CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 2949|Reply: 43

[Politik] [Edisi Mengharap]: Media perlu adil kepada UMNO - apa pendapat uolls?

[Copy link]
Post time 17-5-2018 01:58 PM | Show all posts |Read mode
Edited by laksmanabentan at 17-5-2018 02:01 PM

apa pendapat korang???


KUALA LUMPUR: Beberapa pemimpin kanan Barisan Nasional (BN) menyifatkan laporan media arus perdana kini menjurus kepada Pakatan Harapan (PH), selepas gabungan itu menang pilihan raya umum Rabu lalu. Ketika dihubungi, ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Ab Aziz Kaprawi, berharap media arus perdana akan berlaku “adil” dalam pemberitaan mereka.

“Tidak perlu nak berat sebelah kerana mereka (PH) memperjuangkan ketelusan,” katanya, di sebalik cara pemberitaan beberapa media yang sebelum ini hanya menyiarkan laporan negatif menghentam pemimpin PH, tetapi bertukar mesra kepada mereka selepas 9 Mei. Beberapa badan media disokong Umno sebelum ini mengakui mereka perlu mengubah cara pemberitaan. Ia termasuk New Straits Times Press, yang menerbitkan 3 akhbar harian, menggesa kakitangannya melakukan penyesuaian kepada “persekitaran politik baru”. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan NSTP, Datuk Seri A Jalil Hamid baru-baru ini berkata akhbar terbitan syarikat itu perlu menyesuaikan diri dengan pendapat umum, dan mendakwa neutral sejak kekalahan BN.




Sementara itu, pengurusan tertinggi Kumpulan Utusan Melayu pula menerima tekanan melepaskan pegangan Umno dalam syarikat itu.
Aziz, yang tewas kepada calon dari PPBM di Parlimen Sri Gading, berkata media seharusnya bebas dalam memberikan maklumat kepada rakyat dan ia seharusnya benar. “Semua parti memperjuangkan untuk rakyat cuma masing-masing mengunakan kaedah masing-masing. Saya rasa sewajarnya media arus perdana kena terbuka dalam hal ini,” katanya yang menyeru berita pihak pembangkang, iaitu BN, tidak disekat.

Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa pula berkata adalah terpulang kepada kerajaan sekarang untuk menentukan sama ada media akan berlaku adil. “Macam mana saya nak jawab, itu anda kena tanya pihak kerajaan,” katanya, sambil menambah masih terlalu awal untuk memberikan pendapat.

Sementara itu, Ketua Pemuda MIC C Sivarraajh pula berkata media arus perdana seharusnya tidak takut untuk memberikan liputan kepada BN. Menurutnya, sebelum ini, kerajaan BN membenarkan media memberikan input dan pandangan. “Saya percaya mereka perlu semak dan imbang bukan untuk kritik mereka. Mungkin pandangan kami boleh diterima,” katanya. Beliau pada masa sama berharap media arus perdana menyokong pendapat yang diberikan oleh BN seperti dalam isu memastikan polisi dan janji PH dipenuhi.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2018 02:01 PM | Show all posts
setuju. media kena adil n bebas. jangan nak jilat kerajaan je...pembangkang diludah. sebab rakyat berhak dapat berita yang telus n tepat
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2018 02:01 PM | Show all posts
tetiba rasa nak hadiahkan cermin pulek
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-5-2018 02:02 PM | Show all posts
prizadane replied at 17-5-2018 02:01 PM
setuju. media kena adil n bebas. jangan nak jilat kerajaan je...pembangkang diludah. sebab rakyat be ...

betul... tp tu ler media ni yg lebih2...
time BN tu amboiiii kutuk kaw2 punya, tak bg peluang...
biar fair la kan....
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2018 02:03 PM | Show all posts
Sepatutnya media kena bagi lapuran adil pada semua pihak. Contoh yang tak baik yang media buat sebelum ni jangan lah di ikut.
Btw kalau bagi lapuran betul tentang umno pun, silap silap orang lagi menjauh kot..
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2018 02:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Akhbar tahi..rakyat nak berita telus buka bodek mana yg berkuasa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-5-2018 02:18 PM | Show all posts
Bak kata anuar semalam, lesing kang. Baru skang kau nak adapt konsep adil tu kan wahai BN? Setelah menjadi pembangkang secara 'bermaruah'.
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2018 02:18 PM | Show all posts
tengok contoh negara2 maju la buat camana
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2018 02:32 PM | Show all posts
hehehehehee....sabar laa kejap...
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2018 02:50 PM | Show all posts
ingat politik kita sudah matang...wal hasil balik asal...serupa juga..
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2018 02:55 PM | Show all posts
aikkk baru skrg rasa mcm tu pulak....kat rumah takde cermin ke

ye lah, pepun aku harap media berlaku adil, PH tak jadi mcm BN dulu, semua muka dia je
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2018 02:56 PM | Show all posts
Bodonya media Malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2018 03:43 PM | Show all posts
Edited by tagas at 17-5-2018 03:46 PM

time2 gini mmg kena jaga periuk nasik masing2
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2018 03:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Sudah kalah tu terima la hakikat....mcm ko x pernah baca utuse meloye, berita hairan or x tgok tb3suku sblm peristiwa 9 mei? Ada ko tegur media yg rebeh sebelah kat ko? PH dah bertahun kena cerca dlm media, ko baru seminggu kena dah meroyan.....
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2018 03:58 PM | Show all posts
amboi time BN memerintah tak der pulak ko kesah supaya media berlaku adil pada PH kn....hanat sgt perangai
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2018 04:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by babyhubby85 at 17-5-2018 04:09 PM

Baru tau azabnya penderitaan sebagai pembangkang ye..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2018 04:07 PM | Show all posts
memang betul kena adil tapi iols cuma nak gelak je dulu
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2018 04:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Memang betul media perlu adil kpd BN.

Soalannya, apa isu nya skarang? media tak adil sebab liputan tertumpu kpd perkembangan Pakatan Harapan? Ini detik bersejarah pembentukan kerajaan baru. Memanglah sensasi    dan itu lah yg rakyat nak baca. BN naj masuk berita, buat lah berita
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-5-2018 04:56 PM | Show all posts
taikor replied at 17-5-2018 04:08 PM
Memang betul media perlu adil kpd BN.

Soalannya, apa isu nya skarang? media tak adil sebab liputa ...

nak buat cite BN pasal apa ekkk....
kriikkkk kriikkk....
hahhahahahahhaha.....

rilex la BN... satgi da dekat pemilihan UMNO korang, leh la media cover balik...
skrg korang duk la diam2 dulu..
bersih kan rumah tu... baiki sana sini yg bocor tu...
da elok satgi, tahu ler media nak cari korang cover story korang k...
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2018 07:20 PM From the mobile phone | Show all posts
laksmanabentan replied at 17-5-2018 04:56 PM
nak buat cite BN pasal apa ekkk....
kriikkkk kriikkk....
hahhahahahahhaha.....

Semoga ada lagi PAU tahun ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 11:59 PM GMT+8 , Processed in 0.080936 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list