CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: FOTHER-MUCKER

[Tempatan] ROSLIZA GAGAL PEROLEH PERISYTIHARAN DIRINYA BERAGAMA BUDDHA.

  [Copy link]
Post time 27-4-2018 09:03 AM | Show all posts
Membercaribaru replied at 27-4-2018 01:23 AM
Tak boleh terus macam tu, kalau lah sesenang tu proses, tengok tak amalkan islam, kita isytiharkan ...

nmpk mcm mmg dia tak berminat nak jadi islam pun, lebih baik biar sajalah dia anut agama kesukaan dia dari memaksa dia buat sesuatu yg dia tak suka.

paksa memaksa ni bukan ajaran islam

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2018 09:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Isu teknikal nih rasanya. Dia kena gi mahkamah syariah untuk dapat pengistiharan bukan islam. Masalah yg bukan islam takut or punya persepsi mahkamah syariah tak adil n bias dlm hal ini. Itu yg diorang tak nak bawa ke mahkamah syariah. Pendapat i kalu dah bersungguh bawa dulu ke sana. N see how.....
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2018 09:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada rasa  mualaf back to agama asal after bercerai atau kematian suami or isteri. So maybe boleh ikut prosedur yg itu. Ada yg senyap2 n ada yg mohon supaya dpt kawin lain dengan bukan islam.

Agama hak individu n hak asasi manusia. Sepatutnya individu berhak pilih agama dia n urusan undang2 harus dipermudahkan...
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2018 09:16 AM | Show all posts
di atas kertas sj tulis dia islam.. tapi hakikat nya dia bukan islam..

so dont worry..  uolls bole jumpa di neraka nanti..   

mahzab melayu memang pelik sikit..   
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2018 09:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Gigihla nak paksa org tu jadi islam
Dan kenapa nama tu ikut nama melayu islam? Kenapa x letak nama buddha ikut mak?

Susahnya nak jadi penganut buddha pun macam2 halangan

Kesian dia
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2018 09:53 AM | Show all posts
Maideen. replied at 27-4-2018 12:38 AM
Kalau dia anak tak sah taraf , mengikut ajaran Isle versi wal sunnah dan berjemaah aliran Shafie, ba ...

eloklah dia tukar agama tu maideen, takut nanti dia mati JaIS rampas mayat dia pulak

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-4-2018 11:37 AM | Show all posts
lkick2113 replied at 27-4-2018 09:53 AM
eloklah dia tukar agama tu maideen, takut nanti dia mati JaIS rampas mayat dia pulak

Memang JAIS suka merampas mayat orang Lkick. Yang masih Maideen ingat dengan jelas ialah perampasan mayat pendaki Everest yang kununnya telah masuk Isle. Sunggoh sedih bila ini berlaku.
Dalam kes ini, dari laporan berita itu Maideen memahami fakta kes seperti berikut:
1.Rosliza sesungguhnya percaya bahawa dia tidak pernah menganut agama Isle. Oleh kerana itu Mahkamah Shariah tiada bidang kuasa ketasnya kerana dia bukannya, dan tidak pernah menjadi seorang, penganut Isle.

2. Oleh kerana dia bukannya seorang, dan tidak pernah menganut Isle, dia pergi ke Mahkamah Sivil untuk mendapatkan pengisytiharan bahawa dia bukannya isle.


3. Sebab dia menyatakan dia bukan Isle ialah dia diberitahu dan sesunggohnya percaya bahawa bapanya (yang merupakan seorang Isle) telah berlezat lezat dengan ibunya seorang yang mengamalkan ajaran Gautama Buddha tanpa ikatan perkahwinan dan ibunya juga bukanlah hamba wanita atau tawanan perang kepunyaan bapanya.  Rosliza juga percaya bahawa bapanya bukanlah penganut Isle versi Syiah dimana bapanya boleh mewujudkan pertalian perkahwinan muta'ah dengan ibunya.


4. Tanpa ikatan perkahwinan (walaupon muta'ah) atau pertalian hamba wanita diantara ibu dan bapanya maka dia merupakan anak tak sah taraf.

