CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 5115|Reply: 77

[Tempatan] Drama cik mek molek: Cuba bunuh diri gara-gara putus cinta

[Copy link]
Post time 27-4-2018 12:06 AM | Show all posts |Read mode


ANGGOTA bomba dan penyelamat termasuk anggota polis mengawal keadaan di mana seorang remaja perempuan cuba membunuh diri dengan terjun ke Sungai Kelantan dari Jambatan Sultan Yahya Petra, dipercayai akibat berpisah dengan teman lelaki dalam kejadian jam 10.45 malam tadi. - Foto ihsan pembaca


Gadis ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan kerana cuba membunuh diri.

KOTA BHARU: Akibat berpisah dengan teman lelaki yang disayangi, seorang remaja perempuan cuba membunuh diri dengan terjun ke Sungai Kelantan dari Jambatan Sultan Yahya Petra, di sini, malam tadi.

Kejadian jam 10.45 malam itu remaja berusia 18 tahun itu bagaimanapun diselamatkan anggota kereta Unit Peronda Polis (MPV).

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik, berkata sebaik menerima laporan anggotanya ke lokasi kejadian.

Katanya, ketika sampai, polis mendapati seorang perempuan cuba terjun ke Sungai Kelantan dari jambatan itu.

"Perempuan itu meronta-ronta dan menjerit sebelum anggota bertugas bersama orang awam cuba memujuknya. Kita berjaya memujuk mangsa dalam tempoh setengah jam sebelum tangkapan dibuat.

"Hasil siasatan mendapati mangsa cuba membunuh diri kerana berpisah dengan teman lelaki.

"Mangsa juga tidak membawa sebarang dokumen pengenalan diri dan akuan mulutnya dia berasal dari Kampung Banggol, Jalan PCB," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Beliau berkata, perempuan itu ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan kerana cuba membunuh diri.

Katanya, mangsa kemudian dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk rawatan lanjut sebelum dibawa ke Balai Polis Kota Bharu.


https://www.bharian.com.my/berita/ke...ra-putus-cinta


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2018 12:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Bertabahlaa dekk.belalai bukan seekor.
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2018 12:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Bunuh diri sbb putus cinta? Emmm
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2018 12:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Asik chenta sana chenta sini. Chenta itu hanya berangan2 drama TV Dan kanak2 juga disogok berangan2 princess n cinderela
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2018 01:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Kes2 begini bagi akak patut ditampar je muka tino tu berulangkali sampai lebam. Ko nak perhatian jantan tu je and now dan menyusahkan seluroh komuniti termasuklah pihak berkuasa.
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2018 01:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak terjun, terjun aje la macam kes adik Penang tempoh hari. Tu baru betul nak mati. Ni bajet2 bertinggung kat jembatan tu tunggu polis lalu pastu acah2 kunon nak bunoh diri padehal begitu lama ko bertinggung sana tak terjun2 pon. Ek eleh.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-4-2018 01:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Haih, iols harap dapat ringankan hukuman, kalau tak burn gitu je dekk, sia2 kan umur
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2018 01:34 AM From the mobile phone | Show all posts
bila mati bunuh diri, kena hukuman kat akhirat. bila bunuh diri tapi tak mati, kena hukuman mahkamah pulak. alahai, kesian kau dik. takpalah, belum sampai masa kau. tobat banyak-banyak lepas ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2018 02:34 AM | Show all posts
suka sangat layan kdrama segalanya manis ketika happy...bila berdepan dgn musibah sikit dengan dunia realiti, terus nak bunuh diri....haishh pesal bebudak melayu isele zaman sekarang ni mental lembik sangat?
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2018 02:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau suicide bukan sebab mental illneses dan liku2 hidup saya biar jah mampus.
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2018 02:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Nama pun anak remaja, fikiran tak matang lgi. First love agaknya. Tu yg bila putus, frust menonggeng lantas nak bunuh diri. Kerana cinta dipermainkn kenapalah nyawa nak ditamatkan? Tak kesian kat makayah ke?
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2018 06:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Kes kes anak remaja perempuan mencari cinta dekat lelaki lain ni, I pernah baca psychologist mana yg ckp, sbb dekat rumah dia kurang kasih sayang drpd bapak dia. Bila besar, dia cari kasih sayang tu di luar rumah, dan jumpa pulak dgn lelaki yg layan serba serbi. Kasih sayang di rumah tak cukup kuat utk buat dia rasa confident dia tak perlu kasih sayang dari luar.

Ini apa psychologist cakap la.
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2018 07:26 AM | Show all posts
ko terjun ko dpt pe...
dpt dosa lg ada...
bengong
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2018 07:46 AM | Show all posts
Acah-acah nak bunuh diri sebab nak dapatkan perhatian bekas teman lelaki? Lelaki tu pun tak kisah dek kalau engko terjun sekalipun
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2018 07:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Knowlee replied at 27-4-2018 06:51 AM
Kes kes anak remaja perempuan mencari cinta dekat lelaki lain ni, I pernah baca psychologist mana yg ...

Oh gitu.... kire nye kelompok i ni mmg cukup kasih sayang la semua nye....
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2018 07:49 AM From the mobile phone | Show all posts
nak terjun tu terjun jelah.. ni propa je lebih.. gunalah akal tu sikit.. mcm la jantan ade sekor je kat dunia ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2018 07:49 AM From the mobile phone | Show all posts
fikiran tak matang lagi adik ni
dan mungkin dah pernah terlanjur kot dengan boipren...
atau dah bunting???
sampai kan ade rasa nak bunuh diri?
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2018 07:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Salah gaya....jantan yg di gila tu taik dadah....

Kelantan kannn......
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2018 08:33 AM From the mobile phone | Show all posts
chazey replied at 27-4-2018 01:02 AM
Kes2 begini bagi akak patut ditampar je muka tino tu berulangkali sampai lebam. Ko nak perhatian jan ...

Jom tlg tamparkan.
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2018 08:34 AM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 27-4-2018 07:52 AM
Salah gaya....jantan yg di gila tu taik dadah....

Kelantan kannn......

I guess so. Ntah mat rempit mn.eiwww
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Emma Maembong mohon maaf, tersilap langkah 'voice note' Ruhainies isu Bella Astillah
YgBenarEmma Maembong mohon maaf, tersilap langk
Views : 7791 Replies : 115
Tragedi Helikopter Terhempas Diketawakan Warga Singapura
beggTragedi Helikopter Terhempas Diketawakan
Views : 17796 Replies : 113
Hanya cakap "apa khabar" sudah dapat kerja...  pempengaruh Imran Bard kata kita terlalu mengagung orang luar seperti Korea berbanding layanan mereka terhadap orang kita.Anda setuju?
YgBenarHanya cakap "apa khabar" sudah dapat ker
Views : 8980 Replies : 62
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 54968 Replies : 2755
Belum masanya Malaysia laksana aturan waktu kerja fleksibel
ultra78Belum masanya Malaysia laksana aturan wa
Views : 6359 Replies : 25
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 18022 Replies : 90
Elia Jejari Runcing
friedfishsoupElia Jejari Runcing
Views : 86188 Replies : 307
Lelaki 45 tahun ada lebih RM1 juta KWSP cetus inspirasi
ultra78Lelaki 45 tahun ada lebih RM1 juta KWSP
Views : 21722 Replies : 166
FATTAH FAZURA FATIMA bergandingan dalam drama HERO SEORANG CINDERELLA 2.0
FORUMCARIIIFATTAH FAZURA FATIMA bergandingan dalam
Views : 281866 Replies : 9530

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 03:44 PM GMT+8 , Processed in 0.083043 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list