CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4347|Reply: 18

Tiada keyakinan diri. Lost Everything!

[Copy link]
Post time 14-5-2018 11:05 PM | Show all posts |Read mode
Hai semua,
Tengok tajuk je dah tau apa masalah yang nak dikongsikan.  Memang dari kecil saya ni seorang yang sangat pemalu dan pendiam.  Saya takut diejek oleh kawan-kawan dan sesiapa yang ada berdekatan dengan saya.  Sehinggalah dah semakin dewasa ni, rasa masalah yang satu ni sangat membebankan.  Habis sekolah terus sambung belajar dan terus kerja.  Sehinggakan cousins, friends, semua memang iri tengok 'kejayaan' saya.  

Tapi apa yang saya nak sampaikan kat sini bukan itu, masalah keyakinan diri yg membuatkan saya ditindas.  Saya tak pernah faham apa yang saya pelajari.  Even setiap kali peperiksaan pun tak pernah score.  Semua yang jadi based on nasib je sebenarnya.    Sambung belajar pun sama, mana ada faham apa yang saya belajar.  Masa sem 1 dulu pernah suarakan rasa hati nak berhenti, nak tukar course.  Tapi dihalang oleh semua.  Siap kena marah, katanya saya ni cepat mengalah.  Taknak berusaha.  Belum berperang dah mengalah.  

Saya hentikan hasrat nak berhenti dan teruskan hidup macam biasa, result final exam keluar, yupp saya repeat dua papers.  Still teruskan juga sebab takde sape faham maksud saya tak boleh bawa course berkenaan.  Sampailah ke final sem.  Alhamdulillah, dah grad dah pun.  Tapi tak pernah score.  CGPA pun 2.30 something.  Dari dulu memang sentiasa "cukup-cukup" makan.

Nasib saya baik sebab saya diwajibkan ambil internship.  Then dari internship saya terus diserap bekerja.  Lebih kurang 4 tahun saya di tempat kerja yang sama sehinggalah saya berhenti pada akhir tahun lepas.   Pada awalnya, saya diterima walaupun zero knowledge kerana title fresh graduate, sehinggalah hampir dua tahun, prestasi saya masih sama.  Siang malam saya study, pergi ke rumah ex colleague untuk minta diajar dan macam2 sya buat untuk memastikan saya seiring dengan rakan-rakan sekerja.  Tapi output masih sama.  Dungu tetap dungu.  Semakin lama rasa semakin menyusahkan mereka.  Saya ambil keputusan untuk berhenti dah pergi kearah minat dan kemampuan saya.  

Tetapi...

Sehingga kini.  Hampir 6 bulan menganggur.  Interview sana sini.  Tiada satu pun yang panggil untuk bekerja.  Even saya mendapat offer dari tempat kerja lama juga masalah yang sama sering berlaku (Walaupun mendapat offer, saya masih kene pergi interview), selepas interview mereka seakan berat hati untuk menerima saya semula.  

Terlampau stress kerana keluarga juga seakan tidak respect pada saya lagi.  Bagaimana mereka bangga dengan saya suatu masa dahulu, telah berubah melayani saya seperti orang asing.  Bukan sahaja keluarga saya, keluarga mertua juga serta kawan-kawan pun sama.

PUNCANYA SATU, MASALAH TIADA KEYAKINAN DIRI.  ZERO COMMUNICATION SKILLS.

Sedih mengenang nasib, saya mengharapkan seandainya saya berjodoh, saya impikan seorang lelaki yang boleh membimbing saya dan mengubah saya.  Apakan daya, saya telah berkahwin, tetapi nasib saya jadi semakin teruk.  Suami seorang yang tidak boleh saya bergantung padanya.  Suami baik, bekerja tetap.  Tetapi tidak pandai untuk hidup.  Dia juga mempunyai masalah.  "Anak Emak".  Kalau anda semua faham, terms tersebut bermaksud suami saya tak pandai berdikari.  Memang dari kecil sering dimanjakan emaknya.  Jika dia meminta emaknya hantar makanan dalam bilik pun maknya pasti buat. (Ni contoh, suami saya tak pernah berbuat demikian, saya cuma beri contoh betapa manjanya suami saya).  Yang menjadi masalah adalah, suami dan keluarganya bukan orang kaya, tetapi orang susah.  Emaknya msih bekerja walaupun umur semakin berusia.  Tak pernah mengeluh dan tak pernah marah anak-anaknya termasuklah suami saya.  

