CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 892|Reply: 14

[Dunia] Bumi Palestin Berdarah Lagi, Puluhan Rakyat Maut Ditembak

[Copy link]
Post time 16-5-2018 09:57 AM | Show all posts |Read mode
Sehingga ke hari ini tanah Gaza tidak berhenti menerima serangan dari Israel. Rakyatnya masih tabah dan kuat dalam mempertahankan hak dan tanah mereka dari dirampas oleh Israel. Walaupun terpaksa berkorban nyawa dan tumpah darah sekali pun.

Semalam, beberapa kanak-kanak meninggal dunia akibat serangan dan menghirup gas pemedih mata semasa pertempuran di sempadan Israel-Gaza.

59 rakyat terbunuh

Menurut Kementerian Kesihatan Palestine, mengatakan seramai 59 rakyat Palestine terbunuh akibat tembakan peluru hidup, peluru getah dan gas pemedih mata oleh tentera rejim. Manakala, seramai 2,400 orang yang cedera semalam.

Sehubungan itu, Palestine hari ini mengukir sejarah ‘malapetaka’ bagi memperingati lebih 700,000 orang melarikan diri dan dibuang dalam peperangan sejarah 1948 dalam pembentukan Israel suatu ketika dahulu. Walaubagaimanapun, Pegawai Kanan Hamas, Khalil Al-Hayya akan mengadakan protes di Gaza hari ini.

    Will not prolong their silence over the crimes of the occupation. (Sayap bersenjata Hamas dan kumpulan militan tidak akan memanjangkan kekejaman ini ke atas penduduk Palestine)

Semalam, terdapat puluhan ribu rakyat berkumpul di sempadan Israel-Gaza sebagai tanda protes dan bantah perpindahan kedutaan Amerika Syarikat (AS) ke Baitulmaqdis. Perasmian pembukaan kedutaan itu dijangka berlangsung pada 9 malam nanti (waktu tempatan).
Terbunuh dalam kempen protes

Sejak 30 Mac lalu, dilaporkan 113 rakyat Palestine terbunuh dalam kempen protes di sempadan Gaza. Didakwa kesemua mangsa menerima tembakan dari askar bersenjata Israel semasa pertempuran. Namun, hanya seorang saja askar Israel dilaporkan terluka dalam pertempuran tersebut.

Bagaimanapun, ribuan penunjuk perasaan di Jordan, Turki dan Indonesia mengadakan protes membantah keputusan kontroversi Washington untuk memindahkan kedutaan mereka dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis.

Sumber: thejournal.ie
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-5-2018 09:58 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2018 09:58 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2018 11:08 AM | Show all posts
dan seperti biasa org islam di negara islam atau negara bukan islam sibuk dgn hal dunia masing2...x peduli atau kurang peduli..yg kat arab...asyik mesyuarat  cari jalan nak bantu...tapi kebiasaan yg berani je bagi bantuan..tu pun bantuan makanan & ubat...yg lain2 cakap je lebih...kat malaysia?...angguk faham...kesian...sedih...lepas tu 'enjoy' balik....yg bukan islam?...lebih kurang je...dengar..faham..ok....semua penakut kpd israel...dr individu sampai le ke negara...ke PBB...itulah dunia sekarang....selagi 'kesusahan' xkena pd diri sendiri...x ada inisiatif atau motivasi nak bantu manusia lain yg dlm kesusahan...





Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2018 11:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Asal ramadhan je mesti keluar cerita palestin..

Bukan tak simpati dengan rakyat sana, tapi pemimpin mereka sendiri yang saje2 provok israel.. nak raih simpati dunia.. yela bulan puasa ni ramai yang nak bersedekah
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2018 11:31 AM | Show all posts
kemaruk replied at 16-5-2018 11:12 AM
Asal ramadhan je mesti keluar cerita palestin..

