Bergandingan dalam sebuah filem, ramai percaya hubungan Elizabeth Tan dan Zul Ariffin bagai ada ‘sesuatu’ kerana kemesraan mereka. Mengukuhkan lagi dakwaan itu apabila Lizzy mengakui Zul seorang lelaki yang menawan.
“Secara peribadi, tidak dinafikan yang Zul memang lelaki yang menyenangkan. Saya memang agak malu-malu berlakon bersama tapi dia banyak membantu untuk penghayatan watak yang diberikan. Satu lagi, personalitinya yang menawan itu membuat rasa kekok dalam diri saya,” jelasnya.
Kalau dilihat pada beberapa video mereka di laman sosial, mereka memang agak serasi dan tidak kekok bersama. Malah dalam satu video, Lizzy juga bagaikan tersipu malu bila bertentangan dangan abang kacak, Zul. Pun begitu disebalik keintiman mereka, ada pihak yang suka dan ada juga pihak yang menentang. Rata-rata peminat masih tidak boleh move on dengan episod perpisahan Zul dan bekas kekasih, jadi hubungan baru ini seakan terlalu cepat.
Ada juga yang menasihatkan Lizzy supaya tidak terlalu cepat jatuh cinta pada lelaki seperti Zul, yang digelar ‘player’, takut kecewa di kemudian hari. Apapun, mungkin mereka hanya ‘teman tapi mesra’ dan berkawan rapat saja! (rtky/w)
|