CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kemaruk

[Politik] Sumber Perolehan Kerajaan PH

  [Copy link]
Post time 11-5-2018 08:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Haih... ramai yg puji DSN lepas dia kalah. Awat PH xde strategi ekonomi mapan ke? Janji PH banyak gula2, confirm defisit 10 tahun mendatang....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2018 08:50 PM | Show all posts
Voyagers replied at 11-5-2018 04:50 PM
itu short term solution

long term solution dia camna...

kan syed sadiq dah jawab. segala perbelanjaan pengurusan kerajaan adalah dari income hasil membanteras rasuah/ketirisan. dari situ dah cukup utk bayar segala2 perbelanjaan kerajaan, cukup utk menanggung hospital seluruh negara, cukup utk bajet ketenteraan. ia juga digunakan utk byr gaji kakitangan awam, kenaikan gaji, duit itu juga cukup utk bayar kos penyenggaraan highway tanpa tol. tak perlu gst & tak perlu apa2 cukai pun.  malah income tax semua golongan juga dihapuskan utk menghargai pengundi2
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2018 08:53 PM | Show all posts
zull4rs replied at 11-5-2018 08:48 PM
Haih... ramai yg puji DSN lepas dia kalah. Awat PH xde strategi ekonomi mapan ke? Janji PH banyak gu ...

kat fb jawapan paling popular ialah, "semua tu tak penting. janji kami puas hati BN tombang."   "kami tak kisah harga minyak tak turun, kami tak kisah harga minyak naik.  asalkan BN tombang".   jawapan yg mcm tu selalunya akan dapat lebih dari 1000 like
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2018 08:56 PM | Show all posts
lkick2113 replied at 11-5-2018 08:45 PM
Keh keh keh..... Best jugak kita jadi pembangkang nikan @tobby

best jadi pembangkang sebab tak perlu pikir teruk2. hanya perlu membangkang.  solution kita suruh kerajaan cari. sebab mrk pelaksana. mereka yg kena buat kerja. pembangkang tugas hakikinya membangkang & menghentam.   best giler merasai pengalaman ini.  bukan senang dpt peluang sebegini, dah 60 tahun jadi pelaksana.  skrg turn dorang pulak cari jawapan tiap kali pembangkang hentam & sebarkan keburukan kerajaan. kerja kita mainkan emosi rakyat. mainkan isu2 kebencian kpd kerajaan.  kerja paling senang.
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2018 08:59 PM | Show all posts
kenzou replied at 11-5-2018 07:05 PM
Orang orang kat sini bercakap seperti dah dapat lihat masa depan. Begitu singkat dan tumpul nya pemi ...

amat berharap Anwar segera jadi PM dan buat perbicaraan semula kes liwat 1 & kes liwat 2.  kita cari sampai ke lobang cacing mrk yg fitnah anwar.
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2018 09:03 PM From the mobile phone | Show all posts
G-Pitts replied at 11-5-2018 07:33 PM
Macam pernah dengar ayat "kalau tidak suka duduk sini boleh pindah keluar negara". Ayat ni la sala ...

Itu blum kira panggil penerima brim pemakan dedak lg.. sbbkan tun ckap brim akan diteruskan jd aku nk tgk macai ph telan ludah sendiri panggil diri dorang pemakan dedak.. ke dah ada gelaran lain utk pemakan dedak brim zmn tun m ni? hihihi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-5-2018 09:10 PM From the mobile phone | Show all posts
zull4rs replied at 11-5-2018 08:48 PM
Haih... ramai yg puji DSN lepas dia kalah. Awat PH xde strategi ekonomi mapan ke? Janji PH banyak gu ...

ni dah macam mase mule2  tm masuk pkr dulu la abis hilang semua panggilan mahafiraun la kronisme la mcm-mcm lg lah terus suchi bak bayi baru lahir hurmmmm tp takkan lah nk tunggu smpi 10 tahun 5 tahun saja lah nampaknye...
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2018 09:18 PM From the mobile phone | Show all posts
tobby replied at 11-5-2018 08:56 PM
best jadi pembangkang sebab tak perlu pikir teruk2. hanya perlu membangkang.  solution kita suruh  ...

