|
|
Aktor yang hangat di bulan Ramadan, Syafiq Kyle - pastinya dengan drama rantaian terbaru Nur ini selain kacak, pandai bergurau juga rupanya. Status-status Syafiq di Twitter sentiasa disusuli dengan usik mengusik. Terbaru post mengenai puasa dan sahur ternyata mengundang gelak tawa netizen. Apatah lagi ini adalah hari pertama umat Islam menyambut puasa.
Membahasakan dirinya Capik (panggilan manja nama Syafik bukannya capik tempang ya) ternyata aktor ini pandai menyesuaikan diri dengan trending semasa sekaligus mendekatkan diri dengan peminatnya. Ramai pula yang menulis komen #donesahur sebagai menyokong pertanyaan Syafiq itu tadi.
Ada juga netizen yang menulis tanda pagar yang popular sepanjang Ramadan ini.
Selain itu, terdapat peminat perempuan yang sempat bergurau dengan pelakon ini berkenaan puasa tahun lepas.
Syafiq juga nampaknya rajin membalas komen-komen peminat.
Selain itu, Syafiq juga membaca ruangan komen netizen dan retweet supaya netizen lain dapat membacanya. Padanlah rating drama Nur mencanak, 'Ustaz Adam' rajin melayan. Malahan sempat bergurau bahawa #donesahur pada waktu zohor atau asar adalah geng plastik hitam.
Jika dilihat, Syafiq Kyle artis yang bersih tanpa sebarang gossip liar, pandai pula bergurau dengan peminat antara pakej selebriti yang akan sentiasa menyinar dalam industri hiburan #puasa. - CARI |
|