CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6286|Reply: 35

Insiden Seram Aidan

  [Copy link]
Post time 17-5-2018 11:44 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by aidan90 at 17-5-2018 11:47 PM

Sekian lama aku tak menimbulkan diri dalam forum ni. Oleh sebab aku bosan gila tahap dewi Guan Yin, husband pun jauh nun berkursus selama 6 bulan di luar negara, aku pun decide untuk share pengalaman seram yang jadi kat aku pada tahun lepas. (Kalau tak seram jangan kecam den oii)

1. Sorang
Lepas je kahwin last year aku terus pindah ke Kelantan, almaklum ikut suami. Mula-mula plan nak stay dalam kem (suami aku tentera), tapi tak jadi sebab aku tak berapa berkenan keadaan dalam kawasan kem tu. Macam sunyi sikit. Then last-last stay rumah sewa dekat-dekat kem je. Alaa dalam 5 minit je dari kem.

Gedebuk gedebak pindah, sedar tak sedar dah almost 3 bulan aku stay rumah tu. Rumah teres 1 tingkat, jiran ada kiri kanan, so takde la aku takut ke ape kalau kena tinggal sensorang.  Ada 1 malam ni, encik tentera balik lewat, macam biasa la banyak kijo di opis, nak pulak time tu ada report yang perlu disiapakan. Aku dengan pasrah duduk la termenung layan Netflix sambil tunggu beliau pulang. Waktu tu dalam pukul 9 malam, perut pun dah kenyang sebab aku dah tibai lauk dalca aku masak siang tadi. Aku lepak dalam bilik atas katil, pulun duk scroll through Netflix nak cari movie best. Macam biasa la, priority mesti cari cerita seram dulu. Sambil-sambil baring tu boleh pulak aku terlelap tak sedaq ke diri. Dengan tv duk terpasang lagi time tu.

Tak lama lepaih tu aku pun terjaga, sebab dengar bunyi pintu toilet dalam bilik tertutup. Sebelum tu terbuka. Aku pun dengan spontan nya bersuara, “Ehhh masa bila b balik? Tak sedar pun.”

Toilet dalam bilik ada sebelah kanan dari katil, so bila baring mengiring ke kanan memang aku nampak toilet la. Dalam duk mamai-mamai2 lagi aku dengar bunyi air shower terbukak.

Aku tengok jam dah pukul 11 lebih, nak bangun pun rasa malas. Memang niat nak sambung tidur je terus. Bila aku renung balik kat suis lampu baru aku perasan husband aku mandi tak bukak lampu. Kejadahnya buang tebiat mandi dalam gelap.

Tut tut phone berbunyi. Aku bukak whatsapp, 3,4 kali aku perhati skrin phone.

‘Message from Barry Allen.’

Barry Allen tu husband aku. Saja gedik aku save nama tu sebab minat The Flash punya pasal. Siapa yang tengok The Flash (superhero tv series) tau la yang The Flash tu nama dia Barry.

Bukak-bukak mesej aku rasa jantung bagaikan ingin meletop seperti grenade.

“Ayg, pukul 12 lebih macam tu b balik. Sorry lambat. Tunggu tau....”

Ya rabbi. Aku cepat-cepat tarik selimut then selimut 1 badan. Aku intai toilet dari celah-celah selimut, pintu masih tertutup, air shower masih berbunyi. Ya Allah..ketar 1 badan di buat nya dalam selimut. Siapa pulak yang mandi dalam toilet ni kalau bukan husband aku????

Terkumat kamit dengan cubaan membaca ayat kursi. Tak lama lepas beberapa minit, air shower stop. Aku selimut sepenuhnya dan pejam mata rapat-rapat. Nak tercabut jantung aku duk dalam selimut tu tunggu kalau-kalau ‘orang’ yang mandi tu keluar dari toilet. Huihhhh boleh pengsan den dibuatnya.

