CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Badawi

[Tempatan] Menteri Pertahanan

  [Copy link]
Post time 13-5-2018 11:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Terbaca komen ramai kawan-kawan daripada team yang kecewa, melekeh-lekehkan Mat Sabu seolah-olah beliau hanya pandai melawak. Kira tak layak jadi menteri la.

Sebagai orang yang kenal beliau daripada aku kecil lagi, ada beberapa benda yang aku boleh kongsi:

1. Perangai melawak tu adalah wajahnya di khalayak. Dengan melawak begitu, ramai yang mahu mendengar ceramah beliau, lalu mesej yang dibawa berjaya dikongsi dengan lebih ramai pendengar.

2. Namun, in private Mat Sabu suka berbincang topik-topik berat. Falsafah perjuangan, gerak kerja gerakan Islam, perkembangan politik dunia. Sebab tu aku prefer jumpa Mat Sabu di rumah atau tempat2 private lain. Banyak ilmu aku dapat. Kalau jumpa di tempat public, duduk ramai-ramai dia akan kembali kepada public persona dalam no. 1.

3. Satu lagi bidang yang menjadi kekuatan Mat Sabu adalah sejarah. Dia boleh ingat fakta-fakta sekali dengan tarikh-tarikh. Kalau dia nak cerita kronologi kejatuhan Khilafah Islamiyah tu, rasa dah macam masuk kelas sejarah. Tabik spring aku.

4. Hasil daripada penglibatan berpuluh-puluh tahun dalam PAS, Mat Sabu juga telah membina jaringan persahabatan dengan pimpinan negara Islam dan gerakan Islam dunia. Pimpinan Ikhwan, Hamas, Hizbullah, etc semua kenalan. Sebab tu ada musuh mainkan gambar dia dengan ulama' Iran konon bukti dia Shiah. Kalau dengar dia cerita sejarah gerakan-gerakan Islam ni, A pecah jadi B and C, siapa lead factions mana, dah macam kena hafal history masa nak join skinhead.

5. Bila tengok dia melawak, ramai assume dia low class sampai ke tahap tak tahu English. Deii, yang dia duk ke luar negara, jumpa pimpinan merata tu, kau ingat dia sembang dalam bahasa Melayu ke?

6. Dalam Malaysia ni juga, jaringan sahabat dia dari Perlis, membawa ke Johor dan terus ke Sabah. Dalam 1,2 peluang aku ikut dia ceramah kecil-kecil dulu, berhenti lah di mana sahaja, ada kawan-kawan yang akan dihubungi dan teman dia makan. Pernah sekali dalam perjalanan ke KL (kalau tak silap), handset dia terjatuh dalam kolah surau, habis rosak. Singgah di next stop, jumpa kawan di sana, ada yang terus hadiahkan handset baru untuk beliau.

7. Tahun lepas, aku berpeluang mengikuti beliau mengamati perjalanan Pemilihan Walikota Jakarta. Di sana, beberapa pertemuan di atur dengan tokoh-tokoh pimpinan Indonesia. Mat Sabu ternyata tidak kekok berbincang pelbagai isu politik di Indonesia dan serantau.

Jadi kawan-kawan, hanya kerana seseorang itu tidak gemar meninggi diri, tak bermakna dia tak berharga.

Give him a chance to prove his worth. Beliau dah pun buktikan kegigihan menentang
kezaliman sehingga keluar masuk ISA.

Kredit-  FB Syeikh Kuzaifah Bawazeer
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2018 11:27 AM | Show all posts
kasi peluang..tun 100x lagi tau/kenal mat sabu daripada kamu semua..
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2018 11:31 AM From the mobile phone | Show all posts
KILL_NANCY replied at 13-5-2018 10:49 AM
siapa sangkakan.rezeki masing2

Sapa2 forward gamba ni kat Hadi Bawang bio dia iri hati.
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2018 11:40 AM | Show all posts
selamat dia tak jaga KDN.. haha..

apa2 pon, semoga Abe Mat menyumbang sesuatu lah dalam bidang sojar ni..

Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2018 11:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Chuolss kena tgk youtube.byk video dia kt sana. Dlm lawak dia, ada isi.  Org perlekeh sbb nama dia mat sabu. Kampung.com  tp iols puji because dia bukan baling batu sorok tangan. Sejenis yg mengaku slh dan xmalu mengaku dpn org ramai..,
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2018 11:45 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-5-2018 11:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Lawak plak.pic depan pasai.pintu istana.tu
Iols dh cm nak gelar dia ahmad maslan 2.0 ni
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2018 11:46 AM | Show all posts
chazey replied at 13-5-2018 11:31 AM
Sapa2 forward gamba ni kat Hadi Bawang bio dia iri hati.

