CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Reymz

[Tempatan] Edisi Bukan Rahsia lagi: Laporan audit 1MDB diklasifikasi dokumen terbuka semula

  [Copy link]
Post time 16-5-2018 10:57 PM From the mobile phone | Show all posts
ashcroft86 replied at 16-5-2018 09:54 PM
Wow wow wow. Best sgt development issue 1MDB ni. Mmg boleh buat mini series!! Watak najib sesuai dil ...

Turn off sgt jaapar onn.....cri lah yg helokk sket
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2018 11:35 PM From the mobile phone | Show all posts
bila nak rampas kapal mewah Equanimity,
hari tu kata, kerajaan najib tiada buat apa2, tak cari kapal mewah tu...
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2018 12:02 AM From the mobile phone | Show all posts
harisbee replied at 16-5-2018 06:32 PM
Mohon bn pun dedah kes forex

Too late,  masa berkuasa dulu xnk buat.... dorg terlalu perkecilkan pengaruh Tun....
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2018 12:07 AM | Show all posts
SKANDAL FOREX 1992

1 Pendedahan bekas Timbalan Gabenor BNM, Dr. Rosli Yaakop.

(Tulisan beliau bertajuk Skandal Wang Asing BNM 1992-93: Ziarah Semula dikongsi bersama pembaca Harakah pada 5 Jun 2012). Berikut antara intipatinya:

i. Pada 1992, BNM berjudi di dalam pound British (GBP). Ia membeli dengan jangkaan GPB akan naik nilai. Pada masa sama, George Soros membuat “short selling” ke atas GBP (jual dulu dan beli kemudian) kerana dia menjangka nilai GBP akan jatuh di masa hadapan. Jangkaan soros tepat. Nilai GBP jatuh. BNM rugi USD5.5 bilion dan Soros untung USD1.7 bilion. Diumumkan bahawa BNM hanya rugi di atas kertas sebanyak RM9.3 bilion. Hanya kemudian (dalam tahun 1993) diakui BNM rugi RM10.1 bilion.

ii. Pakar-pakar membuat anggaran bahawa kerugian sebesar itu hanya boleh terjadi kalau BNM berspekulasi dalam pasaran sebanyak US27-33 bilion. Jumlah ini lima kali ganda jumlah rizab BNM pada masa itu dan lebih besar dari nilai asset BNM, iaitu, AS$20.7 bilion ketika itu, bermakna BNM sudah bankrap. Ini bukan hendak menjaga nilai ringgit dan mengawal inflasi, ini berjudi sakan.

iii. Perjudian BNM di dalam pasaran pertukaran wang asing ini telah dikesan oleh bank pusat Amerika (Federal Reserve Bank) dan Gabenornya pada masa itu, Alan Greenspan telah menggesa BNM menghentikan segera perbuatan itu. Tetapi, BNM buat pekak badak. Ia terus bermain judi dan akhirnya rugi besar lagi dalam tahun 1993.

iv. Memang sukar diketahui dengan tepat tanpa penyiasatan. Lim Kit Siang pernah menyebut di parlimen bahawa jumlah kesemua kerugian ialah RM30 bilion, satu jumlah yang amat menggerunkan. Inilah jumlah kerugian yang paling kerap disebut dalam kalangan pemain pasaran.

v. BNM mengakui kerugian sebanyak RM10.1 bilion dalam tahun 1992 dan RM5.7 bilion dalam tahun 1993. Jumlahnya RM15.8 bilion, kira-kira setengah dari anggaran pakar. Jumlah yang diakui oleh BNM itu memang secara muslihat direndahkan. Sebahagian kerugian itu disorokkan melalui menilai semula pegangan emas BNM pada harga pasaran yang telah menjadi lebih tinggi berbanding harga mula-mula ia dibeli dan menilai pelaburan BNM dalam saham tersenarai dan beberapa lagi harta yang lain. BNM juga menggunakan “creative accounting” bagi menyorok kerugian. Kerugian telah ditukarkan menjadi “harta” dengan mencipta istilah baru perakaunan, iaitu, “deferred expenditure” atau “perbelanjaan tertunda” – wang telah dibelanjakan dahulu tetapi akan dibayar secara ansuran kemudian.

vi. Jadi, empat orang yang harus dipertanggungjawabkan sepenuhnya di atas kerugian gergasi yang ditanggung BNM akibat perjudian di pasaran pertukaran asing – Perdana

Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad; Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin dan Gabenor, Tan Sri Jaffar Hussein (Allahyarham) dan Nor Mohamed Yakcop.