Sekarang kita main pulak sentiment yg sama macam pakatan main dulu... Hehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2018 09:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg penting kita tombangkan BN... Keh keh keh
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2018 09:37 PM From the mobile phone | Show all posts
lkick2113 replied at 11-5-2018 09:19 PM
Yg penting kita tombangkan BN... Keh keh keh

aku undi ph hari tu sebab tun je

harap harap malaysia tak jadi a new greece la
malu baca berita nanti
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2018 09:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Voyagers replied at 11-5-2018 09:37 PM
aku undi ph hari tu sebab tun je

harap harap malaysia tak jadi a new greece la

Aku Tatap BN... Sebab aku dah baca semua manifesto Pakatan ni.... Kita dulu, Camana Dia perform.... Aku dah kena halau dari Malaysia ni dek sorang Macai KERAjaan semalam dalam thread sebelah
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2018 09:42 PM From the mobile phone | Show all posts
That is my concern too, though I voted for pH last day (yela nk tgk perubahan), ak pun nk taw income br cmne. Klu nk tunggu harta2 ketirisan najib luar negara (klu ada), ntah2 dh abis. Gst to SST, both are taxes. So apa beza. Oil price lg. Don't mind about gst (klu mmg utk benefit rkyat),sbb ak taw gaji ak sikit,bwh rm2.5k so pndai2 la cermat. Still mampu byr study loan lg. (X fhm NP org suh mansuhkn ptptn)- tp sbb xde beli aset, tanggungan anak.xpe br sehari kerajaan baru, x sbr nak taw plan ekonomi nnti.
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2018 09:42 PM | Show all posts
baru angkat sumpah, korang dah tanya macam-macam
pandai la dia orang.. korang dok diam2 je
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-5-2018 09:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Rakyat nak tau
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2018 09:44 PM From the mobile phone | Show all posts
joeyss replied at 11-5-2018 09:42 PM
baru angkat sumpah, korang dah tanya macam-macam
pandai la dia orang.. korang dok diam2 je

tudia ma
caii tegar sudah wujud.tahinah
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2018 09:46 PM | Show all posts
pengecatbintang replied at 11-5-2018 06:53 PM
1998.. 2008.. Krisis ekonomi setiap 10 tahun..
2018 dijangka ekonomi dunia akan merudum dan solut ...

betol ke ni?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2018 09:48 PM | Show all posts
Pajeri_Nenas replied at 11-5-2018 09:44 PM
tudia ma
caii tegar sudah wujud.tahinah

mana ko tau cai tegar? aku ngundi pun tak . aku tunggu dan lihat je.. hidup mesti diteruskan
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2018 09:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Sila bncangkan:


Nah.. baca sampai habis dan fahami ni, semoga memberi penjelasan kepada persoalan kita selama ini..penulis dari group LHDN

Malaysia sebenarnya tidak berhadapan dengan masalah untuk mendapat sumber pendapatan negara tetapi sebenarnya negara bermasalah dalam menguruskan perbelanjaan.

Kegagalan pengurusan perbelanjaan oleh kerajaan Barisan Nasional memangsakan rakyat hari ini dirompak oleh cukai barangan dan perkhidmatan (GST) zalim yang dikenakan secara paksa ke atas diri mereka untuk menambah hasil negara.

Seawal penubuhan Malaysia, pelbagai cukai dikenakan kepada golongan berkemampuan untuk menjadi sumber kepada negara sama ada menerusi cukai langsung korporat dan individu dan cukai tak langsung menerusi duti eksais dan cukai jualan dan perkhidmatan bagi sebahagian barangan dan perkhidmatan.

Malaysia juga memperolehi hasil lumayan dan mewah menerusi hasil bumi khususnya minyak sehingga menjangkau antara RM70-RM80 bilion setahun.

