CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1011|Reply: 18

[Dunia] Tercepat 25 Saat, Syarikat Kereta Api Jepun Keluar Kenyataan Rasmi Mohon Maaf ..

  [Copy link]
Post time 16-5-2018 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Sebuah syarikat pengendali kereta api di Jepun mengeluarkan permohonan maaf selepas sebuah kereta api milik mereka bertolak 25 saat lebih awal.  Tindakan ini dikira mengejutkan mungkin bagi negara luar, tetapi tidak bagi negara itu yang sangat menjaga adab menepati masa mereka.

Kejadian ini berlaku apabila tren tersebut yang sepatutnya meninggalkan stesen Notogawa pada pukul 7.12 pagi, tetapi ia meninggalkan stesen tersebut 25 saat awal iaitu pada 7:11:35 pagi.

Masalah bermula apabila konduktor kereta api terbabit keliru dengan jadual yang ditetapkan dan menyangka bahawa dia sepatutnya meninggalkan stesen tersebut pada pukul 7.11 pagi.  Ketika melihat seluruh platform kosong, dia langsung memutuskan untuk terus pergi dan bergerak 25 saat lebih awal.

Bagaimanapun, ternyata ada beberapa orang di platform tersebut berharap yang mereka akan sempat untuk menaiki tren itu tetapi tidak menyangka bahawa konduktor tersebut akan meninggalkan mereka.  Daripada situ, salah seorang daripada mereka telah membuat laporan kepada pegawai bertugas dan sebaik laporan diterima, pihak kereta api mengeluarkan permohonan maaf rasmi atas kejadian tersebut.

"Kami akan menilai secara menyeluruh tindakan kami dan berusaha untuk tidak mengulangi kejadian seperti itu sekali lagi," kata salah seorang wakil syarikat kereta api terbabit.

Perkhidmatan kereta api Jepun termasuklah kereta api lajunya, Shinkansen terkenal di seluruh dunia kerana ketepatan masanya.  Ketepatan masa merupakan sesuatu yag amat penting di negara matahari terbit itu.  Ini disebabkan ramai rakyat Jepun terutamanya bagi orang yang bekerja bergantung sepenuhnya kepada perkhidmatan pengangkutan awam itu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2018 09:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalo ktm lambat 30-45 min pun, ktm tetapppp buat bodoh jah.. Mcm ada aku kesah??  Gitulah budaya keje ktm
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2018 09:09 AM | Show all posts
cmf_premierleag replied at 16-5-2018 09:07 AM
Kalo ktm lambat 30-45 min pun, ktm tetapppp buat bodoh jah.. Mcm ada aku kesah??  Gitulah budaya kej ...

macam tak biasa ngan ktm lembap tu

warga kerja ktm kalau nak ada sikap macam ni lagi 100 tahun pun belum tentu

sikap tonggong orang kata akan terbawa bawa sampai 7 keturunan
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2018 09:10 AM | Show all posts
malaysia baru
harap ktm pun baru
kalau tak sama je la dulu, kini dan selamanya
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2018 09:12 AM From the mobile phone | Show all posts
fushimi replied at 16-5-2018 09:09 AM
macam tak biasa ngan ktm lembap tu

warga kerja ktm kalau nak ada sikap macam ni lagi 100 tahun  ...

Kalo kt kl sentral tu, bila ktm lambat, dah tentulah platform penuh dgn ummah
Itupun ktm baghal ni x reti bagi announcement and tahan new passengers jangan turun eskalator ke platform bawah sbb mmg dh penuh... Kdg2 ummah smpi tggu atas tangga
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2018 09:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Orang mesia mmg jenis berat mulut nak mintak maaf.....train lambat and tanya kat kaunter habis2 pun dia jawab ada masalah teknikal bla bla.....but no apology in between...ego tinggi orang malaysia ni....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-5-2018 09:13 AM From the mobile phone | Show all posts
KTM mampu cakap bukan salah pihak kami.
Salah gangguan bekalan letrik
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2018 09:19 AM | Show all posts
kalau ktm sampai tak sedar bila keretapi lalu. tau2 kene tunggu keretapi seterusnya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2018 09:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Citer ni buka  tahun lepas punya ke kak?
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2018 09:49 AM | Show all posts
kat mesia ni bas ke. ktm ke. flight ke... ape je yg tak lmbt lps tu jgn hrp nk minta maaf mcm ni.
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2018 10:22 AM | Show all posts
25 saat je kot..mmg menepati mase sunnguh dorg ni..
mngaku salah sndiri wlpn 25 saat je..
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2018 10:23 AM | Show all posts
ktm mana mampu.. dah selamanya lambat je.. mana pernah tercepat..
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2018 11:02 AM | Show all posts
Pelik bin ajaib, hanya di Jepun. Mungkin konah kena start jadi punctual dari sekarang, so orang sekeliling akan start punctual jugak kot hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2018 11:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Nasib baik menteri pengangkutan jepun tak letak jawatan...
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2018 11:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Hakktuii KTM lambat 25 minit pn selamber jeee terus tukar timing tambah lg 10 minit jd 35 minit hapah haram takde say sorry whatsoever
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2018 12:37 PM From the mobile phone | Show all posts
ketepatan perkhidmatan rel ni eksklusif hanya kat jepun jelah......ONLY IN JAPAN.....not only Msia....kat negara lain pun tak blh beat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2018 01:47 PM | Show all posts
Aku pun kekadang setuju gak bab lambat ni tapi kekadang tu nak slahkan KTM pun tak boleh gak klu dah punca lambat tu diorang tak leh nak settle contoh electricity belum kira pagor rail kene kerokak pastu segala binatang melintas.. belum lagi crita orang dengki potong cable.. bercakap melalui pengalaman semasa keje kat ERL satu ketika dulu.. hehe aku pernah check under body train jumpa kepala anjing la kepala lembu la..
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2018 01:52 PM | Show all posts
cmf_premierleag replied at 16-5-2018 08:07 AM
Kalo ktm lambat 30-45 min pun, ktm tetapppp buat bodoh jah.. Mcm ada aku kesah??  Gitulah budaya kej ...

kan sis... cukup2la nak deal ngan ktm zaman intern dulu. serikkk. putra & star ok lagi la..
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2018 01:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapi dulu jepon bunuh datuk nenek kita
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:19 PM GMT+8 , Processed in 0.108644 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list