View: 6289|Reply: 17
|
Kopi Tahi Termahal Di Dunia Tapi Ramai Suka
[Copy link]
|
|
Kopi antara pilihan minuman masyarakat di negara kita bahkan seluruh dunia. Berbagai-bagai jenis kopi yang terdapat di pasaran tentunya.
Ada serbuk kopi yang asli dan ada juga kopi pra campuran yang mengandungi gula dan susu serta dijual di dalam paket-paket kecil. Kopi pra campuran ini memudahkan kita untuk menikmati minuman kegemaran kita.
Foto: Google
Dalam banyak-banyak jenis kopi di dunia ini, terdapat satu kopi yang harganya adalah antara yang termahal tetapi tetap menjadi pilihanramai. Masyarakat Jawa memanggilnya kopi Luwak. Ada juga yang memanggilnya kopi tahi.
Kopi luwak atau kopi tahi musang ini diperbuat daripada biji buah kopi yang dimakan oleh musang dan kemudiannya haiwan itu akan mengeluarkan biji kopi itu dalam bentuk najis. Oleh kerana biji kopi tidak dapat dicerna di dalam sistem pencernaan musang, maka ia akan keluar sebagai sebiji kopi yang asal bersama najis itu.
Foto: FB @Rizal Hakim
Kopi tahi ini menjadi pilihan ramai walaupun ianya agak mahal kerana rasanya yang sedap dan tersendiri. Dipercayai, musang akan memilih biji-biji kopi yang terbaik sahaja untuk dimakan. Dan apabila haiwan ini mengeluarkan semula biji-biji kopi ini sebagai najis, sudah pasti biji kopi yang terbaik ini digunakan untuk membuat minuman kopi.
Selain kemampuan musang yang mampu memilih biji-biji kopi yang berkualiti, ketika biji kopi ini berada didalam saluran pencernaan haiwan ini, biji kopi akan menyerap beberapa nutrient dan enzim dalam salur pencernaan musang. Terdapat juga fermentasi yang berlaku pada biji kopi sehingga menciptakan rasa kopi yang sangat lembut seperti coklat dan tanpa rasa pahit.
Foto: FB @Rizal Hakim
Kopi Tahi Musang Halal Atau Haram?
Oleh kerana kopi ini terhasil daripada najis seekor musang, sesetengah masyarakat berpendapat kopi musang ini haram dan tidak boleh diminum. Memetik dari laman web rasmi Mufti Wilayah Persekutuan, menurutnya:
Setelah melihat dan menekuni pandangan ulama tentang hukum kopi luwak, kami lebih cenderung berpandangan kopi tersebut pada asalnya dikira sebagai kategori “mutannajis” (terkena najis) tetapi selepas dibasuh dan diproses maka hilanglah kenajisannya. Justeru, hukumnya adalah HARUS.
Begitu juga keputusan kebanyakan para ulama Indonesia yang mengharuskannya dan mereka lebih mengetahui dan maklum hal yang sebenarnya dalam isu ini. Sehubungan itu, kami juga ingin mengambil kesempatan di sini untuk menasihati umat Islam agar sentiasa berhati-hati dalam pengambilan apa jua makanan dan juga minuman agar ia benar-benar bertepatan dengan prinsip halalan tayyiban agar segala daging yang tumbuh pada tubuh badan kita berpunca daripada sumber yang baik seterusnya menjauhkan kita neraka Allah SWT. Oleh itu, tanyalah kepada yang mengetahui agar kita tidak terjerumus ke lembah syubhah.
Apa kata anda? - CARI
Kredit: Mufti Wilayah Persekutuan
|
|
|
|
|
|
|
|
Wowwww berbijik bijik taik dia keluar |
|
|
|
|
|
|
|
Buah kopi ni kalau betul masak agak manis rasanya. Mungkin disebabkan itu banyak haiwam suka makan. Tapi dalam hal ni walaupun dah diprocess masih tak suka miniumnya lebih prefer kopi biasa. Cara penghasilannya macam menyiksa haiwan pun ada. Sebab sekarang luwak2 tu akan dikurung dalam sangkar yang amat kecik tak banyak ruang nak bergerak pun. Semuanya demi nak memudahkan untuk mengumpul najisnya tu. Jadi mereka tak perlu cari2 dalam hutan lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
suhaimi saad sakit hari tu keluar gitu ke |
|
|
|
|
|
|
|
alaaaaa.. xder selera aku wlupun aku membela benda alah ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
macam sakit pulak aku tengok luwak tu berak keluar bijik bijik macam gitew |
|
|
|
|
|
|
|
penah tgk depan2 di bali indonesia..dia tunjuk proses...tp aku mmg x mampu nak minum walaupon dia bagi free..sorry walaupon x haram...aku x leh nk minum..ape pon pada pendapat aku tetap kuar dari tpt najis hehe..
lain org lain pendapat..tp sbb da tgk depan2..x lalu.... |
|
|
|
|
|
|
|
Ya awloh pic musang tgh meneran tu! Hamik ko selambak kikiki
Tp rasanya bkn kopi luwak ni yg plg mahal kan, ada satu lagi kopi taik gajah |
|
|
|
|
|
|
|
si sohai kua laksa plak sehelai2..leh la claim laksa termahal dunia..
|
|
|
|
|
|
|
|
Artemesiaa: Buah kopi ni kalau betul masak agak manis rasanya. Mungkin disebabkan itu banyak haiwam suka makan. Tapi dalam hal ni walaupun dah diprocess masih t ...
Tengok dalam satu dokumentari
Diet dia cuma buah tu je ... ke dikumentari tu xlengkap.?? |
|
|
|
|
|
|
|
serius x sedap...
aku minum secawan kecik lebih kurang RM20 zaman tu...
aku bagi supir aku minum separuh
mungkin sbb aku bukan penggemar kopi kot...
bawak balik 2 sachet kopi tu, satu dalam RM30...
bg org lain rasa semua kata xsedap walaupon dah bancuh ngan susu....
sec2 time g bali tanya supir tuh,
apa specialnya kopi tu sampai mahal sangat,
dia kata nak dpt kopi dari luwak tu susah, sbb dia bukan hari2 makan biji kopi tuh.... |
|
|
|
|
|
|
|
Semalam kan ada najis kat tmpat parking rumah iols.. Gini la bentuk dia seketul2 tp bukan kopi, makanan kucing.. Rasanya kucing tu x hadam makanan tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau harga 5sen pun x tringin nak minum..
jgn pasni yg kuar dr taik manusia pun ada yg nak telan..eeee
|
|
|
|
|
|
|
|
X lalu nk mnum...klu dh Tau kuar dr mn |
|
|
|
|
|
|
|
x sanggup aku nk minum kopi ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
baru je tgk kt tv cara nk dpt kan n bersihkan najis nk jadi kan kopi
mahallll sbb nk dpt tak senang gaknye hehhe |
|
|
|
|
|
|
| |
|