5. Dia kemudian dibesarkan oleh ibunya sebagai seorang pengamal ajaran Gautama Buddha. Dia juga melakukan perkara yang dilarang oleh Isle seperti mencukor bulu kening, menari poco-poco dan menyambut Hari St Valentine's.

6. Oleh kerana sebab sebab diatas Rosliza memohon suatu pengisyitiharan dari Mahkamah bahawa dia bukanlah seorang Isle dan perintah sampingan yang terbit dari pengisytiharan itu e.g. I.C. kena betulkan dsbnya.

Majlis agama Isle Selangor pula menyatakan bahawa:

1. Mereka tidak mengetahui apa apa tentang hubungan bapa Rosliza dengan ibunya dan meletakkan keatas Rosliza beban pembuktian yang kukoh.

2. I.C. Rosliza mengatakan dia seorang Isle dan boleh lah dibuat presumpsi bahawa terdapat hubungan diantara ibu dan bapanya yang menjadikan dia anak sah tarah (samada perkahwinan atau hubungan tuan dengan hamba wanitanya) . Oleh itu dia sepatutnya pergi ke Mahkamah Syariah untuk permohonan murtad.

3. Mencukor bulu kening, menari poco poco, menyambut Hari St. Valentine's, memakan babi, adalah merupakan dosa dalam Isle tapi dia masih Isle.

4. Oleh itu permohonan nya harus lah ditolak.

Mungkin kerana gagal mengemukakan bukti yang dia tidak pernah Isle kerana dia anak tidak sah taraf, maka permohonan Rosliza di tolak oleh Mahkamah Tenggi. Mahkamah Rayuan pula menolak Rayuannya kerana tiada menemui kekhilafan dalam penghakiman Mahkamah Tenggi.

Wallahualam.

Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2018 11:46 AM From the mobile phone | Show all posts
chazey replied at 27-4-2018 12:25 AM
Rosliza, meh akak ajo.

Ambik gamba ko semayang kat tokong.

Nice one sis! Lobai2 ni hadap sgat dgan org yg dah terang2 mengaku x amalkan islam sedari lahiriah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2018 11:47 AM From the mobile phone | Show all posts
jofizo replied at 27-4-2018 12:26 AM
Biaq pi la nama melayu...untong woo blh masuk asb, beli rmh lot bumi murah sikit, isi borang rm2 mas ...

Dia nak tukar agama, bukan bangsa. For your info, ramai jah bumiputera bukan islam di borneo.
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2018 11:47 AM | Show all posts
Seumur 36thn, Rosliza sudah cukup dewasa dn matang fikiran untuk menentukan hala tuju hidup dan agamanya. Sekalipun bapanya seorang melayu Islam, tetapi Rosliza telah diasuh dn dididik dlm acuan agama ibunya, agama buddha maka Rosliza tidak  selesa lagi berminat  untuk  mengakui dirinya seorang muslim. Nah.... selama itu,  bapanya di mane dn apa peranan bapanya selama Rosliza membesar?

Pengakuan Rosliza sbg anak tak sah taraf mengundang beberapa ketidakjelasan dlm beberapa hal. Adakah itu bererti pernikahan makayahnya tak sah? Bila dan di mane parent dia menikah dn adakah pernikahan trs mematuhi syarat syariah (ibunya masuk Islam, dgn kadi bertauliah?). Jika demikian adanya, maka lahirnya Rosliza  sbg anak Islam walaupun selama ini dia tak pernah kenali dn mengamalkan Islam.  Rosliza menjadi fasik atas tidak tanggungjawab bapanya.  Bukan salah Rosliza bila sedari kecil dia diasuh ibunya dgn ajaran buddha.  Ibunya tetap seorang buddhist sedangkan bapanya entah ke mane, maka Rosliza merasa berhak untuk ikuti kepercayaan ibunya. Kini Rosliza mau keabsahan agamanya  diakui  di sisi undang2 syariah dn negara. But then permintaannya dinafikan.  Sekalipun netizen punya pendapat dn idea sendiri terhadap perkara  Rosliza, tetapi pihak mahkamah juga ada kriteria dan pertimbangan hukum maka keputusan yg tidak memihak Rosliza diputuskan.  Mungkin para mufti boleh campur tangan selesaikan perkara ini dan atau Sultan memutuskan.

