Siapa yang tidak kenal Chef Wan yang sememangnya lantang mengkritik sesiapa sahaja sama ada sesuatu yang baik mahupun buruk dengan ayat-ayatnya yang berbisa itu.
 Foto: IG Chef Wan
Dia juga gemar memberi teguran dan pandangan menerusi laman Instagram dan sempena pilihan raya ke-14 ini dia juga ada 'mengusik' Diva Azwan Ali yang berkempen untuk parti gajahnya di Dun Bukit Antarabangsa.
 Foto: Carian Internet
Dia mengatakan jika Azwan memilih lambang gajah sebagai parti bebas maka jika suatu hari Chef Wan bertanding dia pula akan memilih parti dengan lambang tikus.
Dia melihat kesungguhan Azwan Ali berkempen untuk meraih undi dengan manifesto parti bebas di Dun tersebut. Dia tidak kisah jika Azwan Ali mahu ‘mencarut’ dengan usikannya itu.
 Foto: IG Chef Wan
Di akhir ayatnya itu, Chef Wan mengucapkan selamat bertanding kepada Azwan Ali pada pilihan raya yang akan berlangsung pada 9 Mei ini.
 Foto: IG Chef Wan
Azwan Ali yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang pernah menyatakan impiannya untuk menjadi Senator seperti Tan Sri Datuk Jins Samsudin suatu hari nanti.
Kagum dengan impian Diva AA! Tidak sabar menanti keputusan 9 Mei ini. Nanti kena ‘carutlah’ Chef Wan dengan Azwan. - CARI
|