CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1000|Reply: 10

[Dunia] Gadis Malang Umur 16 Tahun Dibakar Hidup-Hidup Oleh Perogolnya Yang Takut 'Kanto

[Copy link]
Post time 16-5-2018 09:52 AM | Show all posts |Read mode
Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun maut selepas dibakar hidup-hidup oleh perogolnya. Ia merupakan kes ketiga berturut-turut yang dilaporkan berlaku di India.

Gadis malang itu dibakar selepas dipercayai mengugut mahu melaporkan kejadian rogol itu kepada ibu bapanya. Suspek berusia 26 tahun yang berang kemudian bertindak sedemikian dalam kejadian yang berlaku di daerah Sagar di negeri Madhya Pradesh.

Dua lagi gadis menjadi mangsa kejadian ganas yang sama kira-kira seminggu lalu di negeri Jharkhand. Seorang mangsa dilaporkan maut manakala seorang lagi sedang bertarung nyawa di hospital.


Pihak polis dalam satu kenyataan memberitahu gadis itu diserang dan rogol ketika berada seorang diri di rumah pada Jumaat lalu.

''Kami telah menahan dua suspek. Salah seorang daripadanya merupakan sepupu kepada mangsa yang dipercayai bertindak memaklumkan kepada suspek utama bahawa mangsa berada seorang diri di rumah.

''Suspek utama dilaporkan sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak,'' kata pegawai polis dari pejabat polis Sagar.

Dalam kejadian berasingan, 14 lelaki ditahan selepas seorang gadis berusia 16 tahun ditemui mati terbakar dipercayai mangsa rogol di Jharkand, minggu lepas.


Gadis malang itu dipercayai dilarikan daripada rumahnya ketika keluarganya menghadiri majlis perkahwinan. Mangsa dipercayai dirogol di dalam semak berdekatan.

Beberapa hari kemudian, seorang lagi gadis yang kini sedang bertarung nyawa di hospital menjadi mangsa rogol sebelum penjenayah tersebut menyimbah minyak dan membakarnya hidup-hidup.

Pihak berkuasa India kini berhadapan dengan tekanan dan desakan orang awam agar bertindak lebih tegas terhadap kes jenayah serangan seksual. Bantahan mula memuncak selepas kejadian sekumpulan lelaki merogol dan membunuh seorang kanak-kanak perempuan beragama Islam berusia 7 tahun di Jammu. Kejadian tersebut telah menyemarakkan kembali ketegangan agama dan rusuhan di Kashmir.

Ia merupakan kes paling berprofil tinggi di hadapi polis India sejak tahun kes rogol dan bunuh seorang pelajar perempuan dalam sebuah bas di New Delhi pada 2012 yang membangkitkan kemarahan orang ramai.

Sumber : Dailymail


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2018 10:30 AM | Show all posts
pe la trok sgt india ni..
gamaknye smue jantan kt sane kne potong anu baru xde kes2 cmni gamaknye..
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2018 10:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Dkat sana mmg bnyk betul kes2 babitkan keganasan seksual smoga sipelaku dpt hukuman yg setimpal..
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2018 10:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ekselen at 16-5-2018 10:37 AM

Byk sgt mkn kari... paling x suka bila dlm lrt ummah2 cenggini pandang ko ngan mata terjegil.. rasa nk halau je keluar dr tren tuh
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2018 10:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Bakar je jantan-jantan keparat itu semua. Suka hati je bakar anak orang sana sini.
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2018 10:44 AM | Show all posts
India darul Rogol gelaran yang sesuai...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-5-2018 10:46 AM | Show all posts
india lagi ape nak jadi oiiii
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2018 10:47 AM | Show all posts
Kejamnya perbuatan. Macam tak ada kesusahan makin menjadi-jadi pulak sejak kebelakangan ni pelancong pun ada yang jadi mangsa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2018 10:47 AM | Show all posts
ngerinya bila dengar kes kes macam ni
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2018 01:16 PM | Show all posts
geli aku... dalam kepala kau ada apa je.
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2018 01:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Babi babi babi negara India laknat cilake mmg dodol dah cakap dari dulu negara India laknat ni wajib diboikot satu dunia!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:11 PM GMT+8 , Processed in 0.319190 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list