CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3743|Reply: 44

[Tempatan] X BIG BOSS Macai akan di dakwa kata perdana menteri malaysia Tun Dr Mahathir Mo

  [Copy link]
Post time 16-5-2018 09:00 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 15-5-2018 05:02 PM






PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad menjangka pertuduhan akan dikenakan terhadap Datuk Seri Najib Razak susulan penyiasatan terhadap dakwaan bahawa bekas perdana menteri itu menyeleweng beratus juta dolar Amerika daripada dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Versi dalam talian The Wall Street Journal (WSJ) semalam, melaporkan Perdana Menteri tidak akan membuat rundingan dengan Najib bagi mendapatkan kembali wang itu.

"Tidak akan ada rundingan," kata Dr Mahathir seperti dipetik dalam artikel itu, yang ditulis berasaskan wawancara melalui pautan video bagi The Wall Street Journal CEO Council di Tokyo.

Dr Mahathir berkata, siasatan penuh perlu disiapkan sebelum sebarang tindakan undang-undang diambil terhadap Najib.

"Ketika ini kami dalam proses mendapatkan maklumat terperinci mengenai perkara yang beliau sembunyikan ketika berkuasa dulu," katanya.

Pada 2015, The Wall Street Journal melaporkan AS$681 juta dana 1MDB dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib.

Bagaimanapun, Najib dan 1MDB menafikan melakukan sebarang penyelewengan. Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor disenarai hitam daripada meninggalkan negara ini.

Kes berkaitan 1MDB juga disiasat di beberapa negara.

Menurut laporan WSJ, Dr Mahathir menjangkakan menerajui pentadbiran negara selama satu atau dua tahun berikutan kemenangan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), baru-baru ini.

Sebelum PRU-14 lalu, pemimpin berusia 92 tahun itu membayangkan akan menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas bekas timbalan perdana menteri itu dibebaskan dari penjara.

Anwar yang disabitkan kesalahan meliwat, dijangka dibebaskan selepas mendapat pengampunan penuh.

Dalam laporan WSJ itu, Dr Mahathir berkata, Anwar akan dibebaskan esok dan membayangkan Anwar mengetuai satu daripada parti yang menjadi gabungan dalam parti pemerintah sebelum menjadi perdana menteri. - BERNAMA

https://www.bharian.com.my/berita/na...kal-didakwa-pm




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2018 09:05 AM | Show all posts
bukan 'dah lama dah' tuduh ke??

maknanya selama ni tak habis siasat dah tuduh cam2





Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2018 09:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Nanti mesti ada yg komen.." Dlm prison nanti, Kalo sabun jatuh jgn kutip ya "
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2018 09:12 AM | Show all posts
sibuk tuduh orang sana sini
case forex, perwaja and etc tak nak siasat ke?
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2018 09:12 AM | Show all posts
hanimrazak replied at 16-5-2018 09:05 AM
bukan 'dah lama dah' tuduh ke??

maknanya selama ni tak habis siasat dah tuduh cam2

kena tuduh dgn pertuduhan/pendakwaan pun tak tau beza
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2018 09:14 AM | Show all posts
monkaS replied at 16-5-2018 09:12 AM
sibuk tuduh orang sana sini
case forex, perwaja and etc tak nak siasat ke?

ni lg sorang


najib dah buat RCI forex laaa...tp tak jumpa pun salahlaku tun..duk dlm gua ke??

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-5-2018 09:16 AM | Show all posts

bagi link tengok RCI forex tu

kes perwaja mcm mana pulak?

Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2018 09:19 AM | Show all posts
monkaS replied at 16-5-2018 09:16 AM
bagi link tengok RCI forex tu

kes perwaja mcm mana pulak?

gi laa tanya najib nape tak buat rci perwaja..masa org tu berkuasa tak mintak, dah tak berkuasa baru nak mintak


leh gugel kottt rci forex tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2018 09:20 AM | Show all posts
kecimpret replied at 16-5-2018 09:19 AM
gi laa tanya najib nape tak buat rci perwaja..masa org tu berkuasa tak mintak, dah tak berkuasa ba ...

aku google tak jumpa
cer la bagi link nak tengok

najib kan bodoh tu tak buat rci perwaja
tun m kan nak siasat semua salah laku
jangan lupa perwaja tu case besar

Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2018 09:24 AM | Show all posts
kecimpret replied at 16-5-2018 09:19 AM
gi laa tanya najib nape tak buat rci perwaja..masa org tu berkuasa tak mintak, dah tak berkuasa ba ...

ok geng dah jumpa

The Royal Commission of Inquiry (RCI) into Bank Negara Malaysia’s (BNM) losses due to foreign exchange (forex) dealings in the early 1990s believes that the finance minister then had misled Cabinet.

In a 528-page report tabled in Parliament on Thursday, the RCI said it also believes that the prime minister at the time had given the green light for the finance minister’s misleading statements.

The finance minister then had “deliberately concealed facts and information and made misleading statements to the Cabinet.

“The Commission is also of the opinion that the then prime minister had condoned the actions of the Minister of Finance," said the report.

The finance minister at the time was Datuk Seri Anwar Ibrahim while the prime minister was Tun Dr Mahathir Mohamad.

The RCI also implicated Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, who was in charge of BNM’s forex dealing operations at the time.

