latihan intensif di bawah bimbingan isterinya, Hairul pasti boleh menguasai asas bahasa Inggeris dalam masa yang singkat.

Video Kredit kepada Sara KB YouTube Channel

Saranan penulis, Hairul mungkin boleh turut serta dalam sesi pembelajaran dan pengajaran bersama Yusuf dan Hanis menggunakan buku kamus bergambar.

Video Kredit kepada Sara KB YouTube Channel

Mulakan latihan dengan belajar menyebut nama benda dan binatang dengan betul agar tidak lagi mengulang kesilapannya sebelum ini yang menyebut snake menjadi ‘snack’, squid menjadi ‘sikuit’, french toast ‘british tos’, tunnel ‘tunel’, confirm ‘kompom’, actually ‘ekceli’ dan banyak lagi.

Penulis juga ingin mencadangkan agar Hairul turut mendapatkan bimbingan dan tunjuk ajar daripada anak saudara Hanis iaitu Camilla yang baru berusia 4 tahun tetapi mempunyai tahap penguasaan bahasa Inggeris yang amat baik.  

Penulis yakin dalam masa 3 bulan sahaja, Hairul pasti sudah dapat menguasai bahasa Inggeris dengan cukup ‘sempurna’, seperti quote beliau di bawah ini tentang 'kesempurnaan dalam tempoh 3 bulan'.



Mengubah Imej dan Penampilan

Hairul seringkali melabelkan diri sendiri sebagai individu yang mempunyai wajah ‘jambu’.


Menurutnya lagi, kerana ‘kejambuan’, kekacakan dan keremajaan wajahnya itu, ramai peminat wanita mengilainya.



‘Kejambuan’ wajahnya itu bukan sahaja membuatkan dirinya amat popular di persada seni tempatan, malah turut meletakkannya di dalam dilema. Ini kerana ketampanan dan keremajaan wajahnya itu menyukarkan Hairul mendapat kepercayaan pihak penerbit untuk menggalas watak hero di dalam filem bergenre aksi.


Di atas sebab itu, Hairul sanggup membuat transformasi fizikal dengan menurunkan berat badan, menggelapkan kulit wajah dan menyimpan misai untuk tampak lebih maskulin dan gagah.


Katanya lagi, imej baru yang ditampilkannya kini akan memudahkan lagi laluannya untuk menembusi industri perfileman Hollywood kerana wajah sebegitu sering menjadi persona tarikan pihak penerbit untuk diangkat sebagai hero filem aksi.






Menghadkan Kemunculan di Kaca Televisyen

Selepas menerima tawaran berlakon filem ‘back-to-back’ kebelakangan ini, graf populariti Hairul Azreen mendadak naik.

Maka dengan populariti, nilai dan prestij yang dimiliki oleh Hairul sebagai pelakon bertaraf kelas A, beliau kini sudah mampu untuk memilih dan membuat penetapan terbaik untuk mana-mana tawaran lakonan yang datang kepadanya demi menjaga statusnya yang berada dalam kelompok pelakon elit tanahair.

Selepas ini, hanya tawaran filem yang mempunyai skrip dan jalan cerita yang menarik serta gempak sahaja yang akan dipertimbangkannya.

Beliau juga telah mula menghadkan kemunculannya di kaca televisyen bagi menjaga nilai eksklusifnya.


Kesimpulan

Hairul Azreen adalah seorang pelakon yang seharusnya mendapat perhatian sewajarnya daripada pihak penerbit filem tempatan mahupun antarabangsa.

Hairul pernah menyuarakan beberapa kali tentang keinginannya untuk menjadi seorang Superman.

(Sumber Kredit kepada @brainbiru )

Seharusnya pihak penerbit filem mengambil peluang ini menghasilkan sebuah filem superhero versi tempatan kerana industri seni tanahair mempunyai pelakon luar biasa seperti Hairul, seorang lelaki dewasa yang bercita-cita menjadi Superman.