Tunggu punya tunggu takde apa yang berlaku. So aku pun terlelap entah macam mana. Sedar-sedar selimut dah jatuh kebawah, aku pun dah mengubah posisi baring. Aku perasan suami aku dah balik, dia berdiri di hadapan katil, tengok aku. Tapi kenapa pelik semacam?

Aku tutup mata dan buka semula. 1 susuk tubuh lengkap serba putih dari kepala hingga ke kaki berdiri di hadapan katil tengok aku. Aku tak nampak muka dia, sebab semua ditutup dgn kain putih. Sebijik macam mayat kena kapan berdiri tercegat.  Tiba-tiba pulak dtg bau kemenyen, entah dari mana.... Makin lama aku tenung, makin dekat rasanya benda tu dengan katil. Beberapa saat aku tengok benda tu rasa mcm berjam-jam..lamanya. Rasa nak nangis, rasa nak pitam tapi tak mau pulak pitam. Dengan mamai-mamai lagi aku pun cuba berfikiran positif.
‘Aku mimpi kot ni...tak pun cuma terbayang.’ Tak kan aku nak lompat keluar rumah terjerit-jerit kat jiran sebelah. Nanti dorang cop aku gila pulak.

Aku pun mengiring ke kanan. Aku tutup dan buka mata. Lagi sekali aku nampak benda tu terpacak depan aku. Ya Allah...apa benda ni...jangan kacau aku...Dalam hati aku tertanya-tanya mana selimut aku terbang, aku raba-raba atas katil tak jumpa pulak. Nak bangun tak berani. Jadi apa aku buat?  Aku pusing dan baring mengiring ke sebelah kiri pulak.

Elok je aku pusing, nah kau benda tu terpacak sebelah kiri pulak. Betul-betul depan mata. Allah...rasa lembik 1 badan. Aku tutup mata rapat dan terus baca ayat kursi di dalam hati berulang-ulang kali. 15 minit lepas tu aku buka mata pelan-pelan. Alhamdulillah benda tu dah tak da. Tak pernah aku nampak pocong life depan mata. Tu la kali pertama.

Rumah sewa yang aku stay tu aku tau ‘bersih’ dari benda-benda ni. Aku stay dah 3 bulan tak ada kena kacau. Mungkin pocong tu lalu je kot time tu. Tersinggah pulak kat rumah aku. Apa la nasib badan. Alhamdulillah lepas tu dah tak nampak kelibat si polan.

Tapi yang peliknya, waktu aku nampak pocong tu keadaan aku dalam mamai-mamai. Cuma walaupun mamai, aku pasti dengan apa yang aku nampak. Aku pasti!

Aku harap aku mimpi waktu tu tapi realitinya aku tau aku tak bermimpi. Tak lama lepas tu encik tentera pun pulang ke rumah. Time dengan husband tak mau pulak benda tu tunjuk muka. Bertuah la Barry Allen tak pernah kena kacau....


2. Jiran Bising Yang Amat!

Ni pulak pasal jiran sebelah rumah sewa. Jenis semua kaki karaoke ke apa? Bising mengalahkan disco. Tiap malam asyik melalak. Aku duk dalam bilik dengar suara diorang, pergi dapur pun dengar jugak suara bebudak tu. Kemain lagi kome ye.  Mentang-mentang bukan minggu exam, bising la semua.

Jiran sebelah kiri rumah sewa aku ni semua bebudak Poli. Ada la dalam 8 orang 1 rumah. Biasa la student duduk ramai-ramai. Aku faham tu.

Ada 1 hari tu time aku sidai baju kat luar, aku perasan bebudak tu semua bersiap-siap dengan beg, macam nk balik kampung. Rupanya betul tekaan aku. Ada sorang ni tegur aku.

“Kak, kitorang semua balik kampung tau. Rumah ni kosong tak de sape. Seminggu jugak la kitorang cuti,” budak tu tegur.

