CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 9700|Reply: 40

60 Years of True Love

  [Copy link]
Post time 11-5-2018 06:16 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by KILL_NANCY at 11-5-2018 06:19 PM



Mereka berkenalan ketika menuntut di Kolej Perubatan King Edward di Singapura pada 1947. DrMahathir mengakui, cinta mereka bukan cinta pandang pertama, namun menjadi rapat kerana sering belajar bersama.

“Dia satu-satunya pelajar wanita Melayu, sebab itulah kot (jatuh hati). Ada enam pelajar lelaki lain, semuanya sentiasa bersedia hendak tolong angkat beg dia. Saya pula dibesarkan dalam keluarga yang ramai lelaki, jadi tidak tahu bagaimana hendak ‘tegur’ perempuan. Saya tengok kawan lain tolong angkat beg dia, saya pun buat juga. Tetapi, saya selalu ajar dia (pelajaran), itu yang mungkin membuatkan hubungan kami menjadi rapat,” katanya..

Mereka mendirikan rumah tangga pada usia agak lewat bagi zaman itu, iaitu Dr Mahathir pada usia 30 tahun, manakala Dr Siti Hasmah, 29 tahun.

Dr Siti Hasmah berkata, kelewatan itu disebabkan mereka hanya berkahwin selepas menamatkan pengajian dan housemanship bagi memenuhi permintaan bapanya. “Ayah saya tahu mengenai hubungan kami itu. Jadi, satu hari dia telefon saya dan kami berbual mengenainya. Dia minta saya berjanji supaya menamatkan pengajian dulu sebelum berkahwin. Suami saya tamat pengajian pada 1953, dan saya pula pada 1955. Setahun kemudian kami berkahwin,” katanya.

Lumrah bercinta, ada pasang surutnya. Begitu juga dengan perhubungan mereka sebelum berkahwin. Ketika ditanya mengenai cabaran itu, Dr Siti Hasmahtidak menafikan sepanjang persahabatan itu mereka berdepan pelbagai dugaan, tetapi demi janji yang dipegang sejak sekian lama, mereka berjaya melaluinya. Malah, Dr Mahathir turut mengakui seperti pasangan lain ketiak muda dulu, cemburu tetap ada, terutama apabila melihat Dr Siti Hasmah dengan lelaki lain.

“Ada juga masa berkawan dulu, saya nampak dia berbual dengan lelaki lain, saya cemburu. Begitu juga apabila dia melihat saya bersama wanita lain. Tetapi, lama kelamaan kami faham sebenarnya tidak ada apa yang berlaku. Jadi, perhubungan itu berkekalan,” katanya. Dr Siti Hasmah akui, sepanjang perkahwinanmereka, beliau sudah masak dengan tumpuan yang diterima suaminya khususnya daripada orang ramai. Malah, sering kali juga beliau terpaksa ke tepi bagi membolehkan orang ramai yang ingin merakam gambar kenangan bersama Dr Mahathir.

“Pernah sekali ketika kami ke Suria KLCC, ada sekumpulan wanita yang terserempak dengan kami berasak-asak hendak mengambil gambar bersama dia (Dr Mahathir) sehingga saya terpaksa bergerak jauh ke tepi. Kebetulan saya terpandang ada pasangan yang ketika itu berada pada tingkat atas melihat senario itu dan mereka ketawa melihat keadaan berkenaan, lalu menjerit ke arah saya ‘tak jealous ke Tun?’. “Saya juga ketawa kerana apa yang berlaku itu perkara biasa bagi saya. Tiada cemburu, kerana kami saling memahami,” katanya.

Pastikan perselisihan faham tidak berpanjangan Melihat pasangan berkenaan yang saling usik mengusik sepanjang wawancara dilakukan, jelas sekali keserasian dan kebahagiaan antara mereka. Kini sudah lebih 50 tahun pasangan bahagia itu melayari bahtera perkahwinan bersama. Namun, Dr Siti Hasmah akui, seperti pasangan lain, perselisihan faham tetap ada. Bak bait puitis lagu Seniman Agung Tan Sri P Ramlee, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula manusia biasa. Begitu jugalah dengan Dr Mahathir dan Dr Siti Hasmah.