Sekiranya kerajaan Barisan Nasional mengamalkan konsep perbelanjaan berhemah, tidak boros dan mengelakkan ketirisan maka pendapatan daripada sumber cukai sedia ada dan hasil bumi sudah cukup untuk menguruskan sebuah negara dengan penduduk seramai 28 juta.

Namun, ternyata kerajaan untuk tempoh yang panjang telah gagal menguruskan perbelanjaan negara menurut panduan Islam dalam berekonomi. Ia dapat dilihat menerusi fakta-fakta berikut:

a. Belanjawan Tahunan

Kerajaan Barisan Nasional membentangkan belanjawan defisit selama 18 tahun berturut-turut sejak 1998. Belanjawan defisit bermaksud perbelanjaan yang dirancang melebihi pendapatan yang dijangka akan diperolehi.

Kerajaan hanya menjangka akan membentangkan belanjawan berimbang iaitu pendapatan seimbang dengan perbelanjaan pada 2020. Ertinya negara bakal menyaksikan belanjawan defisit untuk lagi 4 tahun mendatang.

Secara ringkas boleh dilihat perbezaan rancangan perbelanjaan kerajaan berbanding hasil yang dijangka sebagaimana tahun-tahun berikut:

Perbelanjaan (P)  Hasil (H)

2008 (P) 176 bilion (H) 148 bilion
2009 (P) 207 bilion (H) 161 bilion
2010 (P) 191 bilion (H)148 bilion
2011 (P) 212 bilion (H) 165 bilion
2012 (P) 232 bilion (H) 186 bilion
2013 (P) 251 bilion (H) 208 bilion
2014 (P) 264 bilion (H) 224 bilion
2015 (P) 273 bilion (H) 235 bilion

b. Hutang Negara

Belanjawan defisit menyumbang untuk negara meningkatkan hutang negara daripada setahun ke setahun.

Pada 2006 hutang negara hanyalah 247 bilion. Tetapi pada 2013 hutang negara telah meningkat kepada 546 bilion dengan peningkatan 299 bilion. Laporan terakhir 2015 hutang negara telah menjangkau 847 bilion.

Perhatikan jadual Hutang Negara sebagaimana berikut mengikut tahun:

1997 RM90 bilion
1998 RM103 bilion
1999 RM112 bilion
2000 RM125 bilion
2001 RM145 bilion
2002 RM164 bilion
2003 RM188 bilion
2004 RM216 bilion
2005 RM232 bilion
2006 RM247 bilion
2007 RM274 bilion
2008 RM317 bilion
2009 RM376 bilion
2010 RM405 bilion  
2011 RM465 bilion
2012 RM501 bilion
2013 RM546 bilion
(Sumber International Monetary Fund)
2014 RM677 bilion
2015 RM847 bilion
(Sumber The Economist)

Bayangkan, hutang kerajaan pada 1997 hanyalah RM90 bilion tetapi selepas 17 tahun pada tahun 2014 telah menjadi RM677 bilion.

Pada 2003 ketika Tun Abdullah Badawi mengambil alih negara hutang negara ialah RM188 bilion.

Selepas 6 tahun pada 2009 ketika beliau melepaskan jawatan kepada Datuk Seri Najib ia meningkat sekali ganda sebanyak RM188 bilion kepada RM376 bilion.

Selepas 5 tahun Najib mengambil alih negara, hutang pada 2014 meningkat hampir sekali ganda sebanyak 301 bilion kepada RM677 bilion.

c. Ketirisan Perbelanjaan

Kajian yang dibuat oleh Pusat Membanteras Rasuah dan Kronisme terhadap laporan tahunan Ketua Audit Negara menunjukkan berlaku ketirisan dan salah urus perbelanjaan antara RM23 bilion hingga RM40 bilion. Sedangkan GST hanya dijangka menyumbang sebanyak RM23 bilion pada tahun 2015. Jika ketirisan ditangani maka GST tidak diperlukan.