2 “Sekiranya pakatan (pembangkang) mengambil alih sebagai kerajaan persekutuan dalam pilihan raya umum akan datang, satu Suruhanjaya siasatan diraja mestilah ditubuhkan untuk menyiasat kerugian skandal forex Bank Negara bernilai RM30 bilion dalam 1992. “Saya telah membuat anggaran dalam sidang Parlimen dua dekad yang lalu bahawa BNM mengalami kerugian besar RM30 bilion. Tetapi BNM mendakwa kerugian berjumlah RM10.1 bilion dalam 1992 dan RM5.7 bilion pada 1993.”

- LIM KIT SIANG
Penasihat DAP, 4 JUN 2012


3 “Apa yang pelik, tiada siasatan lanjut dijalankan walaupun kerugian mencecah AS$10 bilion. Pihak berkuasa mempersoalkan perkara ini namun ia terhenti di situ. “Tiada jawatankuasa dalam BNM yang memantau transaksi ini. Semuanya dilakukan oleh seorang individu.”

-DATUK ABDUL MURAD KHALID
Bekas Penolong Gabenor BNM, 26 Januari 2017



4 “Pada akhir 1980-an, Zeti (bekas Gabenor BNM, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz) telah dihantar ke pejabat mereka di London, jadi beliau pasti tahu apa yang telah berlaku.

“Walau bagaimanapun, Zeti tidak pernah bercakap tentang hal ini sejak 28 tahun yang lalu dan tidak pernah mendedahkan kebenarannya.”

- RAJA PETRA KAMARUDDIN
Pengendali blog, 31 Januari 2017


5 “Penglibatan Bank Negara Malaysia dalam dagangan mata wang asing (forex) antara 1991 hingga 1993 menjadi antara punca mendedahkan Malaysia kepada krisis kewangan Asia 1998 yang sehingga kini terus mempengaruhi corak pertumbuhan ekonomi negara.”

-TAN SRI RAMON NAVARATNAM
Penganalisis ekonomi dan tadbir urus - 1 Februari 2017
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2018 06:15 AM From the mobile phone | Show all posts
tobby replied at 16-5-2018 06:30 PM
So bila nak tangkap jho low?

Bila nak saman hari Selasa ni cai? Smpai dah kalah pon xsaman2 lgi. Kahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2018 06:18 AM From the mobile phone | Show all posts
kemaruk replied at 17-5-2018 12:07 AM
SKANDAL FOREX 1992

1 Pendedahan bekas Timbalan Gabenor BNM, Dr. Rosli Yaakop.

So bila nak tangkap?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-5-2018 07:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Staff 1mdb ni dah kena buang semua tak. ...
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2018 09:41 AM | Show all posts
noor2 replied at 17-5-2018 07:19 AM
Staff 1mdb ni dah kena buang semua tak. ...

bila nak siasat, nak tangkap Jho Lo...


Nanti kak Fidah bising lagi....nampak kapal mewah Equanimity, kerajaan Malaysia buat tak tahu aje...
bila nak rampas kapal mewah Equanimity yg kata dibeli menggunakan dana 1MDB....


Rafidah Aziz dedah pernah menjejaki kapal ‘Equanimity’ Jho Low di Phuket MALAYSIA DATELINEMarch 5, 2018 12:34 pm 0

Bekas menteri kabinet Tan Sri Rafidah Aziz mendakwa beliau telah berjaya mengesan dan merakam kedudukan kapal pesiaran mewah “Equanimity” di perairan Phuket, Thailand pada tahun lalu.
Di laman Facebook beliau pada Ahad, Rafidah memuat naik beberapa gambar (di bawah) dan video yang diambilnya dipercayainya sebagai kapal layar, yang dikaitkan dengan skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB).


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2018 12:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa yg selalu dihighlight drpd dokumen Laporan 1MDB yg dinyah OSA ialah hutang/pinjaman  syarikat RM42 billion.

