CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: misslinkpk85

Makin Melampau2 Bekas Isteri Pemuzik Ude yg Bernama Intan Liana Ni. Tak Cukup Ja

     Close [Copy link]
Post time 23-5-2018 08:49 AM | Show all posts
menyampah tau jering ni bagi statement agama nak menampakkan dia suci murni..

cuba kuarkan statement agama pasal meruntuhkan rumahtangga pulak.. memanglah da jodoh ko ngan ude. tapi dr awal lg kalau ko tau dia laki org, ko patut mengelak..

semalam akak intan ada update kt instastory berbuka di rumah baru 'org tu'.. intan pindah rumah da ke???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2018 10:33 AM | Show all posts
awex^returns replied at 23-5-2018 08:24 AM
ya lah kan.... benci tengok si jering ni.. rasa nak pijakkan..
and both of them sibuk pantau post ...

Yup, nak sgt laki org, kun fayakun, maka jadilah ... (no matter what it takes, no matter at what expense), itu yg di harap, maka itulah yg dia dapat.  Intan hilang sesuatu tapi di ganti kan dgn rahmat yg berlipat ganda, kalau ini lah yg dikatakan kun fayakun, mmg Intan terselamat besar dari segala bencana.
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2018 12:47 PM | Show all posts
arasham replied at 20-5-2018 03:19 PM
Menyampah ya Allah baca artikel Kat BH online. Buat kerja Tuhan pulak dah. Kononnya intan kena k ...

betina jalang nie tak abih abih tak move nie ngapa..ko g la ulit kude tue..tak habis habis nak up nama intan..sapa yg terdesak sekarang nie jering..ko nak limelight intan kan..ckp jer la..sapa yang rampas sapa..intan dah move on ko yg asyik merempan..vavi la betina spesis nie
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2018 01:07 PM | Show all posts
ai tak faham artikel yang mana ni? takde sape tepek ke? tepekkan plissss..lama tak masuk sini.
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2018 01:07 PM From the mobile phone | Show all posts
da_vinci replied at 22-5-2018 10:53 AM
I boleh  gerenti laaaa kude rindu masakan bonda...hahaha jgn tipu diri sendiri....nasib ko laaa labu ...

Kan..sbb tu dia request msakan yg intan pernah masakkan utk dia..
Padan muka gak kat ude.. laki yg x reti bersyukur..
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2018 01:44 PM | Show all posts
muka kude memang muka stress
ingatkan buang wife tak kerja, dapat wife yang kerja dapatlah ringankan beban
dapatlah beli superbike (musician kan ramai minat superbike)
tapi malangnya... takde job pulop

apa boleh buat... intan pun dah mendoonia sekarang
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-5-2018 03:40 PM | Show all posts
shahirakay replied at 23-5-2018 01:07 PM
ai tak faham artikel yang mana ni? takde sape tepek ke? tepekkan plissss..lama tak masuk sini.

'Kami sudah terima bahagian masing-masing'


Oleh Raja Nurfatimah Mawar Mohamed
rajamawar@bh.com.my

KONGSI ARTIKEL

Share


Tweet


Share






KUALA LUMPUR: "Inilah ujian paling berat diterima selama lebih 12 tahun menjadi anak seni... Mungkin boleh saya simpulkan sebagai kifarah hidup."

Begitulah pengakuan pelakon, Izreen Azminda tatkala berdepan 'tsunami' hidup yang hampir membuatkan dirinya menyembah bumi.




Ketika kontroversi memuncak, sana-sini orang mencaci, menghina dan menjatuhkan hukum selepas aktres yang pernah diangkat sebagai Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Anugerah Skrin TV3 pada 2013 itu memilih hidup sebagai isteri kedua, tahun lalu.

Hakikatnya, tiada kata yang dapat didustakan, jodohnya sudah ditakdirkan bersama suami orang yang juga pemuzik bebas, Muhammad Radzi Abdul Wahid, 30, atau Ude.

Walaupun tidak lagi hidup bermadu selepas Ude menceraikan isteri pertama, Intan Liana Saleh, Mac lalu, namun api kebencian netizen masih tidak mampu dipadamkan sepenuhnya.

Akui Izreen atau nama penuhnya, Izreen Azminda Aznam, 33, apa yang dilaluinya dianggap ujian hidup.

"Mungkin ini semua kifarah hidup... Kun Faya Kun, jadi, maka jadilah ia.

"Saya, suami dan pihak di sana mungkin pernah melakukan kesilapan, jadi kami ditimpa dengan ujian hidup.

"Jujurnya, saya terlalu sibuk bekerja sepanjang lebih satu dekad, ada kala saya alpa dan lalai dengan perintah Tuhan. Allah pemberi rezeki dan Dia boleh merentapnya sekelip mata.

"Allah menjentik saya supaya kembali mengingati dan mendekatkan diri dengan-Nya. Mulanya, saya berat menerima ujian ini, tetapi saya harus reda," katanya kepada BH Online.

Berfikiran positif, Izreen berkata, Allah mungkin menarik rezekinya, tetapi dirinya dianugerahkan dengan suami.

