CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23173|Reply: 2253

[ALL ABOUT FENDY BAKRY] - latest drama KCKK

   Close [Copy link]
Post time 13-5-2018 08:37 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by harumanis at 27-12-2018 04:38 PM

Twitter: Fendy Bakry (@fendybakry)
Facebook: Fendy Bakry


Mohd Affandi bin Nor Bakri atau lebih dikenali sebagai Fendy Bakry (lahir 11 Ogos 1988) merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia. Beliau merupakan bekas peserta Hero Remaja 2012 dan terkenal menerusi watak sebagai Mr. Grey dalam siri drama Mr. Grey di Astro Ria.


Fendy Bakry merupakan bekas peserta Hero Remaja 2011/12 bersama finalis termasuk Fattah Amin, Syafiq Kyle, Hafreez Adam, Ben Amir, Hafidz Roshdi dan Saharul Ridzwan. Selepas tamat Hero Remaja 2012, Fendy memulakan kerjaya lakonannya, bermula dengan Zeel Production, kemudian Osman Ali memgasah bakatnya dalam bidang lakonan, bermula di situlah Fendy mula serius berkecimpung dalam bidang lakonan.
Kerjaya filem Fendy bermula pada 2014 setelah menerima tawaran dari pengarah Mamat Khalid, beliau berlakon bersama Shuib Sepahtu dan Shuk Balas menerusi peranan kecil dalam filem komedi pengembaraan jenayah, Amir dan Loqman Pergi ke Laut yang ditayangkan pada 25 September.
Fendy meraih kejayaan komersial melalui gandingannya bersama Eyra Hazali dalam drama adaptasi novel, Mr. Grey yang kini bersiaran di Astro Ria bermula 9 April 2018

Filem
2014   Amir dan Loqman Pergi ke Laut
2016   Langit Cinta

Drama
2013   Dilema
             Kiah The Spy
2014   Besan Tiga Segi
2015   Eksperimen Cinta
             BIB
2016   Kak Marr
2017   Destinasi Ukhuwah
             Kerna Syurga Bukan Percuma
2018   Mr. Grey
         
Telefilem
2013   Mati Hidup Semula
2014   Taksi Love
2016   Jatuh Cinta Buta
             Salam Cinta Buat Ustazah Husna
             Kuntom


=================================================================================


Hangpa boleh post apa saja pasai Fendy Bakri TAPIIIII:

1. Pastikan post tidak menjatuhkan maruah artis

2. Pastikan post tiada unsur2 provokasi

3. Pastikan berita yg dikongsikan adalah sahih; jika tidak pasti, sila sertakan disclaimer














This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-5-2018 08:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by harumanis at 31-5-2018 01:14 PM











This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-5-2018 08:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Reserved for TT
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2018 08:55 PM From the mobile phone | Show all posts
RP ke benang ni?? Letak la dekat luar mcm sub bod
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-5-2018 08:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Koalajaguar replied at 13-5-2018 08:55 PM
RP ke benang ni?? Letak la dekat luar mcm sub bod

Tak ada RP.....kelab peminat kena duduk.dalam.sub board kelab...kalau kat luaq sat gi admin campak masuk.sini jugak....
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2018 09:20 PM From the mobile phone | Show all posts
harumanis replied at 13-5-2018 08:57 PM
Tak ada RP.....kelab peminat kena duduk.dalam.sub board kelab...kalau kat luaq sat gi admin campak ...


Aikkk tarik letak kat sebelah benang neelofa x boleh ke? Xyah masuk thru kelab peminat.. .

Iolls nak SR td xleh,kena login gak baru boleh baca tu yg igt RP
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-5-2018 09:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols baru marathon tgk Mr Grey tu pon sebab sistur2 dalam porem la duk promo kemain.

Iols mengaku la heols ni manisssss... sengih2 tgk drama tu.. watak nisa irdina tu tak kayuuu! Pandai berlakon sheols.

Oh anywayyyy.. dah otw nak sihat kan? Apelah sakit dia eh?

Orang yg gelarannya ALANG mmg muka manis2 ek? Haha
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2018 09:24 PM From the mobile phone | Show all posts
sarukhan replied at 13-5-2018 09:23 PM
Iols baru marathon tgk Mr Grey tu pon sebab sistur2 dalam porem la duk promo kemain.

Iols mengak ...

Alang?? Heolls nak no 3 ke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-5-2018 09:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Koalajaguar replied at 13-5-2018 09:20 PM
Aikkk tarik letak kat sebelah benang neelofa x boleh ke? Xyah masuk thru kelab peminat.. .

Io ...

Itu admin je boleh buat...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-5-2018 09:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Koalajaguar replied at 13-5-2018 09:20 PM
Aikkk tarik letak kat sebelah benang neelofa x boleh ke? Xyah masuk thru kelab peminat.. .

Io ...

Laa baru perasan....yg pasai kena log in baru boleh baca...sat noo kaka check pasaipa jadi lagu tu....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-5-2018 09:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by harumanis at 13-5-2018 09:55 PM
harumanis replied at 13-5-2018 09:47 PM
Laa baru perasan....yg pasai kena log in baru boleh baca...sat noo kaka check pasaipa jadi lagu tu ...


Momod @houdini @britney_sapiah boleh tolong check tak kenapa nak kena log in baru boleh tengok benang ni? Kaka tak bubuh pagar pun....
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2018 09:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Yes... happy nya ada rumah baru... iols check in...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-5-2018 10:00 PM From the mobile phone | Show all posts
eyza_aziz replied at 13-5-2018 09:56 PM
Yes... happy nya ada rumah baru... iols check in...