“Dia selalu komplen, saya lambat (bersiap terutama untuk menghadiri majlis). Kita ni wanita, biasalah banyak barang yang perlu seperti beg dan aksesori yang bersesuaian dengan baju. Jadi itulah yang lewat bila hendak cari yang sesuai. Suami saya pula seorang yang organize. Setiap malam, dia sudah sediakan semua keperluan seperti baju dan kasut untuk keesokan hari. “Selain itu, sebagai ibu, kita selalu ada benda yang hendak arah anak sebelum keluar dari rumah, terutama pada waktu malam dan saya juga ada tabiat, mesti tutup lampu bilik sebelum keluar. Jadi, selalu kena marah, masuk kereta masam muka dan apabila tiba di majlis tidak bertegur sapa.





Namun, akhirnya saya sedar kesilapan yang dilakukan dan kami berbaik semula. Tetapi, bagi menyelesaikan masalah ‘lambat’ itu saya suruh dia (Dr Mahathir) yang tutup lampu,” katanya tersenyum memandang suaminya mengenang peristiwa lalu. Menariknya, Dr Mahathir berkata, beliau turut mempunyai jalan bagi menyelesaikan masalah berkenaan. “Sebenarnya, saya seorang yang obses dengan ketepatan masa.

Susah nak faham perempuan, ginculah, beg mesti sama warna dengan kasutlah… Oleh kerana dia selalu lambat, saya akan duduk dalam dressing room dan tolong carikan apa yang dia perlukan. Kasut ke, aksesori ke, beg ke, bagi pastikan dia dapat lebih cepat (bersiap),” katanya tersenyum.

Melihat kepada senario hari ini yang mana semakin ramai pasangan baru mendirikan rumah tangga sudah bercerai, Dr Mahathir mengakui sedih dengan keadaan itu. Baginya, perceraian akan meruntuhkan keharmonian keluarga dan mendatangkan lebih banyak masalah khususnya trauma kepada anak-anak. Beliau berkata, apa yang berlaku hari ini mungkin disebabkan perubahan nilai budaya. Jika dulu, kebanyakan pasangan muda baru berkahwin mendapat perhatian daripada keluarga masing-masing, tetapi hari ini yang mana kebanyakan generasi baru sudah berhijrah ke kota menyebabkan tiada yang memerhati dan memberi nasihat.





“Orang dulu anggap perceraian itu sesuatu yang teruk sekali, tetapi hari ia seperti perkara biasa. Sebaiknya, apabila kita sudah mendirikan rumah tangga dan mempunyai anak, kita perlu memikirkan bahawa kita sudah mempunyai tanggungjawab. Jika kita ada rasa tanggungjawab itu, kita akan fikir caranya untuk berbaik semula apabila bergaduh, bukan terus bercerai. “Sedih mengenangkan ramai wanita yang menjadi ibu tunggal. Saya berasal daripada keluarga yang konservatif. Bagi kami, kita hanya ada seorang isteri saja.

Bapa saya berkahwin dua, tetapi dia berkahwin dengan isteri keduanya selepas emak, isteri pertamanya meninggal dunia. Paling penting, kita perlu saling bertoleransi dan jangan berharap supaya pasangan anda menjadi seperti apa yang anda mahukan. Dia ada personaliti sendiri, jadi anda perlu bersedia menerima kekurangan masing-masing,” katanya. Paling penting, kata Dr Siti Hasmah, perlu saling memahami dan bertoleransi. Jangan hanya kerana perkara remeh membawa kepada perceraian kerana kesannya ialah anak yang kehilangan kasih sayang ibudan bapa. Rahsia keutuhan perkahwinan Tun BUKAN mudah mengahwini insan ternama. Apa saja yang dilakukan pasangan, pasti tempiasnya terkena jua.

Namun, bak kata orang, jika takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. Mungkin itulah pegangan bekas Wanita Pertama Malaysia, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali. Bersuamikan orang politik, apatah pula suaminya, Tun Dr Mahathir Mohamad pernah memegang memegang portfolio tertinggi sebagai orang nombor satu negara, bermakna beliau perlu bersedia berkorban masa dan tenaga. “Saya fikir, saya mampu memahami kerjaya suami sebagai ahli politik kerana kami sama-sama bermula sebagai doktor. Kerjaya ini (doktor) ada kalanya menyebabkan suami perlu balik lambat, tetapi saya memahami kerana saya juga seorang doktor.

