CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1779|Reply: 29

[Tempatan] Pentaksub politik lobai halang ahli keluarga sebarkan syiar islam

[Copy link]
Post time 18-5-2018 01:27 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Politik punya pasal

Nik Omar sedih dihalang ceramah
SITI FATIHAH AWANG
18 MEI 2018
Nik Omar sedih dihalang ceramah
Masjid Pulau Melaka atau lebih dikenali dengan masjid Tok Guru disebelah rumah arwah pemimpin Pas itu.
A- A+ (Ubah saiz teks)
KOTA BHARU – Rutin Nik Omar Nik Abdul Aziz sebagai penceramah, imam dan mentahnik di Masjid Pulau Melaka atau digelar Masjid Tok Guru berakhir apabila beliau dimaklumkan keputusan keluarganya tidak membenarkan lagi beliau terlibat.

Nik Omar ketika memaklumkan perkara itu semasa menyampaikan kuliah di Wisma Tok Guru di Salor  hari ini kelihatan sayu dan sugul memandangkan tugas sebagai imam dan penceramah berkenaan telah digalas beliau selepas pemergian Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sejak 2015 lalu.

Beliau yang memohon maaf kepada hadirin yang hadir mengakui sedikit terganggu dengan perkara tersebut dan menjadikan beliau hilang fokus untuk meneruskan kuliah tersebut serta memerlukan rehat buat seketika.

Menceritakan keadaan tersebut, Nik Omar dimaklumkan mengenai keputusan itu melalui adiknya, Nik Abduh Nik Abdul Aziz selepas ahli Parlimen Bachok itu mengimamkan solat Subuh dan seterusnya memberikan kuliah kepada hadirin.

“Subuh tadi, adik ambo, ustaz Nik Abduh, dia paka (terus) naik, dia jadi  imam dan terus bagi kuliah. Selepas itu dia salam. Jadi dia pun beritahu, keputusan keluarga, ambo tidak dibenarkan jadi  imam dan bagi kuliah di situ.


Nik Omar semasa menyampaikan kuliah di Wisma Tok Guru di Salor.
“Maknanya ini harga yang terpaksa ambo tanggunglah. Jadi hari ini, ambo kena rehat, tapi Insya-ALLAH, bila ambo pegi, ambo tak undur ke belakanglah. Cuma untuk pagi ini, ambo kena mintak maaf banyak-banyak,”katanya.

Nik Omar  turut memberitahu, sejak pemergian arwah bapanya, rutin sebagai imam, penceramah dan pentahnik bayi dibahagikan secara tidak rasmi di antara keluarga mereka.

Kebiasaannya beliau akan menyampaikan kuliah Maghrib pada malam Rabu dan Khamis, selain kuliah subuh pada pagi Jumaat.

Selain itu beliau juga akan membaca wirid khusus yang telah ditulisnya sendiri dengan bantuan arwah Tok Guru semasa hayatnya.

Selepas itu, akan diadakan pula tazkirah khusus Jumaat dan disambung dengan tahnik bayi.

Bagaimanapun, kini beliau terpaksa redha dengan keputusan tersebut dan berharap orang ramai dapat memberikan masa kepadanya.

Dalam kuliah berkenaan, beliau turut memaklumkan dua penceramah lain bagi menggantikan beliau.

Ketegangan antara Nik Omar dan keluarga mula tercetus apabila beliau membuat keputusan untuk bertanding di Dun Chempaka atas tiket Pakatan Harapan walaupun dikatakan tidak mendapat kebenaran ibunya Tuan Sabariah Tuan Ishak.

Reaksi kepada keputusan abangnya itu, Nik Abduh dalam tulisannya berkata, hati ibunya terluka akibat 'tembakan' yang dilepaskan semenjak lebih 30 tahun lalu oleh seorang lelaki bernama Ikram, merujuk kepada keputusan Nik Omar untuk menyertai Ikram.

Nik Abduh berkata ibunya juga terluka kerana Nik Omar memilih untuk bekerjasama dengan Tun Dr Mahathir Mohamad yang telah menahan salah seorang anaknya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) lebih 15 tahun lalu.