Apa yg tak disebut ialah kedudukan aset syarikat. Kenaikkan 363% pd 2012 hingga 2013 ialah drpd RM9.53 billion kepada RM44.14 billion.. Manakala as at Oktober 2015 aset syarikat bernilai sekitar RM58.6 billion.

Aset 1MDB dilaporkan mengatasi hutang/pinjaman syarikat.

dah jadi penyokong kerajaan pun masih ramai yang menyebarkan persepsi buruk. diorang kena ingat laporan tu pada tahun 2015 sekarang dah tahun 2018
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2018 12:54 PM | Show all posts
tobby replied at 17-5-2018 12:50 PM
Apa yg selalu dihighlight drpd dokumen Laporan 1MDB yg dinyah OSA ialah hutang/pinjaman  syarikat RM ...

laporan audit pun kata pengurusan kewangan 1MDB ni teruk & haprak, ko masih lg nak tegak benang basah..ko ni belajar ekonomi dulu dpt 4 flat ke??
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2018 01:22 PM From the mobile phone | Show all posts
kemaruk replied at 17-5-2018 12:07 AM
SKANDAL FOREX 1992

1 Pendedahan bekas Timbalan Gabenor BNM, Dr. Rosli Yaakop.

Useless dah skang nih nk dedahkan pun.... masa berkuasa dulu xnk londeh Tun abis2....

Ekceli aku mmg tertunggu2 episod kerajaan BN londehkan Tun pasal Forex,  Memali,  Perwaja,  Etc sblom PRU dulu.... tp Najib dan BN ballless.....
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2018 02:19 PM | Show all posts
kecimpret replied at 17-5-2018 12:54 PM
laporan audit pun kata pengurusan kewangan 1MDB ni teruk & haprak, ko masih lg nak tegak benang ba ...

laporan tahun bila tu?  tanya jerr
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2018 02:22 PM | Show all posts
tobby replied at 17-5-2018 02:19 PM
laporan tahun bila tu?  tanya jerr

apa penting sgt thn..kalo beza 2-3 thn otomatik pengurusan kewangan leh berubah jadi telus & baik ka?..1MDB pun nak ditutup la weyyy...tu bukti jelas 1MDB ni tak dtgkan kebaikan pd negara
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2018 02:47 PM | Show all posts
dodolgemok replied at 17-5-2018 06:15 AM
Bila nak saman hari Selasa ni cai? Smpai dah kalah pon xsaman2 lgi. Kahkahkah

Carilah pamili depa kat Penang. Mesti involved in his skim mencuci duit jugak.
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2018 05:34 PM From the mobile phone | Show all posts
kecimpret replied at 17-5-2018 02:22 PM
apa penting sgt thn..kalo beza 2-3 thn otomatik pengurusan kewangan leh berubah jadi telus & baik  ...

PH boleh pulak? Minggu lepas kata ekonomi tenat, dlm seminggu ekonomi rating A kata zety
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2018 10:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Laporan akhbar Serawak Report, WSJ , Malaysiakini tak boleh bawak ke mahkamah ke,? cakap je sumber pendakwa berdasarkan laporan paper..serupa je kat DOJ...agak2 tuan Hakim jawab apa ye? hehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2018 10:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Bawak sekali infografik money trail yg depa dok share dlm whatsapp tu.. kot2 boleh pakai dlm mahkamah kehkekeh
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2018 09:55 AM | Show all posts
tobby replied at 17-5-2018 05:34 PM
PH boleh pulak? Minggu lepas kata ekonomi tenat, dlm seminggu ekonomi rating A kata zety

sejak bila plak zeti join ph???

ko nak kata hasan merican,jomo pun join ph gak ke??

Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2018 10:11 AM | Show all posts
tobby replied at 17-5-2018 10:58 PM
Bawak sekali infografik money trail yg depa dok share dlm whatsapp tu.. kot2 boleh pakai dlm mahkama ...

infografik tu hanya terpakai utk org mcm kecimprit aje.....utk dpt sokongan
kat mahkamah...masuk bakul sampah kot...
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2018 10:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Bila nak rampas aset Jho Low di amerika.. Hari tu Kata boleh tuntut dari DOJ
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:59 PM GMT+8 , Processed in 0.086343 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list