Sekarang suami lebih bergantung pada saya.  Bukan bergantung dari segi makan pakai.  Tapi bergantung dengan saya untuk teruskan hidup.  Mungkin dia menganggap saya melayani dia seperti emaknya.  Culture shock saya dibuatnya.  Knowledge tentang kehidupan memang kosong.  Suami saya tak pandai satu langsung pun dalam membantu hal rumah tangga.  Even something yang sepatutnya para isteri mengharapkan bantuan suami juga, suami tidak pandai.  Tukar mentol, sinki tersumbat, even masalah berkenaan kereta juga dia tak tau.  everything dia tak tahu langsung.

Saya tak tau apa nasib saya, kenapa dari dulu sehingga kini masalah dan bad luck sentiasa bertimpa-timpa pada saya.  Masalah diri yang terumbang ambing, ditambah pula dengan suami yang perlu diajar dari segenap cara (bukan senang nak ajar orang yang dah semakin meningkat umur, kalau budak2 lagi senang nak tegur dari orang dewasa belum lagi dengan ego dsb...)

Berkaitan kerja, saya yakin saya tidak sebodoh itu, cuma seandainya keyakinan diri saya baik dan cemerlang, saya pasti boleh mengharungi masalah kerja dengan sebaik mungkin.  Bukan sahaja masalah kerja, masalah HIDUP juga boleh diatasi.

Apa patut saya buat untuk masa depan saya.  Saya tidak mahu terus menjadi "Si Dungu" hingga ke akhirnya.  Juga saya inginkan rumahtangga yang bahagia juga punya suami yang bertanggungjawab dan berdikari.  

Tolong saya!  Lama sangat pendam masalah ni.  Sehingga pernah terdetik untuk bunuh diri.  

Bungagrafi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2018 01:12 AM From the mobile phone | Show all posts
"Bungagrafi" tu ape?

Kira tt skrg x keje ke?dah ada anak?tt kawin atas dasar suka atau family arrangement?
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2018 11:16 AM | Show all posts
jgn risau semua org mmg zero confidence level dari awal
semuanya bergantung pada environment dan dgn siapa dia bergaul
bykkan bergaul verbally dgn kwn2 dan bykkan memulakan cerita dan bg pendapat
nk memulakan cerita dan bg pendapat tu pulak asasnya ialah dari membaca
kerapkan membaca pape benda ilmiah even surat khabar pon ok

tang suami xpandai tukar mentol, btolkan paip sumbat semua tu benda biasa
masalahnya ialah kalo dia xnk amik tau, xnk tanya, xnk google cara utk btolkan
sbnrnya byk benda dlm dunia ni hentam je, then belajar dari kesilapan
tapi hentam tu jgnla xde basic langsung

rasanya tt dan suami ni pasangan muda, semuanya normal tu jgn risau
slowly build up

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2018 10:59 PM | Show all posts
Edited by Elle_mujigae at 15-5-2018 11:01 PM

hi tt.... bagus tt tulis ayat teratur je...dan eja penuh..takde aq aq aq..haha....anyway masalah tt ni berat..berat dari segi, no matter what solution we suggest, it will not take immediate effect... kalau suami kaki pukul, forumer boleh suggest boom! cerai..tu contoh suggestion yg bagi kesan yg obvious dgn cepat.. tapi masalah kurang keyakinan ni it takes time to see progress,if any...

tt rasa yg hidup ni mendatar je..just enough to get by ..tired of being mediocre in life I guess..no growth..mundane life...

kita kena keluar dari comfort zone kalau ingin maju kehadapan.. kena buat sesuatu yg sampai perut kita rasa sebu,ada butterfly sbb nervous.. tt dah berani buat keputusan berhenti kerja, tapi tak dapat kerja lagi dalam bidang yg tt nak...apa kata, tt try  minta kerja dalam bidang lain..ambil masa ini untuk explore dunia pekerjaan yg ada di dunia ini...cuba try minta kerja yg buat tt cakap kat diri sendiri, omg what am I doing..I;m a crazy girl..haha..baru la ada adrenaline rush..zest in life...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2018 11:05 PM | Show all posts
Edited by Elle_mujigae at 15-5-2018 11:19 PM
mdhelmi replied at 15-5-2018 11:16 AM
jgn risau semua org mmg zero confidence level dari awal
semuanya bergantung pada environment dan dg ...