Semua orang boleh mengatakan bahawa tiada paksaan dlm beragama.  Sekilas mudah kita cakap begitu tetapi harus ada fikiran dn pertimbangan yg mendalam sebelum kita yakini apa yg kita katakan.
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2018 11:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Membercaribaru replied at 27-4-2018 01:23 AM
Tak boleh terus macam tu, kalau lah sesenang tu proses, tengok tak amalkan islam, kita isytiharkan ...

Kalau org sedari kecil xpernah amalkan islam, akidah mana lgi nak selamatkan?lepastu nak paksa dia dtg kelas fardu ain for wat kalau hati dia bukan di situ lgi? Macam kau lah kena paksa masuk kelas yg kau xminat, boleh terima ke?
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2018 02:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Maideen. replied at 27-4-2018 11:37 AM
Memang JAIS suka merampas mayat orang Lkick. Yang masih Maideen ingat dengan jelas ialah perampasa ...

Wah.. Terbaik Maideen buat fakta kes.
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2018 03:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Hahahaha.... lawak mahkamah ni
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2018 03:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Nasib dia kurang baik dilahirkan di Malaysia. Kalau dia dilahirkan di negara lain, boleh jer dia menukar agama yang dia mahu dan percaya.
Ni nak paksa-paksa pula. Kalau orang dah tak percaya dengan Islam atau lebih selesa dengan agama pilihan, dalam kes ini Buddha, biarkan dia jer lah. Semakin kita paksa semakin dia membenci sistem keagamaan negara kita.
Apa bezanya dengan negara komunis yang mengawal agama pilihan orang ramai?
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2018 03:52 PM | Show all posts
lkick2113 replied at 27-4-2018 02:34 PM
Wah.. Terbaik Maideen buat fakta kes.

Masalah timbul apabila ada pihak yang menentang permohonannya Lkick. In fact ada pulak pihak yang memohon untuk menjadi pencelah (ia itu MAIS).
Kenapa mahu ditentang permohonannya? Ini tentulah kerana mereka percaya bahawa adalah kewajipan mereka untuk menentang seperti yang di suroh oleh Tuhan mereka!

Kepercayaan mereka menyusahkan orang lain! Ini membuatkan mereka merasa bangga!



Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2018 03:55 PM | Show all posts
Maideen. replied at 27-4-2018 03:52 PM
Masalah timbul apabila ada pihak yang menentang permohonannya Lkick. In fact ada pulak pihak yang  ...

tapi ni baru di mahkamah rayuan kan???? rasa2 maideen lah selaku pengamal undang2, adakah kes ni bila bawa ke mahkamah persekutuan boleh menang si rosliza tu???

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2018 04:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Nurul Huda Abdullah dulu, bekas perenang negara,  sebelum dia kahwin dengan muslim, dia agama apa yer? Okay je dia guna nama Arab.
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2018 05:05 PM From the mobile phone | Show all posts
heran....tak adakah gunapakai ..tidak ada paksaan dlm agama...mcm surah kafirun tu dah terang kata agama mu, agamamu...agamaku,,agamaku..
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2018 05:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Buat apa nak paksa-paksa
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2018 05:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by chazey at 27-4-2018 05:15 PM
dodolgemok replied at 27-4-2018 11:46 AM
Nice one sis! Lobai2 ni hadap sgat dgan org yg dah terang2 mengaku x amalkan islam sedari lahiriah ...


Tapi kes yang tu, nyonya tu asalnya kapir Buddhist. Pehtu masuk Islam sebab nak kawen. Bila cerai dengan laki, dia nak murtad balik ke agama asal. Kes dengab background sebegini seperti ada senang sedikit nak menang di syariah court especially belah2 Sabah Sarawak.

Setahu ai, sangat susah untuk born Moslem (macam Rosliza ni la sebab lahir2 jah dah didaftar sebagai Islam agamanya) nak tukar Islam dalam IC kepada agama lain or buang Islam jadik atheist. Lina Joy pon tak menang kan dolu? Tak ingat but macam tak jah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:32 AM GMT+8 , Processed in 0.356425 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list