Saya nampak pemuja pas yg galak berjenaka dengan gambar kepala mat sabu berpakaian tentera sebegitu.Dalam whatsapp group diaorg sakan gelak sambil resah dengan menteri kewangan kapir.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2018 11:47 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2018 11:50 AM | Show all posts
tanakkampung1x replied at 13-5-2018 07:11 AM
Menteri Pertahanan kot yg tak perlu degree tinggi tinggi

Habis tu nak bagi dia Menteri Sains Tekn ...

bagi dia menteri pertanian since dia garit sgt berdemo kat baling psl petani miskin dulu sampai ntah habis ntah idak belajar kat itm dulu ..
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2018 11:51 AM From the mobile phone | Show all posts
zidane_ziege replied at 13-5-2018 11:27 AM
Terbaca komen ramai kawan-kawan daripada team yang kecewa, melekeh-lekehkan Mat Sabu seolah-olah bel ...

Sama juga dgn aku yang mengikuti perjalanan politik beliau dari 1984 sampai sekarang.bukan chokia kata orang utara.
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2018 11:51 AM From the mobile phone | Show all posts
matamata replied at 13-5-2018 11:45 AM

Spek tu, kimkkk hoi!
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2018 11:52 AM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 13-5-2018 11:46 AM
Saya nampak pemuja pas yg galak berjenaka dengan gambar kepala mat sabu berpakaian tentera sebegit ...

Laaa tak habis2 lagi ka keresahan depa pasal menteri kewangan baru tu.
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2018 12:07 PM From the mobile phone | Show all posts
BoongaKertas replied at 12-5-2018 11:55 PM
Iols msih terkesan dgn klip vid dia baling mic masa berucap tu. Hahahaha! Entah kenapa, rasa kelakor ...

Jangan main-main dengan Abe Mat...sekali dia baling mikrofon terus gerunn Israel

....
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2018 12:23 PM From the mobile phone | Show all posts
zidane_ziege replied at 13-5-2018 11:27 AM
Terbaca komen ramai kawan-kawan daripada team yang kecewa, melekeh-lekehkan Mat Sabu seolah-olah bel ...

Mat Sabu

Masyhur namanya Mat Sabu. Nama sebenar Muhammad bin Sabu. Gigih berjuang, berani, lantang bersuara menyatakan kebenaran, menentang penyelewengan.

Umur 28 tahun bertanding di Parlimen Kepala Batas dan DUN Penanti (1982).
Umur 30 kena tahan ISA. Beliau dibuang daerah di Kuala Pilah selama 2 tahun (1984 - 1986).
Beliau tidak serik. Terus berceramah. Terus menentang penyelewengan BN. Sambutan masyarakat makin hari makin bertambah.

Umur 33 kena tahan ISA lagi. Kali ini ditahan di penjara Kemunting Taiping selama 2 tahun ( 1987 - 1989 ).

Keluar penjara terus berjuang. Masa dirumah hanya 1/10 berbanding masa diluar rumah 9/10.
Beliau juga diuji dengan naik turun mahkamah dan ditahan dalam lokap berkali-kali.

Antara kes beliau diseret ke mahkamah ialah demonstrasi di ITM (UiTM). Kes ini beliau menang.
Kes ceramah sambut 50th PAS. Kes ini beliau menang.
Kes kenaikan harga barang. Kes ini masih diperingkat rayuan.
Kes BERSIH. Kes ini beliau menang.
Kes dituduh menghalang polis menjalankan tugas. Kes ini beliau menang.
Kes disaman oleh Suruhanjaya Pilihanraya. Kes ini beliau kalah.
Kes membela Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan. Kes ini beliau menang tetapi pihak kerajaan membuat rayuan.
Kes saman Utusan Malaysia. Kes ini masih belum selesai. ....

Beliau juga dilebel dengan berbagai-bagai lebel. Antaranya beliau dituduh kominis dan Syiah.
Setiap kali beliau dilebel, Utusan Malaysia akan paparkan isu beliau di muka hadapan.
Beliau juga dianggap sebagai musuh negara. Pernah satu ketika beliau dicerca dalam perhimpunan agung umno selama 3 hari.
Presiden umno hingga kepada perwakilan semuanya mencerca beliau.

Rumahnya di Shah Alam pernah dibakar tetapi sempat dipadam. Hanya kebakaran kecil sahaja. Orang yang membakar tidak ditangkap hingga sekarang. Rumahnya di kampung tempat kelahiran iaitu di Kg Guar Petai juga diserang hingga terpaksa dibuat kawalan keselamatan beberapa bulan.