suggestion yg bagus pasal membaca tu...   kita suka baca memoir tokoh wanita so ya, memang akan sentiasa terinspirasi dari kisah2 hidup tokoh wanita2 tersebut...macam kita, admire Pn Azah Aziz..ada banyak buku hasil tulisan beliau/mengenai beliau...so kadang2 bila di persimpangan dilema, kita akan tanya diri sendiri, what Puan Azah Aziz will do in situation like this...
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2018 11:18 PM | Show all posts
pasal hal ini...

Saya takut diejek oleh kawan-kawan dan sesiapa yang ada berdekatan dengan saya.


there is  a quote for that...



try not too worry so much what other people think..sebenarnya, mereka pun ada masalah sendiri yg nak difikirkan..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-5-2018 11:23 PM | Show all posts
yang pasal suami tu, kita no comment la..huhu because it is hard to change people, tt pun tahu kan...so better just start change ourself first la... hopefully aura wanita hebat tu melimpah kepada orang di sekeliling tt juga dan secara tidak langsung memberi inspirasi kepada mereka untuk berubah menjadi lebih baik...Aaminnnn....
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2018 01:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Tt n husband umur brape? Mmg perkara biasa kalau xtau satu2 perkara sampaila kene hidup sendiri n berdikari. Yg penting ade keinginan tuk blaja cube selesaikn masalah sendiri... Klo xtau leh google je, ape je yg xleh digoogle skng ni

Bab keyakinan diri, yes setuju pendapat forummer atas tu kene banyak membaca, once kite ade something to offer, then keyakinan diri akan meningkat...selain tu byk bergaul je la dgn org sekeliling

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2018 02:43 PM | Show all posts
Edited by nuryakmal at 16-5-2018 02:45 PM

1) tiada keyakinan diri?
pegi daftar ke toastmasters' club. tiada yuran free of charge . u talk what ever topic u want to talk. u hear all the talk u want. ko baca banyak buku tapi tak practice pun tarak guna.  

2) laki uols bergantung harap kat uols ye?
charge him. satu mentol ganti, RM 0. 50,  singki sumbat? RM3.00, kereta adik rosak? bergantung pada rosak apa, charge call , uber etc
pandai cari laki, pandai la ko mengubah dia.
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2018 10:48 PM | Show all posts
Edited by mesmerize at 16-5-2018 10:50 PM

TT  bukan dungu..
cuma kerja dan kelulusan TT bukan dalam bidang yang TT minat.. so bila tak minat, takde passion, bak masuk telinga kanan keluar telinga kiri je segala info dan knowledge tu..
apa bidang yang TT suka? mesti ada kan.. belum terlambat nak pergi ke arah tu.. mana tahu di  bidang baru nanti TT akan lebih berjaya.. dont be like me. dah lebih 10 tahun stuck dalam bidang yang aku tak minat.. teruskan pun sebab nak gaji je utk kelangsungan hidup.. selain tu mmg takde perasaan teruja pun dengan kerja ni.. rasa kosong dan bosan je dan mmg rasa dungu la jugak.. n i know im not stupid just that im not into this field. nak berhenti kerja dan masuk dalam bidang yang aku suka macam susah n mustahil je memandangkan faktor umur dan sekarang ni pasaran kerja pun dah makin mencabar. orang gomen pun kena buang kerja dek.
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2018 11:47 AM | Show all posts
TT.. try la meniaga.. apa2 yg more kpd minat & favourite TT.. meniaga makanan/tdung/baju/dll..

Jgn mgharap pd sektor pekerjaan gov/swasta skrg.. mmg susah.. sambil2 tnggu peluang lg cerah TT try meniaga dlu.. skurg2nya dpt duit belanja utk diri sendiri. Mana tau thru perniagaan TT bnasib baik kn.. xcuba xtau lg.. pendapat aku je,
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2018 01:28 PM | Show all posts
Is this problem even real ? bukan sinetron?

Agak tak logik mengahwini seorang yang juga dungu macam TT. Masa bercinta macam mana? dijodohkan kah? or #asalberlaki kah?

nobody can be that stupid quiting their job without having financial back up. Perhaps another version of stupid Hassanah story.

sorry I don't buy your story

Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2018 09:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Hidup menunggu mati
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2018 10:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Apalaaaa dia ni..


