View: 1113|Reply: 7
|
[Dunia]
Seorang remaja berusia 19 tahun berjaya menyamar di sebagai doktor di sebuah hos
[Copy link]
|
|
This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 800x420. |
| This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 1000x1333. |
Seorang remaja berusia 19 tahun berjaya menyamar di sebagai doktor di sebuah hospital terkemuka di India selama lima bulan dengan bergaul dengan doktor sebenar dan berlegar-legar dengan memakai penutup muka dan stetoskop.
Walaupun tidak pernah mengambil jurusan perubatan, Adnan Khurram berjaya menyamar sebagai doktor pelatih di Institut Sains Perubatan Seluruh India (AIIMS) dan menipu kakitangan di hospital itu.
Dia juga menyamar sebagai ‘Dr Adnan Khurram’ di Instagram dan turut terbabit dalam politik di AIIMS serta mengambil bahagian dalam beberapa program yang dianjurkan di hospital berkenaan.
Malah, dia juga dimasukkan dalam kumpulan WhatsApp untuk doktor di hospital berkenaan.
“Dia akan berlegar-legar dengan memakai kot makmal dan stetoskop sepanjang masa. Dia juga memberitahu doktor lain bahawa dia adalah doktor pelatih atau pelajar perubatan,” kata presiden persatuan doktor AIIMS, Harjit Singh kepada Hindustan Times.
Pada mulanya semuanya berjalan lancar buat Khurram, tetapi lama kelamaan doktor lain mula curiga kerana melihat lelaki itu mempunyai terlalu banyak masa untuk berada di kafe dan sering menyertai program dianjurkan hospital serta institusi lain.
Kebanyakan doktor bertugas dalam syif hingga 20 jam dan sering kekurangan tidur serta rehat, namun, Khurram sentiasa lapang.
“Kami hairan melihat dia menghadiri setiap program yang dianjurkan AIIMS dan institusi perubatan lain. Dia juga sering melepak di kedai kopi atau asrama doktor setiap petang.
“Kami mula tertanya bagaimana dia mempunyai terlalu banyak masa,” ujarnya.
Selepas diselidik, pihak hospital mendapati Khurram tiada dalam senarai doktor dan dia ditangkap polis pada minggu lalu selepas menyertai acara maraton yang dianjurkan AIIMS.
Ketika disoal siasat, Khurram berkata, dia menyamar kerana suka bergaul dengan doktor dan berharap dapat menjadi doktor sebenar satu hari nanti.
Menurut polis, lelaki itu didakwa atas tuduhan menyamar dan menipu.
Berita asal https://www.hmetro.com.my/global/201...tor-lima-bulan
|
|
|
|
|
|
|
|
Macamana la dia boleh bersenang lenang 5 bulan tu?
Memang masa dia mula mendaftar tu pihak hospital tak buat semakan ker? |
|
|
|
|
|
|
|
Macam pernah baca kat Malaysia aritu pun ada macam ni kot kan. |
|
|
|
|
|
|
|
okla tu dia menyamar je nk kawan dgn doktor
bkn nk rawat pesakit |
|
|
|
|
|
|
|
untungla makan free, penginapan free 5 bulan |
|
|
|
|
|
|
|
sib bek xkne masuk bilik bedah..
sian pesakit..l |
|
|
|
|
|
|
|
Nasib dia tak turut beri rawatan sekadar nak tumpang glamour sana sini je. Tapi lama juga dia berjaya melakunkan wataknya tu sebelum tertangkap. |
|
|
|
|
|
|
| |
|