Apapun, kita harus percaya dan bertoleransi dengan suami. Jangan cemburu tanpa sebab. Apa yang penting, biar sesibuk mana sekalipun, kita perlu cari masa untuk meluangkan masa bersama pasangan dan anak,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini. Dalam hubungan ini, Dr Mahathir akui, meskipun isterinya reda dan tabah mengharungi pelbagai cabaran bersamanya, sebagai suami perasaan bersalah tetap ada, terutama apabila meninggalkan isteri sendirian bersama anak. Antara kenangan tidak dapat dilupakannya apabila beliau dalam dilema terpaksa memilih antara berada di sisi isterinya menyambut kelahiran anak mereka, atau menghadiri sidang Parlimen pertamanya.

“Saya masih ingat lagi satu kejadian pada 1964 ketika itu saya baru memenangi pilihan raya pertama saya. Dia (Dr Siti Hasmah) pula sedang menunggu masa melahirkan Mukhriz. Saya sedang bersiap sedia untuk menghadiri sidang Parlimen saya yang pertama, tiba-tiba air ketuban dia sudah pecah. Tetapi, dia beriya-iya suruh saya pergi juga.

Bayangkan ketika itu perjalanan dari Kedah ke Kuala Lumpur ambil masa yang lama dan saya hanya dapat melihat mereka (Dr Siti Hasmah dan Mukhriz) selepas dia bersalin. “Memang saya rasa bersalah, tetapi kami berpendapat dalam rumah tangga, suami dan isteri perlu saling memahami. Paling penting, kita tidak terlalu mendesak masa untuk bersama, tetapi tidak bermakna sampai tiada masa langsung untuk keluarga,” katanya.

Ini diakui sendiri Dr Siti Hasmah. Sebagai isteri, katanya, beliau memahami sidang berkenaan amat penting bagi suaminya, menyebabkan beliau sendiri menyuruh Dr Mahathir segera berangkat memandangkan perjalanan yang terpaksa dilalui agak jauh.






This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2018 06:34 PM | Show all posts
wow so romantic la... true love
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2018 06:45 PM From the mobile phone | Show all posts
I adore them. ...love them so much. ...moga mereka diberi kesihatan yang baik. ...suami yang baik....isteri yang baik. ...
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2018 06:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Kasih sampai syurga..
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2018 07:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2018 07:22 PM From the mobile phone | Show all posts
truelove
tilljannah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-5-2018 07:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Haritu tgk biografi diorang.. hasmah citer, masa kat king edward.. tun selalu ajar dia, kdg2 kena marah ngan tun.. pasal tun budak bijak, tapi ajar hasmah lambat paham... tun m memang otak geliga.. siapalah pengganti tun nanti..
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2018 07:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Mak doakan aku dapat laki pandai.....kekekek
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2018 07:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Muka Tun M masa muda hampir sama smpai skrg. Tp Tun Hasmah mmg lain.
Tp tu la mmg rare sgt zaman tu grad unibesiti. Apatah lg jdi doktor.
Tp anak2 tun xde lak yg ikut jadi cendekiawan mcm tun ni. At least jd profesor serba tahu ke.
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2018 07:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Hensemnye tun.
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2018 07:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Masuk abuk pulaaak mata ni
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2018 07:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Forever in love!!
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2018 08:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Lovin' you is easy 'cause you're beautiful
Makin' love with you is all I wanna do
Lovin' you is more than just a dream come true
And everything that I do is out of lovin' you
La la la la la la la la la la la la la la la
Do do do do do
No one else can make me feel
The colors that you bring
Stay with me while we grow old
And we will live each day in springtime
'Cause lovin' you has made my life so beautiful
And every day of my life is filled with lovin' you


-minnie ripperton,lovin you
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-5-2018 08:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by KILL_NANCY at 11-5-2018 08:14 PM







The Silent Treatment


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-5-2018 08:09 PM From the mobile phone | Show all posts
SELINGAN

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-5-2018 08:24 PM From the mobile phone | Show all posts


Kesukaan Tun Siti Hasmah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2018 09:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Baju tun warna kelabu tu...i ingat ada gambo arwah ayah i pun pakai dulu2
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2018 09:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Comel lah. Pasal tutup lampu. Tun tutup lampu. Hehehhe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-5-2018 10:15 PM From the mobile phone | Show all posts
munchkin replied at 11-5-2018 09:45 PM
Comel lah. Pasal tutup lampu. Tun tutup lampu. Hehehhe

Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2018 10:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Awwwww. So sweeettt. Tak minat kisah cinta bbnu superfake sekarang. Yg ni betul2 sweet. Pengorbanan isteri pada suami keluarga negara. Sob sob sob
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 10:29 PM GMT+8 , Processed in 0.089926 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list