CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: harumanis

[ALL ABOUT FENDY BAKRY] - latest drama KCKK

   Close [Copy link]
 Author| Post time 14-5-2018 04:08 PM | Show all posts
Edited by harumanis at 14-5-2018 04:09 PM
xixin5230 replied at 14-5-2018 03:59 PM
Padanlah umah gosip sana sepi..semua berkuntum kat sini...iols ingt semua sudah melupakan grey...

Rumah tu dah 100++ pages dah....tak lama lagi Momod katup tu......berkuntum sini ja laa....kalau kat sini dah sampai 100; kaka boleh buka benang baru..no hal....

Mai laa share gambaq2, videos, artikel pasai FB

sat gi kaka free, kakak post lagi naa gambaq2......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2018 04:25 PM | Show all posts
harumanis replied at 14-5-2018 04:08 PM
Rumah tu dah 100++ pages dah....tak lama lagi Momod katup tu......berkuntum sini ja laa....kalau k ...

kaka post la gambaq2, video FB.. saya tak pandai nak tepek gambaq ni... seblm ni SR je tetiba je naw nak mengomen sejak jatuh cinta ngan senyum maneh FB nih...
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2018 04:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Koalajaguar replied at 14-5-2018 01:10 PM
Amboi laju check in sini ye

pindah rumah... harus check-in demi bamfendy gitu.... hahahahah
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2018 04:29 PM From the mobile phone | Show all posts
harumanis replied at 14-5-2018 03:04 PM
Kaka dh DM osman ali ...mintak dia adaptasi novel Yg Manis tu...hahaha

Mmg sesuai Yg Manis tu ...

cargas kaka noh...hihihi

tapi sungguh, wataknya sesuai dgn bamfendy.... pompom
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-5-2018 04:29 PM | Show all posts
Ohhh...rupa-rupanya ada bakat lain FB ni yea......trainer rupanyaa......... (sorry berita tahun 2017 - dah basi). Memang low profile FB ni, tak banyak cerita/gossip pasal dia....padan laaa tak kenai........



MESKIPUN sudah hampir lima tahun berkecimpung dalam bidang lakonan namun nama Fendi Bakri mungkin masih agak asing bagi peminat. Pun begitu, sebenarnya pelakon berusia 29 tahun ini sudah berlakon lebih 10 drama dan dua filem.  
Menurut Fendi atau nama sebenarnya Mohd Affandi Nor Bakri, dia mengakui namanya agak kurang dikenali mungkin kerana kurang publisiti.  Namun bukan salah sesiapa sebaliknya itu adalah prinsip dirinya sendiri.  


"Saya mula berlakon selepas tamat Hero Remaja 2012. Ketika itu, pemenangnya adalah Fattah Amin. Saya bermula dengan Zeel Production dan kemudian Osman Ali asah bakat saya lagi dan memperkenalkan kepada rakan-rakan dalam industri.  Jadi, dari situlah saya kenal dunia lakonan.   
"Ketika itu saya tak banyak berlakon dan watak pun hanya ekstra saja.  Jadi saya fikir tak perlulah terlalu menonjol kepada media sebab tak ada apa yang istimewa. Saya berdiam diri sebab nak tonjolkan diri dengan bakat dan bukan dengan cerita biasa," jelas Fendi merendah diri.
Tambahnya, setiap kali muncul dengan cerita baru, dia akan pastikan imejnya berbeza.  
"Agaknya sebab itulah orang tak berapa kenal saya.  Dalam TV saya nampak lain tapi di luar saya lain. Biasalah kalau ada yang tanya nampak macam kenal tapi nampak kat mana ya?" katanya sambil ketawa.   
Tambahnya, antara sebab lain namanya lambat naik kerana fokusnya bukan semata-mata di bidang lakonan sebaliknya sibuk menguruskan syarikat yang diusahakan bersama rakan, Lotus LC Management.
"Kerana minat.  Saya suka bagi training pada orang.  Mula-mula sekadar suka-suka saja tapi lama-kelamaan jadi best.  Setiap kali training mesti akan jumpa dengan orang baru yang pelbagai ragam.  
"Cuma beberapa tahun kebelakangan saya nampak lebih aktif berlakon," kata Fendi.  
Hingga kini, kata Fendi, dia lebih selesa bergerak sendiri tanpa pihak pengurusan.  
"Saya faham, sebagai orang baru yang tak ada apa-apa mungkin agak sukar untuk mana-mana pihak ambil saya sebagai artis di bawah pengurusan mereka," ujarnya.
Justeru, katanya, dia berusaha menjalin hubungan baik dengan semua orang dalam industri untuk mendapatkan perhatian.  
"Insya-ALLAH, selepas ini saya akan berada di bawah bumbung syarikat pengurusan Prokuya Studios, milik Fadzil Zahari.  Tengoklah macam mana nanti syarikat ini boleh membantu memperkembangkan kerjaya seni saya,
"Saya kenal Fadzil ketika kami berlakon bersama di dalam drama Kerna Syurga Bukan Percuma, Jadi dari situlah, kami berbual dan terus saya berminat untuk turut serta dengan syarikat pengurusannya.  Ada beberapa projek juga yang kami sedang bincangkan.  Insya-ALLAH," kata Fendi lagi.  