It said that it believes the entire incident was tantamount to a criminal breach of trust under Sections 406 and 409 of the Penal Code, and that it involved an element of cheating in violation of Sections 417 and/or 418 of the Penal Code.

BNM had incurred losses amounting to RM31.5bil due to its forex dealings between 1992 and 1994, the report confirmed.
Read more at https://www.thestar.com.my/news/ ... or6BjU3PS1G8BH0M.99


Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2018 09:25 AM | Show all posts

Harap bukti kes sudah lengkap. Tak sabar membaca segala pertuduhan. Ada baiknya dia mengaku sahaja. Jimat belanja guaman etc.


Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2018 09:26 AM | Show all posts
monkaS replied at 16-5-2018 09:20 AM
aku google tak jumpa
cer la bagi link nak tengok
Bank Negara mengalami RM31.5 bilion dalam dagangan tukaran wang asing (forex) antara daripada 1992 hingga 1994, menurut suruhanjaya siasatan diraja (RCI) yang menyiasat perkara itu.

RCI juga memutuskan Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, yang menjadi sebahagian daripada pengurusan Bank Negara ketika itu, sebagai pihak yang bertanggungjawab terhadap urus niaga itu.

Suruhanjaya itu juga berpendapat bahawa insiden itu melibatkan pecah amanah bawah Seksyen 406 dan 409 Kanun Keseksaan.

Nor Mohamed menguruskan portfolio Bank Negara antara tahun 1986 hingga 1993, termasuk menguruskan rizab luar dan peraturan untuk pasaran kewangan dalaman.

Bagaimanapun, RCI berpendapat pihak lain juga patut memiliki tanggungjawab sama.


ko nak tun m buat rci pasal kegagalan dia sendiri ke??..ko biar betul??


sama laa ko suh hadi awang buat rci pasal tabung memali

Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2018 09:27 AM | Show all posts
kecimpret replied at 16-5-2018 09:26 AM
ko nak tun m buat rci pasal kegagalan dia sendiri ke??..ko biar betul??

ok rci dah ada apa tunggu lagi
buat la tuduhan diri sendiri
cakap nak implement law
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2018 09:29 AM | Show all posts
monkaS replied at 16-5-2018 09:27 AM
ok rci dah ada apa tunggu lagi
buat la tuduhan diri sendiri
cakap nak implement law

ko ptt tanya najib laa nape tak dakwa...takut tak leh mng ka?...kalo ko jd tun m pun ko nak dakwa diri sendiri ke??...gilaaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2018 09:31 AM | Show all posts
kecimpret replied at 16-5-2018 09:29 AM
ko ptt tanya najib laa nape tak dakwa...takut tak leh mng ka?...kalo ko jd tun m pun ko nak dakwa  ...

kan dah ckp najib tu bodoh
aku tak kan jadi tun m sbb aku bukan org lidah bercabang dengan tak ada maruah
dia tuduh orang liwat
dia pulak minta pengampunan diraja
tak tau la mmg anuwar liwat atau tun yang fitnah selama 20 tahun

Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2018 09:31 AM | Show all posts
monkaS replied at 16-5-2018 09:27 AM
ok rci dah ada apa tunggu lagi
buat la tuduhan diri sendiri
cakap nak implement law

dia dah mintak maaf la
dah suci

lagi pun, manusia bila dah tua jadi cam baby, tarak dosa cam kain putih

kau apa tahu






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2018 09:32 AM | Show all posts
hanimrazak replied at 16-5-2018 09:31 AM
dia dah mintak maaf la
dah suci

ha betul la tu
tu pasal semua dosa diampunkan
tak payah minta pengampunan diraja
anuwar patut minta maaf je terus suci
ni susah2 nak duduk dalam penjara lepas tu acah2 sakit nak duduk hospital buat apa

Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2018 09:33 AM | Show all posts
Edited by DARSITA at 15-5-2018 05:36 PM
kecimpret replied at 15-5-2018 05:19 PM
gi laa tanya najib nape tak buat rci perwaja..masa org tu berkuasa tak mintak, dah tak berkuasa ba ...


Rakyat tak putus putus dimomokan dgn kes2 "rasuah Tun M" yang pelik tak ada satu kes pun Najib berjaya bawa kemakamah. Time pilihanraya BN hanya bermodalkan 'orang tua nyanyuk" "umur 92 tahun masuj IJN" "kepala hotak" or modal paling hapak is "rumah kereta mewah anak Tun M".


Itu sahaja modal mereka.








Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2018 09:39 AM | Show all posts
DARSITA replied at 16-5-2018 09:33 AM
Rakyat tak putus putus dimomokan dgn kes2 "rasuah Tun M" yang pelik tak ada satu kes pun Najib b ...

tu la kan

hujung2 kes rasuah lge yg masuk mahkamah

nak up jadi menteri pulakkkkkkkkkkk

rakyat makin pelik








Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2018 09:45 AM | Show all posts
monkaS replied at 16-5-2018 09:31 AM
kan dah ckp najib tu bodoh
aku tak kan jadi tun m sbb aku bukan org lidah bercabang dengan tak ad ...

org pun leh cakap benda sama kat hadi awang


umno kapir ka hadi awang fitnah



1MDB tu kes songlap..perwaja dan forex tu takde unsur songlap lsg...kalo ada unsur songlap, tun m dah lama kena dakwa..ko nak samakan kes songlap dgn kes projek gomen yg tak menjadi..wth!



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:23 PM GMT+8 , Processed in 0.096120 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list