Laki adaaa..koje adaaa..pamili adaaa..mak ayah adaaa...why komplen lai??

Ko tadak kawan nk curah cite ko..senang cite u takdok A LISTENER

Ko bukan nk setel masalah ..ko nk ORANG TAU ko hebat di rundung masalah..attention deficit yg kronik girl ok?

I bet u r a beautiful girl..a happy girl..tp masalahnya  setiap manusia dambakan perhatian khusus wanita

Pompyan di cipta untuk lelaki n klo lelaki dia tak dulik..bangla lombok pakis nigga banyakkkkk leh kasik perhatian

Ko kne bnyk di puji walo palsu pun tadak hal..ur brain thru ur emo will translate it as real

So BEGIN with self compliments ok!!!

I am beautiful..i am sexy..i ada keje..i ada laki..i ada pamili..i ada kete..

U kne cek ur diet too..u woman so need IRON intake yg bnyk...num air jarang bnyk bnyk..klo kureng iron u cepat letih so mood swing esp klo pms haaa

Bnyk laa ilmu kne tuntut..kayuh plan plan ok?
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2018 08:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Xda comm skil berlaki jugak tt..aku ni comm skill ok je, smpi la ni bukan kata laki bf pun tarak
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2018 08:27 AM | Show all posts
owh... nasib ler aku takkawin...
bosan nya hidup mcm ni...
nasib ler aku ada kerja.. gaji masyuukk...
mana ada kerja yg tak susah... semua kena belajar jugek.. beza dgn kelulusan kita..

takde confidence dlm diri.. ayo,.. mkn pandai pulak suap ke mulut.. tidak terbabas masuk hidung.
takde benda yg free dalam dunia ni dik.. ko kena usaha.. even utk disayangi pun kena usaha..
kita bukan puteri saadong hidup zaman dulu kala yg mohon utk dipuja...

dan seumur hidup aku,.. aku adalah org yg berusaha.. utk hidup dgn lebih baik lagi. supaya aku boleh manfaat kan nafasku.. udara yg aku hirup ni.. dgn tidak menyusahkan org lain.. manakala kalau aku dpt berbakti utk kehidupan yg lain jugek.. itu adalah bonus..

cuba2 belajar bg mkn kucing blkg rumah... atau sediakan semangkuk air utk burung2 singgah mandi dan minum..  ko tak pernah cuba kan? ko tak tau nikmatnya menolong haiwan2 kecil ni struggle utk hidup...
cuba ler belajar menjadikan benda2 kecik ni menjadi suatu yg menggembirakan hati nurani kita.

jgn ler pulak berangan nak collect beg hermes birkin mcm kak ros.. lps tu pi holiday kat langkawi... feeling2 kat maldives.. abis berangan.. tu ler ko hadap jugek muka laki ko jugek kan

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-6-2018 12:12 PM | Show all posts
erm .. for me, kalau mcm ni, better cari someone yg dipercayai n luahkan ..

kena sembang face2face .. lebih baik ..

maybe ada kawan² yg boleh membantu ..

bunuh diri hanyalah temporary solution .. kat "sana" kena hadap benda lain pulak .. huhu
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2018 08:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak buat apa2 fikir masa depan jangan diturut perasaan. Minat whateva tu. Tapi jgn depress plak baca komen akak ni. Lenkali nk resign ko kene fikir bekap plan dulu. Nk keje ape lps tu nk makan ape x kan nk duk umah suh parents  tanggung between the job tu. Patutnya g interview dulu tempat len.pastu dh dpt br resign. Unless la ko ade kebolehan lain mcm pandai urut org ke, reti menjahit ke, pabdai buat kek ke blh la try yg tu ms tgh tgu keje lain dtg tu.
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2018 08:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan ke kebanyakkan perkahwinan somi bergntg pd isteri? Kejut bangun tdo, swdiakan makan pakai, urusan rumah tangga bg ke isteri, somi bg duit je, urusan anak, tentukan bila nk balik rumah mak, mak mertua, baju raya, shopping, sinki lampu longkang isteri yg panggil org betulkan bla bla bla....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:44 PM GMT+8 , Processed in 0.479387 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list