"Begitu juga pihak di sana... Allah menarik suaminya, tetapi memberikannya dengan rezeki melimpah ruah.

"Itu yang diinginkan selama ini, Allah menunaikannya. Kami sudah menerima bahagian masing-masing... Allah Maha Adil," katanya.

Wanita kelahiran Kangar, Perlis itu berkata, bohonglah jika dia mengatakan rezekinya tidak terjejas akibat kontroversi yang melandanya itu, tetapi Allah menyelamatkannya.

"Mana-mana selebriti yang dilanda kontroversi pasti berdepan kesan buruk terhadap kerjaya. Tetapi saya bersyukur, kehidupan saya masih sama, ada saja rezeki lain yang diberikan.

"Allah membuka jalan lain untuk saya mencari rezeki. Masih ada rezeki untuk saya menyelesaikan perbelanjaan diri dan keluarga.

"Saya percaya Allah menimpakan saya ujian sebelum memberi kebahagiaan. Tidak semua manusia diberikan ujian seberat saya, jadi berterima kasihlah kepada Tuhan kerana tidak melalui perjuangan yang pahit ini," katanya.

Mengambil keberkatan hari baik dan bulan baik pada Ramadan al-Mubarak ini, Izreen berkata, dia sudah mengosongkan hatinya untuk memaafkan netizen yang pernah menjatuhkan hukum serta melemparkan fitnah terhadapnya dan keluarga.

"Ada yang mempertikaikan kenapa saya pula beriya-iya memaafkan netizen, sedangkan saya dilihat bersalah? Tidak berdosakah apabila kita memaki hamun, mencarut dan membuat fitnah?

"Ada masanya saya malu melihat mereka yang mengutuk dan menghina saya, seperti tiada lagi keampunan. Mereka tidak berada dalam kehidupan saya dan Ude," katanya.

Izreen berkata, banyak perkara tidak didedahkan demi menjaga maruah dan aib.

"Bagi saya dan suami, kami tidak perlu berkongsi kisah luar atau dalam kain, siapa betul dan salah, biarlah waktu yang menentukannya.

"Menghukum orang tanpa tahu kebenarannya adalah berdosa. Jadi, tidak perlulah terlalu taasub dan emosi terhadap kehidupan orang lain. Tolong hormati kehidupan kami," katanya.

Tambah Izreen, ibunya selalu berpesan supaya memaafkan sesiapa saja, biarpun dalam keadaan yang cukup sulit.

"Ibu berpesan, apabila memaafkan orang ketika hati sedang marah dan memberontak, insya-Allah, saya beroleh ketenangan dan kesabaran.

"Ya, saya melakukannya, saya kosongkan hati, maafkan semua orang. Saya rasa puas dan tenang selepas itu. Katalah apa saja, saya tidak mahu ambil kisah lagi.

"Saya juga akan menutup ruangan komen dalam laman Instagram buat selama-lamanya. Saya tidak mahu melihat perbalahan, keji mengeji dan komen 'sampah' lagi. Saya tidak suka bangsa sendiri mengeluarkan perkataan yang tidak sepatutnya, sedangkan saya lihat mereka adalah kaum ibu dan mempunyai anak-anak," katanya.

Pelakon yang mencipta nama menerusi drama Isabella dan Juvana itu berkata, dia bahagia menjalani kehidupan bersama suaminya, biarpun sudah hampir enam bulan hidup dalam kecaman.

"Saya mahu menjadi isteri yang terbaik buatnya. Keruntuhan rumah tangga sebelum ini menjadi pengajaran terbesar buat saya dan Ude. Kami bukan saja mahu memperbaiki kekurangan, malah ingin menjadi insan lebih baik untuk kehidupan baharu ini.

"Saya akui, dulu saya dan bekas suami terlalu sibuk bekerja. Bayangkan, saya terbang ke Korea Selatan sehari selepas bernikah. Kami tidak banyak masa bersama.

"Saya percaya, masa itu emas dan ia amat berharga bagi setiap perkahwinan. Dulu, kami sentiasa sibuk dan berjauhan," katanya.

Pada bulan puasa ini juga, Izreen berkata, dirinya tidak terlalu sibuk dan mahu mengambil peluang menjalani tanggungjawab sebagai isteri menyiapkan juadah berbuka dan bersahur.

"Saya lihat suami suka makan di rumah. Dia pula tidak cerewet dalam soal makanan, asalkan pedas.

"Ude suka lauk kering, saya pula berkuah. Jadi, saya kena menyiapkan beberapa jenis masakan. Ude paling suka asam pedas ayam. Saya sendiri masih belajar masak asam pedas orang Johor.

"Saya memang suka memasak jika tiada kerja. Saya mahu ambil kesempatan ketika tidak sibuk bekerja dengan mencuba pelbagai resipi pada Ramadan ini," katanya.







Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2018 03:59 PM | Show all posts
padan muka jering n kude
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2018 05:09 PM | Show all posts
"Saya, suami dan pihak di sana mungkin pernah melakukan kesilapan, jadi kami ditimpa dengan ujian hidup.



malas nak baca sampai habis.. just nak cakap nak juga selit 'pihak sana'... pls la... ckp pasal kesilapan diri dan husband sudah la.... nk kena kaitkan juga org yg dianiaya itu.. dah la mcm xde buat salah pada intan...

Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2018 05:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Ibu dia pesan mcm2 tapi terlupa pesan jgn ambik laki org.
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2018 05:31 PM From the mobile phone | Show all posts
misc replied at 23-5-2018 05:27 PM
Ibu dia pesan mcm2 tapi terlupa pesan jgn ambik laki org.

Haha ni deep!
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2018 09:36 PM From the mobile phone | Show all posts
misc replied at 23-5-2018 05:27 PM
Ibu dia pesan mcm2 tapi terlupa pesan jgn ambik laki org.

Rasanya ibu dia pun x stuju kot.. sbb msa kawen tu brgmbar dgn bapa jering jer.. ibunya xda..dlu rsanya jering bwa ibu dia tggal skali.. dh ada kude.. msti ibu dia ckap..pndai2 lah sbb dh ada laki..
Dgr crita jering ada ambil maid.. skrg dgn job dh sendu..xtahu lah mampu ker tak hire maid.. takut kude plak yg jdi maid..
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2018 11:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak tahu pula jering dah jadi pengurus tak bergaji Intan
Banyak masa terluang agaknya
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2018 12:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Ade ape2 isu ke bkaitan ini? Ade sesiapa tahu n boleh bg pcerahan? Iolls bru follow ig ni. Pdapat iolls,ig ni xda pn beri effect negatif kt intan

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2018 12:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Korang bc caption under pic mcm ni.iolls rs ni admin ig ni adalah sama ngn forumer yg slalu kongsi psl ilmu y bmanfaat kt thread ni ..hint: sblm ni biasa guna size font besar2 hihi. Tp nk taw isu apa ni smpai kne mnta maaf mcm ni?

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2018 12:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Caption pjg. Korang g kt ig ni bc k...klu iolls tepek sini.mcm mustahil je nk dpt bc

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2018 09:06 AM | Show all posts
awex^returns replied at 23-5-2018 03:40 PM
'Kami sudah terima bahagian masing-masing'
  • Bharian
  • Hiburan

  • thanks dear. btw i rasa ayat2 dalam ni disedapkan oleh reporter je. i tak percaya ayat suci murni camni keluar dari mulut jering
    Reply

    Use magic Report

    Post time 24-5-2018 11:41 AM | Show all posts
    awex^returns replied at 23-5-2018 03:40 PM
    'Kami sudah terima bahagian masing-masing'
  • Bharian
  • Hiburan

  • Alhamdulillah kurang sudah kesombongan statement mu ya Izreen. I hope to read statement minta maaf you to Intan pula nanti. And I like you forever tutup komen - takdelah nanti I sakit kepala baca you berbalas komen dengan netizen defending kebahagiaan you tu.


    Reply

    Use magic Report

    Post time 24-5-2018 12:42 PM From the mobile phone | Show all posts
    bungaavee15 replied at 24-5-2018 12:43 AM
    Korang bc caption under pic mcm ni.iolls rs ni admin ig ni adalah sama ngn forumer yg slalu kongsi p ...

    Psl admin tu cakap aish tak sihat. Then dia kata kalau aish tak sihat nanti2 dekmok pun menjangkit jugak sebab ddk sebumbung n tido sebilik kan. Tapi ada plak yg slh paham smpai kata admin mendoakan yg tak elok utk anak2 intan. Siap tag panggil geng. And ada mention cakap admin ni siapa? Family intan ke? Konon mcm marah sebab admin tu org luar yg intan tak kenal tp sibuk tulis psl intan. Diorg je kenal intan sebab intan dlm group depa. Hahaha adoi. I nak gelak sungguh. Takde isu ape pun. Tp yg menegur tu acah2 bergroup rapat dgn intan just keep low. Sometime benda2 camni akan buat phk satu lg tu buat modal nk bg alasan n bukti utk tunjukkan intan tu jahat dlm diam depan hakim nanti. Chill ok!
    Reply

    Use magic Report

    Post time 24-5-2018 12:43 PM | Show all posts
    shahirakay replied at 24-5-2018 09:06 AM
    thanks dear. btw i rasa ayat2 dalam ni disedapkan oleh reporter je. i tak percaya ayat suci murni  ...

    tapi still sakit hati baca caption ni :-

    "Begitu juga pihak di sana... Allah menarik suaminya, tetapi memberikannya dengan rezeki melimpah ruah.

    "Itu yang diinginkan selama ini, Allah menunaikannya. Kami sudah menerima bahagian masing-masing... Allah Maha Adil," katanya.

    Reply

    Use magic Report

    You have to log in before you can reply Login | Register

    Points Rules

     

    ADVERTISEMENT



     

    ADVERTISEMENT


     


    ADVERTISEMENT
    Follow Us

    ADVERTISEMENT


    Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

    28-4-2024 07:20 AM GMT+8 , Processed in 1.445789 second(s), 41 queries .

    Powered by Discuz! X3.4

    Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

    Quick Reply To Top Return to the list