CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3240|Reply: 37

[Tempatan] Permohonan Tun M tukar hakim ditolak

  [Copy link]
Post time 17-5-2018 02:57 PM | Show all posts |Read mode
MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur, hari ini menolak permohonan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad supaya Hakim Datuk Azizah Nawawi menarik diri daripada mendengar kes samannya untuk mencabar Laporan Suruhanjaya Siasatan Bagi Menyiasat Kerugian Urus Niaga Mata Wang Asing Oleh Bank Negara Malaysia (BNM) Sekitar Tahun 1990-an.

Dr Mahathir memohon supaya Azizah menarik diri daripada mendengar kes saman pemula difailkannya pada Disember tahun lalu berikutan hakim itu sebelum ini pernah menolak permohonannya mencabar pelantikan dua ahli suruhanjaya siasatan terbabit.

Melalui prosiding di kamar hakim hari ini, Azizah menolak permohonan Dr Mahathir supaya beliau menarik diri dengan alasan Dr Mahathir gagal menunjukkan kepada mahkamah bahawa terdapat bahaya sebenar beliau akan memberikan keputusan berat sebelah jika mendengar kes saman pemula berkenaan.

Azizah dalam penghakimannya, berkata ia adalah kerana permohonan yang pernah diputuskan beliau sebelum ini adalah membabitkan komposisi ahli dalam suruhanjaya siasatan, manakala kes saman pemula yang difailkan Dr Mahathir adalah bagi mencabar penemuan dalam laporan suruhanjaya itu.

Beliau berkata, saman pemula itu dikemukakan dengan alasan bahawa suruhanjaya siasatan gagal memasukkan dalam laporannya keseluruhan nota prosiding termasuk keterangan lisan saksi, permohonan sama ada secara bertulis atau lisan serta hujahan semua pihak yang terbabit.

"Mengenai isu yang dibangkitkan peguam bahawa mahkamah ini membuat keputusan yang tidak memihak kepada plaintif dalam kes sebelum ini, keputusan itu berdasarkan prinsip perundangan di negara ini dan plaintif juga mengemukakan rayuan terhadap keputusan berkenaan.

"Mahkamah ini mengambil kira akan bahaya gagal menjalankan fungsi dan tanggungjawabnya jika ia dengan sewenang-wenangnya membenarkan permohonan supaya hakim menarik diri," katanya.

Hakim Azizah tidak membuat sebarang perintah mengenai kos.

Prosiding hari ini dihadiri peguam Mohd Irzan Iswatt Mohd Nor mewakili Dr Mahathir, manakala Peguam Kanan Persekutuan Noor Fadzila Ishak bagi pihak suruhanjaya siasatan dan Kerajaan Malaysia.

Dr Mahathir memfailkan saman pemula itu dengan menamakan Pengerusi Suruhanjaya Siasatan Tan Sri Mohd Sidek Hassan dan ahli suruhanjaya iaitu Datuk Kamaludin Md Said, Datuk Seri Tajuddin Atan, Tan Sri Saw Choon Boon, K Pushpanathanan dan Datuk Dr Yusof Ismail.

Turut dinamakan sebagai defendan ialah bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, bekas Menteri Kabinet dan Kerajaan Malaysia selaku defendan.

Dr Mahathir selaku plaintif memohon perisytiharan bahawa mana-mana 'Laporan Suruhanjaya Siasatan' yang ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 hanya sah jika mengandungi kesemua bahan yang ditampilkan pada keseluruhan prosiding termasuk kesemua pernyataan bertulis saksi.

Beliau juga memohon perisytiharan bahawa laporan suruhanjaya siasatan itu tidak sah atau tidak terpakai sama sekali kerana semua defendan gagal memasukkan keseluruhan nota prosiding berkaitan keterangan saksi sama ada transkripsi atau rakaman video dan semua hujahan pihak terbabit.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 Mei 2018 @ 2:19 PM
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2018 03:12 PM | Show all posts
jgn jijah goyang plak nti mengetahui reputasi tun dulu dulu
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2018 03:15 PM | Show all posts
alamak..merajuk pula org tua tu nanti...
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2018 03:15 PM | Show all posts
pergh....mahkamah ni tak takut ke???? Tun dah jadi PM sekarang ni......silap2 dia kata rule of law dia heret ko sekali nanti dan cakap cubaan bersubahat dengan najib....
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2018 03:30 PM | Show all posts
bila dia ada bau2 bersalah tak nak terima pulak
rule of law
pfft
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2018 03:31 PM From the mobile phone | Show all posts
monkaS replied at 17-5-2018 03:30 PM
bila dia ada bau2 bersalah tak nak terima pulak
rule of law
pfft

Hakim tu pro umno....lgpun kes ni sblm pru kan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-5-2018 05:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa la nasib hakim tu lepas ni. Harap2 masih ada saki baki kebebasan suara di msia
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2018 06:27 PM From the mobile phone | Show all posts
ketua hakim negara tun salleh abbas pun tun mampu tendang jika tak ikut kehendak dia .apa nak dihairankan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2018 06:34 PM | Show all posts
TDM tak risau dah kot. Dulu dia risau hakim hakim tu kena ikut perintah Najib, eh Rosmah..
now hakim hakim boleh bagi hukuman yang adil tanpa di arah.
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2018 06:51 PM | Show all posts
kelana36 replied at 17-5-2018 06:34 PM
TDM tak risau dah kot. Dulu dia risau hakim hakim tu kena ikut perintah Najib, eh Rosmah..
now hak ...
  1. now hakim hakim boleh bagi hukuman yang adil tanpa di arah.
Copy the Code
pfft
tau tak case mahathir dengan hakim?


Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2018 07:02 PM From the mobile phone | Show all posts
kes apa pulak ni..
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2018 07:20 PM | Show all posts

case forex dia dulu la
kan ada buat RCI
dia nak cabar keputusan RCI tu

Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2018 08:27 PM From the mobile phone | Show all posts
monkaS replied at 17-5-2018 06:51 PM
pfft
tau tak case mahathir dengan hakim?

Entahnye..  Jaman tu ade ISA hokei..  Sape je yang bersuare memang bercuti di Sungai Buloh la jawabnye..
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2018 08:34 PM | Show all posts
berapa biliyuuunn negara rugi time ni???

Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2018 08:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Harap hakim tu betul2 x berat sebelah la
Jgn saja2 nak aniaya Tun plak nnti
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2018 08:47 PM | Show all posts
Kes lama pun bukak so kes darren kang pun boleh la bukak hehehehe tetiba iols ot
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2018 08:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Bye bye Datuk Hakim... Wish you good luck yer lepas ni q
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2018 09:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Woww menarik !
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2018 03:12 AM | Show all posts
tumpanglalu74 replied at 17-5-2018 08:27 PM
Entahnye..  Jaman tu ade ISA hokei..  Sape je yang bersuare memang bercuti di Sungai Buloh la jawa ...

mana boleh ISA hakim2 mahkamah agung
tapi siapa cakap mahathir ni suci murni
atau hakim tu corrupt ikut cakap najib memang tak sedar diri selama ni

Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2018 10:13 AM | Show all posts
lkick2113 replied at 17-5-2018 03:15 PM
pergh....mahkamah ni tak takut ke???? Tun dah jadi PM sekarang ni......silap2 dia kata rule of law d ...

hakim ni atas lantikan agung kan?katanya agung tak suka madey
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 05:58 PM GMT+8 , Processed in 0.091090 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list