Pada tahun 2008 perbelanjaan untuk mengurus negara hanyalah RM128 bilion tetapi untuk 2015 kerajaa
n merancang perbelanjaan mengurus sebanyak RM223 bilion.

Tidakkah ia merupakan peningkatan yang melampau untuk tempoh yang pendek iaitu 7 tahun dengan peningkatan hampir RM100 bilion?

Hasil daripada kegagalan menguruskan perbelanjaan inilah maka kerajaan mula berfikir untuk meluaskan lagi sumber kewangan negara sedangkan sebenarnya kerajaan tidak berhadapan dengan masalah sumber tetapi pada masalah berbelanja.

Penyelesaian mudah kerajaan ialah memperkenalkan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (GST) kerana GST adalah cara paling mudah untuk mengutip sumber daripada rakyat.

GST dikenakan pada semua barangan dan perkhidmatan melainkan yang dikecualikan. Ertinya kerajaan mendapat ruang yang sangat besar dan luas untuk mendapat hasil menerusi cukai.

GST kena kepada semua rakyat tanpa mengira kaya atau miskin yang berbelanja dan mendapat perkhidmatan. Ertinya GST mempunyai cakupan cukai sangat luas.

Jika sebelumnya hanya sekitar 1.7 juta terpaksa membayar cukai maka dengan GST berjuta-juta rakyat terpaksa membayar cukai setiap hari termasuk orang miskin.

Apabila cukai dikenakan kepada si kaya dan si miskin maka di sinilah ketidakadilan sosial dan kezaliman berlaku. Kerana itulah cukai GST adalah zalim dan haram menurut kaedah percukaian Islam kerana cukai sepatutnya hanya kena kepada orang yang berkemampuan sahaja.

Data 2012 menunjukkan 31.7% isi rumah Malaysia berpendapatan kurang daripada rm2500 dan 23.8% lagi berpendapatan antara RM2,500 - RM4,000. Ertinya lebih separuh rakyat Malaysia mempunyai pendapatan di bawah RM4,000 iaitu di bawah paras kemiskinan.

MUNGKIN ANDA MASIH KABUR, DARI MANA DATANG NYA DANA UNTUK MEMBAYAR HUTANG SEBANYAK RM 847 BILION DAN FAEDAH NYA, TENTUNYA DARI RAKYAT YAKNI CUKAI.
CUBA KITA KIRA - 847 BILION/30 JUTA RAKYAT MALAYSIA:
847000,000,000/30 Juta=
RM28,233.3 Ribu, JADI SETIAP RAKYAT MALAYSIA MEMPUNYAI HUTANG SEBANYAK RM 28.23 Ribu.
JADI JIKA PENGURUSAN KEWANGAN NEGARA TIDAK DIUBAH MALAYSIA AKAN BANKRUP, ITU SEBAB MENGAPA PENGURUSAN NAJIB SENTIASA MAHU MENAIKKAN SEMUA CUKAI BARANGAN  DAN PERHIDMATAN......

_Copy n paste dr group LHDN utk sama2 Kita fikirkn bagai mana utk menghadapi situasi yg genting ini. [truncated by. WhatsApp]_

*TOLONG VIRAL KAN AGAR SEMUA RAKYAT TAHU TAK KIRA LA ANDA DI PIHAK YG MANA.*
#SELAMATKANMALAYSIA
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2018 09:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Atata replied at 11-5-2018 09:52 PM
Sila bncangkan:



Bagus penjelasan ni,harap dapat hadam pencacai umngok ni.Patutlah Abg.Najib Makin kaya akibat kebodohan pencacai ni..huhu.
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2018 10:00 PM From the mobile phone | Show all posts
tobby replied at 11-5-2018 08:53 PM
kat fb jawapan paling popular ialah, "semua tu tak penting. janji kami puas hati BN tombang."   "k ...

Cai hang ni tak habis2 meroyan awat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:57 AM GMT+8 , Processed in 1.233954 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list