Kehadiran Ramadan pasti dinantikan para peniaga kerana ia membuka pintu rezeki buat mereka yang ingin mencari pendapatan tambahan termasuk golongan selebriti.
Selain menjual secara online, rata-rata daripada mereka tidak kisah membuka gerai di bazar sama ada sepanjang puasa atau hanya pada hujung minggu.
Bazar Ramadan dan pusat membeli-belah antara lokasi yang dimeriahkan gerai dan butik jualan artis. Antara artis yang turut sama berniaga ialah penyanyi dan pengacara popular, Adibah Noor.
Khamis lalu, Adibah berkongsi suasana perniagaan pakaian yang dijalankannya. Agak melucukan apabila Adibah mengakui sedikit tergoda dengan produk jualan gerai bersebelahan dengannya.
Beberapa jam kemudian, Adibah memuat naik foto beserta kapsyen lucu menunjukkan dia sudah tidak boleh menahan diri dan terus membeli produk jualan gerai tersebut. Netizen yang melihat aksinya berasa terhibur dan berdoa supaya Adibah Noor lebih ‘kebal’ kelak.
Sementara itu, pakaian terpakai dan baru yang dijual Adibah Noor dikatakan mendapat sambutan hangat kerana tidak dinafikan harga jualannya dikatakan murah memandangkan fabrik, corak dan rekaannya layak dijual lebih tinggi daripada harga ditetapkan.
Bagaimanapun, dia dan pihak pengurusannya setuju jenama pakaian Adibah Noor dikenakan pada harga mesra pelanggan. Tunggu apa lagi? Cepat cari kedai Adibah Noor! - CARI |