Penulis yakin filem tersebut pasti mencapai jualan tiket ‘pecah panggung’ kerana Hairul sendiri dalam kehidupan sehariannya hebat terbang ke sana sini:

  • Terbang di atas eskalator

Video Kredit kepada MediaHiburanOfficial YouTube Channel

  • Melompat terbang keluar dari bot laju secara tiba-tiba

Video Kredit kepada Alya Adriana YouTube Channel

  • Terbang dari tembok batu ke kolam renang

Video Kredit kepada Sara KB YouTube Channel

  • Memandu kereta dengan laju di atas jalan raya seolah-olah seperti mahu terbang untuk sampai ke destinasi

Video Kredit kepada Sara KB YouTube Channel

Video Kredit kepada Sara KB YouTube Channel

  • Memberi tumbukan 'angin' dan di akhiri dengan aksi separa terbang ke atas tubuh anaknya

Video Kredit kepada Sara KB YouTube Channel

Dan pelbagai kategori terbang lagi.

Renung-renungkan.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2018 11:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Yayyy rumah baru utk kek's bimbos! Padu rumusan TT!
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2018 11:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Hahaha..tergelak aku..gigih baca sampai abis
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2018 11:57 PM From the mobile phone | Show all posts
"Rindu nak letak #hairultrainingforfilem"

Ni pun kekrul sibuk nk cakap, puhleaseeeee laaaa

Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2018 11:58 PM | Show all posts
nak masuk hollywood jugak..jgn jadi mcm Raja Ilya udah laa..pung pang pung png..alih alih reject offer
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2018 11:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Tinggi betul impian dia nih. Moga termakbul lah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-4-2018 12:01 AM | Show all posts
Gigih meols bc smpai abis...

Tahniah tt...rumah baru
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2018 12:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagus cara penulisan tt. Terhibur sis
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2018 12:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by indenial at 27-4-2018 12:35 AM

Yayyyy rumah baru welcome back kung! Good job utk isi yg padat dan mantap!

Btw, HIMBO stands for HairulbIMBO kah?
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2018 12:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Yeay, kekkung kembali.
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2018 12:59 AM From the mobile phone | Show all posts
bc kt ig keknis kekrul nk ckp rindu tp ntn x askar plk katanya
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2018 01:00 AM From the mobile phone | Show all posts
penulisan tt walau berunsur sarcasm tapi kualitinya jauh bertiang meninggalkan standard penulisan wartawan cari yg berada di kelasnya yang syok sendiri juga standard penulisan kolumnis cari yg dah lama MIA selepas article2 nukilannya menerima kecaman hebat forumer
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2018 01:05 AM From the mobile phone | Show all posts


Kakung mmg x pernah mengecewakan akak utk tergeletek hati tatkala membaca article dan komen kakung!
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2018 01:16 AM From the mobile phone | Show all posts
kalau herul baca ni mesti dia ingat tt tengah puji dia
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2018 01:20 AM From the mobile phone | Show all posts
MarryPottet replied at 27-4-2018 01:00 AM
penulisan tt walau berunsur sarcasm tapi kualitinya jauh bertiang meninggalkan standard penulisan wa ...

yes, i pon sanggup baca smp hbs ayat2 pnjg tt n oh ya br pasan jg penulis jemputan forom cari dah lama xmuncul ekk
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2018 01:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Yes rumah baru kek family..rindu i
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2018 01:22 AM From the mobile phone | Show all posts
kekrull belakon jadi stuntman kot dlm FF9 . boleh la bawah gtr ganti paul walker . rsnya sblm ni macam pnh nampak adiporn blakon filem bollywood kan? yg ada shaheukh khan masa shooting kat msia. lps tu apa cer filem haron ajis bollywood jugak tak silap jd angkasawan ke apa ntah. international jugakkkkk
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2018 01:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Ya ampun TT gigihnya spend time masa karang ayat berjela2 utk Kekrul..
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2018 01:26 AM From the mobile phone | Show all posts
TT ade list cite die belakon. Haram 1 pun tk penah tgk. Sorry kek rul. Penah tgk sekali je tu pun cite misikukuza
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2018 02:19 AM | Show all posts
Haram j kah3

#HairulTrainingforFilem
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 03:01 PM GMT+8 , Processed in 0.774410 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list