Aku just balas, “Ohhh yeke, okay-okay.” Lepas tu aku terus masuk rumah. Nak dijadikan cerita wahai kawan-kawan sekalian, malam tu jugak encik tentera balik lewat. Ade kijo luar kena pantau construction site sekitar Terengganu.  Alamat nya gua sensorang lagi ler sampai lewat malam.

Lepas isya tu aku macam biasa la lepak dalam bilik. Malam tu tak de mood nak nengok mak nenek Netflix ke apa, so aku just scroll through FB sambil duduk bersandar dekat katil. Dengan tiba-tiba aku dengar orang jerit ‘Hoi!!’  Kuat yang amat ye tuan-tuan. Suara tu datang dari rumah sebelah. Terkejut aku dibuat nya. Memang boleh dengar suara orang sebelah kalau time sunyi. Cuma tak berapa jelas.

Lepas pada tu ada bunyi orang gelak-gelak, sebijik mcm bebudak tu gelak ramai-ramai. Ini tidak mungkin dong. Mereka semua tidak ada dirumah mana mungkin ada suara-suara itu.

Aku buat tak tau je, still layan FB tengok status orang.

Bam!!! Bam!! Bam!!

Bunyi dinding di ketuk kuat dari sebelah! Bunyi tu betul-betul datang dari tepi aku! Time sebelum kejadian tu, aku ubah susunan katil. (Aku memang suka ubah kedudukan perabot sebab bosan). Katil aku rapat ke dinding. Dan aku pulak duduk tepi dinding. Mau tak sakit jantung.

Lepas beberapa minit, sayup-sayup dengar bunyi macam suara perempuan ketawa. Boleh la kata mengilai. Tapi yang tak best nya bunyi tu datang dari luar bilik aku! Bukan dari rumah sebelah! Apa lagi terus capai selimut macam biasa. Tak sampai seminit, pintu bilik aku terbukak dengan pelan! Ya Allah....apa pulak la...

Aku dengar bunyi tombol dipulas dengan jelas dan pintu pelan-pelan terbukak. Dalam hati duk fikir, ‘kau jangan la sentuh aku, tolong la blah dari rumah aku. Ni rumah aku, bukan tempat kau.’

Punya tak tahan takut, aku terus azan kuat-kuat dari dalam selimut. Tak baca dah ayat kursi, dah macam terlupa pulak.  kuat jugak la aku azan dengan suara terketar-ketar tu. Tak lama lepas tu, aku terasa macam ada benda naik ke atas katil dan duduk di sebelah aku. Meleleh juga air mata den time tu.

Tiba-tiba ada bunyi yang buat aku terkejut.
“Meow!!

Cis la kucing aku rupanya! Jebon sungguh. Aku bukak selimut tengok sekeliling, check perimeter, done semua clear. Lega wey. Tapi 1 yang tak syok, pintu memang betul-betul terbukak. Come on la wey, kucing pandai bukak tombol pintu ke? Idaknya logik sama sekali ye tak?

Aku baca ayat kursi sambil pegang kucing aku takot-takot kalau dia tu jelmaan ke apa. Safety precaution misti mau ada! Alhamdulillah dia kucing sebenar.

Apa aku buat lepas tu? Aku bangun cepat-cepat tutup pintu dan kasi kunci sekali itu pintu. Tak berani nak tawaf 1 rumah buat perimeter check. Esok siang je ler. Bila husband aku balik malam tu, aku jenguk-jenguk rumah sebelah, gelap gelitooo tiada seekor mahluk pun di dalam rumah. Memang malam tu tak de orang kat rumah jiran.  
Berderau darah den bilo fikirkan kembali saat-saat itu. Lol


