Presiden Amanah Mohamad Sabu menggelar Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pahlawan ekonomi. “Bila kita hadapi masalah ekonomi kita perlu pahlawan ekonomi. Pahlawan ekonomi ialah Tun Dr Mahathir Mohamad. “Ya, dulu saya, Kak Wan (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) semua kami lawan dengan Dr Mahathir ini. Tapi ada benda yang dia buat baik, kita tak boleh nafi. Antaranya masa pemerintahan Dr Mahathir, ekonomi Malaysia dipuji sebagai 'Harimau Asean'. “Sekarang bawah Najib dipanggil 'Tikus Asia',” katanya dalam Jelajah Pakatan Harapan Pahang di Taman Bandar, Indera Mahkota malam tadi.
|