CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2317|Reply: 29

[Dunia] EDISI LELUHUR: Pilot tersedut

  [Copy link]
Post time 16-5-2018 09:10 AM | Show all posts |Read mode
Shanghai: Pembantu juruterbang penerbangan Sichuan Airlines yang terpaksa mendarat kecemasan, kelmarin disedut keluar separuh badannya daripada pesawat itu selepas cermin depan kokpit pecah, lapor media tempatan yang memetik kapten kapal terbang berkenaan.

Kapten Liu Chuanjian dipuji sebagai wira di media sosial selepas berjaya mendaratkan Airbus A319 secara manual memberitahu Chengdu Economic Daily, pesawatnya baru sampai ke altitud jajap 9,800 meter apabila tiba-tiba terdengar letupan kuat di kokpit.

Kokpit kemudian hilang tekanan manakala suhu jatuh mendadak dan dia terkejut melihat cermin depan sebelah kanan sudah hilang.

“Tiada amaran langsung. Tiba-tiba cermin depan retak dan meletup. Pembantu juruterbang pula disedut keluar separuh badannya melalui tingkap.

“Semua benda di dalam kokpit terapung. Kebanyakan peralatan tidak berfungsi dan saya tidak dapat mendengar radio.

“Saya juga tidak dapat membaca semua meter,” katanya.

Menurutnya, dia menarik masuk pembantu juruterbangnya yang memakai tali pinggang keselamatan.

Pentadbiran Penerbangan Awam China berkata, pembantu juruterbang itu cuma mengalami calar dan terseliuh pergelangan tangan manakala seorang lagi anak kapal juga cedera.

Bagaimanapun, 119 penumpang selamat tanpa sebarang kecederaan.

Siasatan masih dilakukan terhadap kejadian yang berlaku ketika anak kapal menghidangkan sarapan.

Pesawat ketika itu dalam perjalanan dari Chongqing ke Lhasa, Tibet sebelum mendarat kecemasan di Chengdu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 16 Mei 2018 @ 5:53 AM


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2018 09:19 AM | Show all posts
dahsyat betul berita ni
macam dalam movie je
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2018 09:20 AM | Show all posts
Semalam tengok video ni, tak dapat bayangkan macam mana cemas dan gerunnya perasaan semua kat dalam kapal terbang tu terutamanya pilot & co-pilot.  Baju co-pilot hancur koyak rabak.. tsk tsk tsk.. nasib baik semua selamat
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2018 09:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Mooverine replied at 16-5-2018 09:20 AM
Semalam tengok video ni, tak dapat bayangkan macam mana cemas dan gerunnya perasaan semua kat dalam  ...

Mana nk tgk bideo tu?
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2018 09:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Sis mana tgk video?
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2018 09:26 AM | Show all posts
Tengok kat Facebook & Youtube..    . dia taklah tunjukkan betul-betul kejadian tu, cuma tunjuk-tunjuk keadaan cockpit, co-pilot, lepas tu cebisan baju co-pilot tu lepas tu interview dengan pilot..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-5-2018 09:32 AM From the mobile phone | Show all posts
A319 sama spesis dgn kapal perdana 1
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2018 09:55 AM | Show all posts
berpantang maut sebelum ajal
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2018 09:57 AM | Show all posts
Baca berita pun dah boleh rasa agak menakutkan..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2018 10:00 AM | Show all posts
sesaper yg ada video link cuba tepek....akak tgh memerah susu ni
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2018 10:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Ker mh370 tu pon kena kejadian mcm neh?
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2018 10:19 AM | Show all posts
ngeri nye dgr..
sib bek bkn teroris..
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2018 10:35 AM | Show all posts
musim kena sedut masa penerbangan...hari tu kat US seorang perempuan maut kena sedut bila objek melantun dari engin pesawat boeing yang meletup..
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2018 11:08 AM | Show all posts
Hero sebenar Tangkas and cepat bertindak!
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2018 11:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2018 11:12 AM | Show all posts
Syabas buat juruterbang tu sebab tak cepat panic dan pantas bertindak demi menyelamatkan semua dalam pesawat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2018 11:30 AM | Show all posts
Victorioussss replied at 16-5-2018 09:32 AM
A319 sama spesis dgn kapal perdana 1

kecik sikit je dr kapal yg AA guna
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2018 12:11 PM | Show all posts
Nasib co pilot tu dapat ditarik masuk
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2018 12:42 PM | Show all posts
co-pilot yg tersedut keluar separuh tu berjaya mendaratkan plane pastu dianggap wira.
ketika kejadian berlaku pilot buat pe?

makan popcorn sambil tgk co-pilot beraksi wira?
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2018 12:51 PM | Show all posts
bangcak replied at 16-5-2018 12:42 PM
co-pilot yg tersedut keluar separuh tu berjaya mendaratkan plane pastu dianggap wira.
ketika kejad ...

pilot tu la yg selamatkan co pilot
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 08:44 PM GMT+8 , Processed in 0.072172 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list