View: 3221|Reply: 3
|
Makan Sajian Di Restoran Shawarma, Macam Sedang Makan Angin Di Negara Timur Teng
[Copy link]
|
|
Jika tekak anda teringin nak makan makanan Arab, maka Restoran Shawarma yang terletak di Taman Connaught Cheras ini lah tempat yang anda harus tuju!
Kebab, shawarma, Nasi Mandy, dan banyak lagi menu ditawarkan di restoran ini.
Foto:Facebook
Menawarkan makanan Timur Tengah yang asli dan berkualiti, maka tidak hairanlah ia sentiasa dipenuhi pelanggan terutamanya ketika waktu kemuncak seperti makan tengah hari dan makan malam.
Antara menu yang popular ialah shawarma kambing dan menu ini hanya boleh didapati pada hari biasa dan selalunya habis sewaktu tengah hari.
Foto:Facebook
Jadi datang awal kalau anda ingin merasai kelazatannya! Terletak berdekatan Universiti UCSI di Cheras, jika anda mahukan snek atau sajian yang lazat lagi menyihatkan, kunjungi restoran ini dengan segera!
Foto:Facebook
Alamat:
No. 8, Jalan Menara Gading 1, Taman Connaught, 56000 Kuala Lumpur
Waze: Shawarma Restaurant
Foto:Facebook
Foto:Facebook
Waktu Operasi:
Setiap hari dari pukul 11 pagi sehingga 11 malam (Kebiasannya makanan banyak habis pada pukul 9 malam)
Jom? -CARI |
|
|
|
|
|
|
|
sedap sgt ke..kne try ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
iols kalau mkn kebab dorang mesti terkentut2 nape eah |
|
|
|
|
|
|
|
Makanan timur tengah ni dan india ni, iols suka cuba yang di lulu hypermarket. Harga mampu milik dan sedap. |
|
|
|
|
|
|
| |
|