CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6338|Reply: 78

[Tempatan] ROSLIZA GAGAL PEROLEH PERISYTIHARAN DIRINYA BERAGAMA BUDDHA.

  [Copy link]
Post time 26-4-2018 11:55 PM | Show all posts |Read mode

ROSLIZA GAGAL PEROLEH PERISYTIHARAN DIRINYA BERAGAMA BUDDHA
PUTRAJAYA, 25 April : Seorang wanita yang mendakwa dilahirkan sebagai anak tak sah taraf kepada bapa beragama Islam dan ibu beragama Buddha, kalah dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan hari ini untuk mengisytiharkan dirinya bukan beragama Islam.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan dianggotai Datuk Umi Kalthum Abdul Majid, Datuk Vernon Ong Lam Kiat dan Datuk Suraya Othman menolak rayuan Rosliza Ibrahim.

Rosliza merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 22 Jun 2017 yang menolak saman pemulanya untuk memohon perisytiharan bahawa dia beragama Buddha dan bukan beragama Islam.

Hakim Umi Kalthum yang mempengerusikan panel itu berkata tiada kekhilafan boleh dirayu dalam keputusan pesuruhjaya kehakiman Mahkamah Tinggi itu dan mahkamah rayuan mengesahkan keputusan itu.

Rosliza, 36, memfailkan saman pemula pada  2015 memohon perisytiharan bahawa dia seorang anak tak sah taraf yang dilahirkan ibu beragama Buddha, bahawa dia bukanlah beragama Islam dan Mahkamah Syariah tiada bidang kuasa terhadapnya.

Wanita itu mendakwa dia dibesarkan sebagai penganut Buddha oleh ibunya, dan dia terus menganut agama Buddha sehingga hari ini.

Rosliza menamakan Kerajaan Selangor sebagai responden dalam saman pemula itu dan  Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dibenarkan sebagai pencelah.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi menegaskan Rosliza dilahirkan sebagai seorang beragama Islam dan Mahkamah Syariah mempunyai kuasa untuk membuat keputusan terhadap permohonan bagi mengisytiharkan dia bukan lagi beragama Islam.

Dalam prosiding hari ini, peguam  Aston Paiva yang mewakili Rosliza berhujah, anak guamnya dikatakan lahir sebagai seorang Islam berdasarkan andaian terdapat pernikahan yang sah antara ibu bapanya dan ibunya pula telah memeluk Islam, bagaimanapun tiada sebarang rekod berkaitan pernikahan mereka itu.
Beliau berkata Mahkamah Syariah hanya boleh membuat perisytiharan apabila seseorang itu bukan lagi beragama Islam, tetapi mahkamah itu tidak boleh mengeluarkan perintah bahawa seseorang itu bukan beragama Islam.
Penasihat Undang-undang Negeri Selangor Datuk Nik Suhaimi Nik Sulaiman pula berhujah Rosliza dianggap beragama Islam berdasarkan kad pengenalannya dan cara terbaik baginya untuk mengisytiharkan dirinya bukan lagi beragama Islam adalah melalui Mahkamah Syariah.

Sepasukan peguam yang diketuai Datuk Zainul Rijal Abu Bakar mewakili MAIS.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-4-2018 11:56 PM | Show all posts
Edited by FOTHER-MUCKER at 26-4-2018 07:59 AM

Patutlah lobai bangga sangat dengan number 1.8billion termasuk syiah dan bermacam macam jenis agama islam yang lain.
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2018 12:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah dia ngaku x amalkn islam... ngape tak benarkan je eh? Bukan ke org mcm ni yg jdi musuh dlm selimut? Ke mcmana?

Klu org da x suka, buat apa laa nak ditahan2....
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2018 12:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Jantan tagune bapaknye.. pancut dalam pastu tinggal
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2018 12:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Tiada paksaan dlm beragama my ass
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2018 12:21 AM From the mobile phone | Show all posts
suriamir replied at 27-4-2018 12:02 AM
Dah dia ngaku x amalkn islam... ngape tak benarkan je eh? Bukan ke org mcm ni yg jdi musuh dlm selim ...