Selain dari ditangkap, diseret ke mahkamah beliau juga pernah dilanggar oleh kereta polis hingga terkoyak tisu bawah lututnya.
Akibatnya tulang bawah lutut beliau dipasang sekeru hingga kehari ini dan beliau terpaksa bergerak dengan kerusi roda hampir dua bulan.
Walaupun berkerusi roda beliau terus berceramah, berlawan dengan BN.

Beliau cukup amanah dengan tanggung jawab yang diamanahkan kepadanya. Hampir tidak ada markaz Pas yang beliau tidak kunjungi.
Kalau pas cawangan inginkan duit, beliau akan dijemput berceramah. Kalau nak buat kutipan derma melalui jamuan makan malam beliau akan dijemput berceramah. Penganjur dapat duit. Saguhati untuknya tak cukup untuk tambang balik. Kawan-kawan kena bantu hantar dia balik.

Beliau memang hebat berceramah. Dalam Parlimen juga hebat. Namanya meniti dibibir orang tua-tua, orang muda, kanak-kanak, ustaz-ustaz, ular air, ahli sukan, artis, mak cik- mak cik dan anak dara, hingga ada muslimat berkata Mat Sabu loklaq, kelolo tapi nak pi dengar juga ceramah dia. Bukan sahaja orang melayu, cina dan india pun sama, semua suka kepada Mat Sabu.

Sebab itu beliau dicemburui. Seperti Hang Tuah dicemberui oleh pembesar-pembesar istana Melaka. Seperti Nabi Yusuf dicemburui oleh abang-abangnya. Tidak ada seorang pun dari ahli parlimen Pas yang sanggup letak jawatan untuk bagi laluan kepada Mat Sabu Timb Presiden Pas seperti yang dibuat oleh ADUN Kajang berbangsa Cina untuk beri laluan kepada DS Anwar Ibrahim berbangsa melayu.

Mat Sabu bukan tak pernah jadi Ahli Parlimen. Beliau pernah jadi Ahli Palimen Nilam Puri tahun 1990, Kubang Kerian tahun 1995 dan tahun 1999 di Kuala Kedah.

Beliau menapak dari bawah. Jadi exco pemuda Pas, setiausaha pemuda Pas, pemangku ketua pemuda Pas, ajk pas pusat, Naib Presiden Pas dan Timbalan Presiden Pas. Beliau juga menjadi ahli jawatankuasa Gerakan Pembebasan Palestin peringkat dunia.

copy and paste
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2018 12:32 PM | Show all posts
MissMamamia75 replied at 13-5-2018 12:23 PM
Mat Sabu

Masyhur namanya Mat Sabu. Nama sebenar Muhammad bin Sabu. Gigih berjuang, berani, lan ...

anak2 mat sabu boleh je nak buat luahan perasaan kat ig ala2 fazley & raf. keluarga kena kacau. rumah kena kacau. minus juta2 ringgit.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2018 12:41 PM | Show all posts
zidane_ziege replied at 13-5-2018 11:27 AM
Terbaca komen ramai kawan-kawan daripada team yang kecewa, melekeh-lekehkan Mat Sabu seolah-olah bel ...

jangan underestimate mat sabu.
harap boleh jaga kementerian dengan baik.
harap kekalkan sifat rendah diri sampai bila2. jadi menteri ni satu ujian. adakah bang mat terus tunduk resmi padi berisi? semoga dijauhkan dari sifat bangga diri dan berlagak. ramai org menyampah. semoga kuat iman bila tgk duit banyak (dan juga perempuan). bila kena garang, jadi garang. kena bertegas kalau ada yg nk amik kesempatan. berlawak bila nk hiburkan hati kita semua
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2018 12:46 PM From the mobile phone | Show all posts
genUmi replied at 12-5-2018 10:39 PM
https://www.youtube.com/watch?v=CGAYGBoVP6o&t=302s

see, Mat Sabu punya Engris way better than Jahid Komidi ... Macau pembangang kesontapan tak abih2 asal becakap je
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2018 12:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Perhatian bang mat sabu, sila ambil serius dengan unsur ragging dalam tentera. Kat upnm sahaja dah ada dua kematian. Kes zulfarhan masih berjalan di mahkamah. Semoga kematian arwah terbela. Lempar pembuli ni jauh2. Baru aman dunia.


Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2018 12:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Hahaha..aku terhibur dengan thread ni..troll puas2 dulu..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 02:52 AM GMT+8 , Processed in 0.081468 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list