|
Pasti perasaan akan tersentuh saat mendengar doa-doa daripada orang yang berilmu kepada kita. Begitu juga ketika doa dibacakan kepada orang yang tersayang. Kita pun turut akan mengaminkannya, betul tak? Begitulah perasaan yang dialami peminat tegar aktres terbaik Festival Filem Malaysia (FFM), Nur Fazura.
Foto: Google
Baru-baru ini, isteri kepada Bintang Paling Popular ke-30 Fattah Amin memuat naik sebuah video di akaun Instagram (IG) miliknya menunjukkan ucapan dan doa daripada pendakwah dan pakar motvasi, Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad atau lebih dikenali sebagai Prof Muhaya.
“Saya doakan Faz berjaya, menjadi wanita solehah, isteri dan ibu mithali, hidup penuh kebaikan dan bahagia dunia akhirat bersama Fattah Amin,” ujar Prof Muhaya dalam video berdurasi 34 saat itu. Video itu kini telah ditonton lebih 200 ribu tontonan.
Rata-rata netizen meluahkan rasa sebak dan tersentuh dengan doa itu. Ada juga antara mereka yang mendoakan Fazura mengenakan hijab suatu hari nanti.
Foto: IG Fazura
Hubungan rapat Prof Muhaya dan Fazura memang telah lama diketahui umum. Prof Muhaya yang mesra digelar Bonda oleh Fazura juga mempunyai hubungan rapat dengan ibu Fattah Amin. Semoga silaturrahim mereka ini kekal hingga syurga. - CARI
|
|