Bukan tak simpati dengan rakyat sana, tapi pemimp ...

kau ni mesti sekolah x habis..atau gagal sejarah..klu tgk yg lepas2..memang isreal suka bunuh orang khasnya rakyat palestin masa nak puasa..masa nak raya...yg diorang buat demo tu pasal x setuju US buka pjbt kedutaan di sana & bersekali sambutan ulang tahun perjuangan..dunia pun byk x setuju sbb boleh ganggu proses rundingan kedua-duanya sejak sekian lama...eh eh..engkau ni mesti x mampu beli tv kat rumah..cuba2 le tgk berita dunia kat tv kedai mamak sekejap...asyik tgk bola je...org tanya pasal dunia hampeh xtahu ape...x elok jadi katak bawah tempurung...lama2 terus jadi tempurung...sedih betul dgn org malaysia yg tak tahu apa2 pasal dunia luar...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-5-2018 11:39 AM From the mobile phone | Show all posts
redseven replied at 16-5-2018 11:31 AM
kau ni mesti sekolah x habis..atau gagal sejarah..klu tgk yg lepas2..memang isreal suka bunuh oran ...

Krisis dekat yaman lagi ramai yang mati.. berpuluh ribu orang.. mata ko dah terbukak tak? Kalo camtu ko boikot la sekali kerajaan arab saudi ye sebab buat sekatan makanan tak kira syiah ke sunni ke hahhaaha

Yang kat palestin ni hamas saje2 provok.. dekat2 bulan puasa kannnnn.. masyuuuukkk
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2018 09:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Lepas tu mcm biasa kat negara kita berlakulah boikot mcd bermusim
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-6-2018 02:23 PM | Show all posts
Razan Asyraf Najjar, gadis cantik berumur 21 tahun memilih untuk berjuang demi membebaskan tanah airnya.


https://www.facebook.com/aqsa.sy ... ?type=3&theater




Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2018 10:40 AM | Show all posts
kemaruk replied at 16-5-2018 11:39 AM
Krisis dekat yaman lagi ramai yang mati.. berpuluh ribu orang.. mata ko dah terbukak tak? Kalo cam ...

klu tak dapat bantu..atau sokong..jgnlah mengutuk...tak tahu cerita sebenar...kerja komen ikut sesedap rasa...takkan x ade rasa kesian sikit pun...klu kambing pun boleh rasa kesian..kau tu orang kan?...dah tu kau tahu kat yaman camtu...ada apa2 yg kau boleh bantu ke?...hamas provok pakai kain rentang & jln demo ramai2...x jejas pun bgn & rakyat israel...yg israel balas dgn peluru ...kereta kabal..jet pejuang..roket...rasanya klu Tuhan jadikan kau seorang rakyat palestin..mesti kau akan jadi salah seorang pejuang hamas..sbb kau cam suka tgk peluru@org kena bunuh...kan..kan..
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2018 12:50 PM From the mobile phone | Show all posts
redseven replied at 4-6-2018 10:40 AM
klu tak dapat bantu..atau sokong..jgnlah mengutuk...tak tahu cerita sebenar...kerja komen ikut ses ...

Ko tu kena tipu
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2018 09:22 AM | Show all posts

kadang2..baik kita cakap dgn kambing dari manusia...kau mesti setuju kan..kan......
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2018 09:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Bila muslim x de kuasa politik gini la... patut insap belaka
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2018 10:22 AM | Show all posts
manusia memang cepat lupa diri. pemimpin negara2 Arab lain apa yg diorang buat? semua takde telur. kalau setakat bagi bantuan, preventive control measures tak buat, sampai bila benda tak habis. komen2 yg dibaca dan sikap ignorent manusia di dunia ni sudah cukup membuktikan bahawa kemanusiaan semakin kurang dlm jiwa insan
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2018 10:25 AM | Show all posts
Egypt tu pun tengoklah sendiri sikap diorang... sampai sekarang tutup terus Rafah Gate bukak time ramadhan je... ramai rakyat Palestine nak fly (nak fly kena pergi airport cross Rafah Gate) utk dapatkan rawatan susulan, tapi berakhir dgn kecacatan atau kematian je.. perangai yahudi betul Egypt ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 12:09 PM GMT+8 , Processed in 0.269080 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list