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2018 08:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Wow
Sambung lagi.iols.suka ...
Hihi
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2018 09:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Lawak dlm keseraman
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2018 09:11 AM | Show all posts
MMG org ckp sistur rumah dekat kwsn2 kem tuh byk xbest skit kan seram2 ckit..dlm kem lagi ler..sis pasang lah ayat2 suci sentiasa yea..dok sorang2 tkt jgk..
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2018 09:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Yang 1. Tu memang seram ..
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2018 09:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Abg saya tentera jgak mmg penah keja kt kem Kelantan,kat kuarters kem mmg berhantu,x tido la dia sorang2 dlm bilik,mlm2 lepak ngn kwn
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-5-2018 09:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Takut tapi gigih gak baca.
TT sewa sekitar kok lanas ke?
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2018 09:59 AM | Show all posts
jahat pocong tu kacau TT tido..  akak nampak pocong tercegat kat luar rumah time sidai baju pun dah kecut ni kan pulak depan mata.. terus berdesup masuk bilik..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-5-2018 10:12 AM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 18-5-2018 08:35 AM
Wow
Sambung lagi.iols.suka ...
Hihi

Hehe. Nanti sy tepek lagi cite kat sini. Soon.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-5-2018 10:12 AM From the mobile phone | Show all posts
pysharil replied at 18-5-2018 09:01 AM
Lawak dlm keseraman

Baru kurang seram sikit baca. Kan kan kan. Kalau seram sangat tak boleh tido pulak.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-5-2018 10:14 AM From the mobile phone | Show all posts
orked44 replied at 18-5-2018 09:11 AM
MMG org ckp sistur rumah dekat kwsn2 kem tuh byk xbest skit kan seram2 ckit..dlm kem lagi ler..sis p ...

Stay dekat kawasan situ jugak ke? Rumah sewa sy ni ke dalam sikit. Jalan masuk pun kecik je tepi-tepi hutan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-5-2018 10:15 AM From the mobile phone | Show all posts
pysharil replied at 18-5-2018 09:34 AM
Abg saya tentera jgak mmg penah keja kt kem Kelantan,kat kuarters kem mmg berhantu,x tido la dia sor ...

Kem kat kok lanas ke? Wahhhh. Share la cerita seram psl kem tu kat sini. Teringin jugak nak tau. Selalu masuk lalu tengok-tengok seram den uihhh. Lagi-lagi kalau memalam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-5-2018 10:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Rainrein replied at 18-5-2018 09:35 AM
Takut tapi gigih gak baca.
TT sewa sekitar kok lanas ke?

Iya dong Rainrein. Area kok lanas tu. dekat-dekat kolej komuniti. Kalau ade story, share-share la.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-5-2018 10:17 AM From the mobile phone | Show all posts
myakayina replied at 18-5-2018 09:59 AM
jahat pocong tu kacau TT tido..  akak nampak pocong tercegat kat luar rumah time sidai baju pun ...

Tu la memang jahat. Dah la sensorang. Haihhh. Sakit jantung jugak dibuatnya. Share la pengalaman akak kat sini.
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2018 11:19 AM From the mobile phone | Show all posts
aidan90 replied at 18-5-2018 02:16 AM
Iya dong Rainrein. Area kok lanas tu. dekat-dekat kolej komuniti. Kalau ade story, share-share la. ...

I xde stori. Tumpang tumpang baca pengalaman orang je. X penah ada stori and kalu bulih x nak ada pls.
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2018 10:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Ko mmg berani la..kalo aku skali jd je aku xmo dh ddk ctu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2018 09:28 PM From the mobile phone | Show all posts
eeiiiii...seram. siap tunjuk muka
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2018 02:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Wahh...gangguan hardcore nih siap da nampak2...suka baca tulisan tt sopan maneh je ayat2 nya hehehe...sila teruskan iols akan baca dimulai dengan bismillah
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2018 02:48 PM | Show all posts
kucing sy pandai pulas tombol pintu,,,
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2018 03:39 PM | Show all posts
macam dalam filem je
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 05:50 PM GMT+8 , Processed in 0.140828 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list