Edited by roti_banjir at 17-5-2018 11:39 AM
PETALING JAYA: Seorang bekas pegawai khas kepada Datuk Seri Najib Razak berharap perdana menteri baru, Tun Dr Mahathir Mohamad boleh mempromosikan pemahaman Islam yang lebih sederhana, tetapi berkata ia tidak boleh sehingga menjadi “liberal”.
Datuk Fathul Bari Mat Jahaya, ahli Exco Pemuda Umno yang pernah mengepalai Sekretariat Ulama Muda Umno itu berkata, Islam yang dimahukan ialah yang mengekang liberalisme, dan pada masa sama membuka sedikit pemikiran konservatif.
Kita tidak mahu buka sampai menjadi liberal. Kita tidak mahu liberal sampai meninggalkan fundamental agama. Fundamental itu tetap kena ada,” katanya ketika diminta komennya mengenai hala tuju pengurusan hal ehwal Islam di bawah kepimpinan Pakatan Harapan.
Istilah ‘liberal’ merupakan antara tuduhan pihak berkuasa Islam sebelum ini terhadap ahli politik Pakatan Harapan dan badan sivil.
Fathul, lulusan agaa dari Arab Saudi yang menyokong kuat dasar pentadbiran Najib sebelum ini untuk cenderung ke arah negara Timur Tengah itu, berkata selain mengajak dan membuka minda rakyat, batas-batas yag ditetapkan dalam al-Quran tidak dilanggar.
“Tapi ada had dan ‘red line’nya,” kata Fathul. “Tak boleh menjangkaunya.”
Menurutnya, perlu ada keseimbangan supaya tidak wujud fahaman terlalu konservatif di zaman maklumat yang terlalu banyak di mana ia boleh dinilai oleh ramai orang.
"Lihat perkembangan Islam begitu positif di negara Barat dan Asia sendiri. Kita tonjolkan Islam moderat, yang mengimbangi duniawi dan ukhrawi,” katanya.
Sejak mengambil alih kerajaan minggu lalu, Dr Mahathir belum menjelaskan dasar pentadbiran Islam kerajaannya.
Ketika ditanya mengenai desas desus akan memansuhkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), beliau berkata ia masih belum dibincang.
Menulis dalam blognya buat kali pertama sejak pilihan raya umum yang baru lepas, Dr Mahathir berkata akan ada perubahan dalam pentadbiran Islam.
Tekanan akan diberi oleh kerajaan Pakatan Harapan kepada ajaran Islam seperti yang terdapat dalam Al-Quran dan hadith-hadith yang sahih,” katanya.
|