Siapa pula yg jd musuh dlm selimut?
Dia hanya nak hak dia utk beragama saja.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-4-2018 12:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Rosliza, meh akak ajo.

Ambik gamba ko semayang kat tokong.
Ambik gamba ko sembah patung Buddha.
Ambik gamba ko makan babi (kalau ko bukan vegetarian).
Ambik gamba ko minum beer, wine, whatever.

Present kat court. Sebagai bukti ko Buddhist dan tak amalkan ajaran Islam lansung.

Akak taw ada orang pernah guna cara ni. Dia menang kes murtad kat syariah court.
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2018 12:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Biaq pi la nama melayu...untong woo blh masuk asb, beli rmh lot bumi murah sikit, isi borang rm2 masuk parti keris...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2018 12:38 AM | Show all posts
Kalau dia anak tak sah taraf , mengikut ajaran Isle versi wal sunnah dan berjemaah aliran Shafie, bapa kandong dia boleh kawen dengan dia....

Wallahualam.

Apa apa pon syabas diucapkan kepada Isle. Isle 1 -  Kapir 0

Takbirrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr.......
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2018 12:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Buddha tu agama ke?

Bukan orang ke?

Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2018 01:23 AM From the mobile phone | Show all posts
suriamir replied at 27-4-2018 12:02 AM
Dah dia ngaku x amalkn islam... ngape tak benarkan je eh? Bukan ke org mcm ni yg jdi musuh dlm selim ...

Tak boleh terus macam tu, kalau lah sesenang tu proses, tengok tak amalkan islam, kita isytiharkan dia murtad. Maka lepas ja kes ni menang, dia murtad, mungkin akan lebih ramai orang yang nak ikut jejak langkah cikki ni. Mungkin jabatan agama nak selamatkan akidah dia. Mungkin lepas ja kes ni, jabatan agama panggil untuk kelas fardhu ain?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-4-2018 01:43 AM | Show all posts
kakmonaBN replied at 26-4-2018 08:41 AM
Buddha tu agama ke?

Bukan orang ke?

Macam lu lah masuk tokong pintu belakang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-4-2018 01:44 AM | Show all posts
Membercaribaru replied at 26-4-2018 09:23 AM
Tak boleh terus macam tu, kalau lah sesenang tu proses, tengok tak amalkan islam, kita isytiharkan ...

Walaupun semejak lahir tak pernah amalkan agama islam?
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2018 02:30 AM | Show all posts
..hati dia dah lama keluar Isele, biar 10 kali ditolak oleh 10 mahkamah tertinggi seluruh dunia pun, apa gunanya?? sesia ajah
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2018 02:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Membinccangkan perihal pegangan agama Rosliza netizen diharapkn dpt membahasnya secara ilmiah di samping menjaga sensitiviti  Islam. Jgn nak sedap mulut saje bercakap sambil menyindir2 miskipun kesah Rosliza membuka ruang dn peluang bgi mereka yg membenci Islam rancak memperkata dn mencemuhnya. Tentu saje netizen boleh berbincang secara baik dn berhemah memberi pendapat sekalipun ianya tidak mengubah apa2  spt yg telah diputuskn oleh pihak berwajib.
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2018 02:35 AM | Show all posts
Membercaribaru replied at 27-4-2018 01:23 AM
Tak boleh terus macam tu, kalau lah sesenang tu proses, tengok tak amalkan islam, kita isytiharkan ...

so, dengan keputusan mahkamah ini, boleh ubah ati dia nak jadi Isele semula?? ajaib yer?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2018 03:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Agama adalah hak lobai2 bukanny hak peribadi.
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2018 05:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Membercaribaru replied at 27-4-2018 01:23 AM
Tak boleh terus macam tu, kalau lah sesenang tu proses, tengok tak amalkan islam, kita isytiharkan ...

So be it...
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2018 06:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian. Kebebasan disekat.
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2018 08:56 AM | Show all posts
Mahkamah Syariah hanya boleh membuat perisytiharan apabila seseorang itu bukan lagi beragama Islam, tetapi mahkamah itu tidak boleh mengeluarkan perintah bahawa seseorang itu bukan beragama Islam.


Yang ni macamana? Tak paham
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 06:48 PM GMT+8 , Processed in 0.073860 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list