Percaya rezeki
Bercerita rakan seangkatannya, Fattah Amin, Syafiq Kyle dan Saharul Ridzwan, yang telah terlebih dahulu mengecap populariti mendadak berbanding diri sendiri yang masih mencari tapak kukuh, kata Fendi, dia tidak kisah dengan situasi tersebut sebaliknya terus berfikiran positif.  
"Tidak cemburu langsung pun.  Kami kalau berjumpa tetap berbual seperti biasa.  Lagipun saya anggap ini adalah rezeki masing-masing.  
"Untuk diri saya sendiri, mungkin sebab saya belum dapat lagi slot yang popular yang boleh membuatkan orang betul-betul kenal dengan saya.  
"Tak ada masalah, saya pun banyak yang perlu belajar lagi," katanya yang turut menyertai Persatuan Teater Negeri Perlis.



Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2018 04:33 PM From the mobile phone | Show all posts
harumanis replied at 14-5-2018 04:08 PM
Rumah tu dah 100++ pages dah....tak lama lagi Momod katup tu......berkuntum sini ja laa....kalau k ...

sapa yang belum subscribed bamfendy kat youtube sila2 pi subscribed.

yang mana belum follow ig & twitter bolej pi follow jugak...

pomot bamfendy baekkkk punya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-5-2018 04:36 PM From the mobile phone | Show all posts
harumanis replied at 14-5-2018 04:29 PM
Ohhh...rupa-rupanya ada bakat lain FB ni yea......trainer rupanyaa......... (sorry berita tahun 2017 ...

bamfendy ni bagus budak nya... baik budaknya... humble budaknya....

gitewwww bila future zaujah memuji
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2018 04:39 PM From the mobile phone | Show all posts
mana moy ye....seru moy....

moyy moyyy.... bagitau bamfendy kita dah pindah rumah ye....rumah sana dh sepi...jangan bamfendy fikir geng korma melupakannya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2018 05:43 PM | Show all posts
eyza_aziz replied at 14-5-2018 11:28 AM
saya tgk artis lelaki yg dr perlis ni la... Khai Bahar & Fendy Bakry ni cakap lembut je... tp hat yg ...

A'ah..betul lah

KB dgn FB sweet dan mcm pemalu sikit gitu. FB punya hensem jenis mcm abang senior hensem kat sekolah yg junior minat gitu

Yg dua pompuan tu aku no komen...takut tengok wpun cantik


Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2018 06:20 PM From the mobile phone | Show all posts
kaka HM, bamfendy ada ke berlakon sejuta rasa adelia tu? iols ase dia xjadi kan... watak tu mcm dh ganti dgn adam lee
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-5-2018 06:27 PM From the mobile phone | Show all posts
anakura replied at 14-5-2018 06:20 PM
kaka HM, bamfendy ada ke berlakon sejuta rasa adelia tu? iols ase dia xjadi kan... watak tu mcm dh g ...

Ye ehh....kaka amik info drp wiki...ok...kaka buang eh...
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2018 06:40 PM From the mobile phone | Show all posts
harumanis replied at 14-5-2018 03:23 PM
Rasa macam pernah jumpa...kat bwnang mana yea?

byk kali kita pernah berjumpa kaka lg2 kt bod drama
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2018 06:43 PM From the mobile phone | Show all posts
anakura replied at 14-5-2018 06:20 PM
kaka HM, bamfendy ada ke berlakon sejuta rasa adelia tu? iols ase dia xjadi kan... watak tu mcm dh g ...

dh tukarkan keadaan fb tk mengizinkan..bg fb rehat betoi2 nanti blh shooting mr grey raya haji
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2018 06:56 PM From the mobile phone | Show all posts
anakura replied at 14-5-2018 04:33 PM
sapa yang belum subscribed bamfendy kat youtube sila2 pi subscribed.

yang mana belum follow ig ...

Awai2 dah subcribed.. segala yg berkaitan ngan abam pendy sepantas kilat iols follow..
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2018 07:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Kaka @harumanis .... baru i perasan bifday FB sama ngan my special day... sampai biler2 leh ingat bifday dia.. hehe
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2018 08:15 PM From the mobile phone | Show all posts
eyza_aziz replied at 14-5-2018 06:56 PM
Awai2 dah subcribed.. segala yg berkaitan ngan abam pendy sepantas kilat iols follow..

laju uols noh...sama la kite. sep! hahahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2018 08:29 PM From the mobile phone | Show all posts
anakura replied at 14-5-2018 04:33 PM
sapa yang belum subscribed bamfendy kat youtube sila2 pi subscribed.

yang mana belum follow ig ...

Kaka dh folo semua..x de twitter, kaka register twitter...gegehhh kan....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-5-2018 09:12 PM From the mobile phone | Show all posts
eyrA622 replied at 14-5-2018 06:40 PM
byk kali kita pernah berjumpa kaka lg2 kt bod drama

Kannnn.....Adam dan Hawa ada? Sehangat Asmara? Teduhan Kasih? Mr Pilot? HSC? MAID? RA200%?

Lagi satu drama lupa plak tajuk....azlee khairi vs zara zya

Dan banyak lagi lahhh....hahaha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-5-2018 09:13 PM From the mobile phone | Show all posts
eyrA622 replied at 14-5-2018 06:43 PM
dh tukarkan keadaan fb tk mengizinkan..bg fb rehat betoi2 nanti blh shooting mr grey raya haji

Kaka main kopipes ja...nk kena delete sat gi...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-5-2018 09:19 PM From the mobile phone | Show all posts
FB pi jumpak Osman Ali laaa....ada drama baru kah?

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 06:06 PM GMT+8 , Processed in 1.104439 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list