Seru laaa yg lain2 masuk....bagi meriah rumah ni...
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2018 10:02 PM From the mobile phone | Show all posts
harumanis replied at 13-5-2018 09:47 PM
Laa baru perasan....yg pasai kena log in baru boleh baca...sat noo kaka check pasaipa jadi lagu tu ...

Haa TT cepat bertindak.. Iolls kdg tak rajin nak login, byk SR jee.. Hahahaha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-5-2018 10:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Koalajaguar replied at 13-5-2018 10:02 PM
Haa TT cepat bertindak.. Iolls kdg tak rajin nak login, byk SR jee.. Hahahaha

Tunggu laa Momod jawab..TT dh check tak dak letak pagaq apa2 pun....
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2018 10:17 PM From the mobile phone | Show all posts
future zaujah check-in oso....

mana geng korma semanis senyuman bamfendy ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2018 10:22 PM From the mobile phone | Show all posts
anakura replied at 13-5-2018 10:17 PM
future zaujah check-in oso....

mana geng korma semanis senyuman bamfendy ni...

Tgh tggu ahli lain check in...
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2018 10:31 PM From the mobile phone | Show all posts
La 30 dah heols. Ingatkan baru 20 lebih
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-5-2018 10:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Kepada peminat FB...bacalah novel ni...Raees ni sebijik FB...



Orang kata, kalau dalam diri ada jiwa, jahat macam mana pun dia akan menangis. keras hati sekeranya pun akan lembut. Tapi susah untuk melihat Iman menangis.
“Maaf, Iman tak sengaja.” Mangkuk tingkat berterabur atas lantai bersama isinya, nasi dan sepat ronggeng goreng semata. Mak Raees kata boleh makan dua hari. Lambat basi.
“Tak pa. Saya pun tak nampak cik.” Raees tunduk betulkan mangkuk bertingkat. Tak ada apa yang boleh dimakan lagi, buang sajalah. Kalau bukan kata rezeki Raees, nak buat lagu mana lagi. Tuhan sudah tentukan begitu.
“Maaf bang, Iman betul-betul tak nampak.” Kelam kabut Iman makin menjadi. Kenapalah dia cuai benar sampai tak boleh kenal tiang dengan orang. Bukannya gelap gelita.
“Iman…” Nawal melaung.
“Kejap.” Iman cuba membantu.
“Tak apa cik, saya boleh buat.” Dia nak duduk dengan kain paras lutut lagu tu? Ketat pulak, baik tak payah tolong. Tak senonohnya. Raees angkat muka. Muka lawa. Tapi kenapa pakai kain tak cukup? Perempuan tak manis pakai lagu tu.
Kalut Iman keluarkan duit. Dalam Prada warna pink cukup-cukup 100 ringgit. Papa kata tak boleh minta sampai hujung bulan. Hujung bulan bukan 2 hari, ada 13 hari mahu sampai hujung bulan. Masalah besar nanti. Tak apa, Iman tak perlukannya. Lelaki yang nampak baru turun bas entah dari kampung mana, lebih memerlukannya. Beg pakaian serta beg plastik jadi saksi penting, Iman tak salah teka. Sah dari kampung. Mungkin mahu cari kerja. Nasi putih dan ikan kering jadi saksi kedua. Itu yang buat Iman jatuh kasihan.
“Abang ambil duit ni ya. Sebagai ganti Iman jatuhkan bekalan abang.” Iman hulur juga 100 ringgit yang tinggal. Kata papa kalau mahu bersedekah, jangan teragak-agak. Namanya tidak ikhlas kalau main agak-agak. Nak sedekah bagi terus.
Mata Raees pandang Iman. Mata kecil dan mata besar berlaga. Mata Iman kecil saja, mata Raees yang terlebih besar. Raees tak marah. Mana tau budaya orang sini suka sedekah duit kalau buat salah. Raees kena faham. Mana boleh masuk kandang rimau bunyi kambing. Tak lama hiduplah jawabnya.
“Tak pa. Cik tak salah. Saya yang tak perasan.”
Ya, Raees pun sama salah. Sambil jalan baca alamat rumah Jidin. “Ambillah, Iman ikhlas ni.”
“Tak pa.” Kalut Raees ambil beg pakaian, kemudian beg plastik. Mangkuk tingkat sekali. “Assalamualaikum.” Raees cakap sebelum atur langkah.
Tapi sebelum tu mata pandang nasi dan sepat ronggeng goreng yang jadi habuan lantai. Itulah masakan terakhir emak yang tidak sempat dijamah. Iman tahu abang dari kampung entah mana itu sedih melihat nasi dan ikan masin atas lantai. Mana tahu dia tak ada duit mahu makan. Mana tahu itulah bekalan makanan yang dia.
“Iman, kenapa kau menangis?” Nawal gelak. Tengok air mata Iman, rasa macam tengok muka Mr Bean, lawak habis.
“Aku tak boleh tengok orang miskin.” Gelak Nawal mati. Mula tidak kenal siapa Iman yang sebenarnya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2018 10:53 PM From the mobile phone | Show all posts
harumanis replied at 13-5-2018 10:50 PM
Kepada peminat FB...bacalah novel ni...Raees ni sebijik FB...



Ok nnt cari
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:00 PM GMT+8 , Processed in 0.343561 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list