Dalam PRU Itu, Nik Omar tewas kepada Pas melalui penyandang, Ahmad Fathan Mahmood dengan hanya memperoleh 2,418 undi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2018 01:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Black sheep of the family
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2018 01:48 PM | Show all posts
bongoknya

Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2018 02:18 PM | Show all posts
org kt situ dh xsuke ko..myb rmai yg ngadu tu..sbb tu la dorg tukakn ko kot..
psrah jela..klu btol nk berdakwah kt memane pon xpe..
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2018 02:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak terkejut pon lgi2 dgan nik buduh tersebut. Claim politik matang dan sejahtera tpi sampah penuh dendam jah!
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2018 02:50 PM | Show all posts
dulu seblum PRU guna alasan nak raih undi dr rakyat..smp suh tun m dtg lps PRU kalo nak lawat kubur..ni dah lps PRU apsal lak






Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-5-2018 02:50 PM From the mobile phone | Show all posts
mari shah alam la
ramai nk dengar
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-5-2018 04:12 PM From the mobile phone | Show all posts
dodolgemok replied at 18-5-2018 02:47 PM
Tak terkejut pon lgi2 dgan nik buduh tersebut. Claim politik matang dan sejahtera tpi sampah penuh d ...

Bile tgk perangai2 gini perlu la tanye kat sekor2 taksub politik tuh..islam ajar begitu kah?sifat2 islam ke gitu bole halang org sebarkan islam?ini la keindahan sifat2 penonggng agama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-5-2018 04:23 PM From the mobile phone | Show all posts
kecimpret replied at 18-5-2018 02:50 PM
dulu seblum PRU guna alasan nak raih undi dr rakyat..smp suh tun m dtg lps PRU kalo nak lawat kubur. ...

Terserlah ciri2 penonggang agama mereka..syukurla kita dpt lihat ciri2 penonggang agama gini
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2018 04:25 PM | Show all posts
roy3 replied at 18-5-2018 04:23 PM
Terserlah ciri2 penonggang agama mereka..syukurla kita dpt lihat ciri2 penonggang agama gini

pangai umno ada dlm jiwa lobai
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2018 04:26 PM | Show all posts
masih ramai kan org pas kelantan yg bodoh.. barangkali byk makan taik lembu. benda dh terang2 xbetul pon masih bersungguh nk pertahankan. siap ada yg kata ni semua punca derhaka dgn ibu. sebab lukakan hati ibu xkan adik beradik nk diam katanyee
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2018 04:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Buat mcm ustak2,celeb jah..ceramah mesjid2 kawasan ph sah2 masyyukk...abaikan kulante negeri xmembangun ittew...sah2, free/sikit jah dpt  curamah di mesjid sundiri.
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2018 04:40 PM | Show all posts
roy3 replied at 18-5-2018 04:12 PM
Bile tgk perangai2 gini perlu la tanye kat sekor2 taksub politik tuh..islam ajar begitu kah?sifat2 ...

MMg sapot PAS kalau bab2 kesyumulan..menegakkan Islam dsb nya..
tapiii bila bab2 hablum minannas walau dgn adik beradik sendiri punn cengiinih..
mcm ana ngan yg laian2??
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2018 04:51 PM | Show all posts
so apa beza pas dengan umno?
itu yang kata berjuang demi agama?
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2018 05:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Pentaksub lebai di kelate memang tak boleh diubah dah. Menjatuhkan pas bermakna menjatuhkan islam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-5-2018 06:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Akubinimone replied at 18-5-2018 04:40 PM
MMg sapot PAS kalau bab2 kesyumulan..menegakkan Islam dsb nya..
tapiii bila bab2 hablum minannas  ...

Xtau la mereka nih..kata ada ramai ulamak2..xkan x boleh tegur mereka2 yg terposong dr landasan islam nih??jgn ulamak2 pn join sekali menegakkan benda yg salah..mmg da jd ularmak la
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-5-2018 06:17 PM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 18-5-2018 05:01 PM
Pentaksub lebai di kelate memang tak boleh diubah dah. Menjatuhkan pas bermakna menjatuhkan islam. : ...

Sbb tu mereka2 ni bole menonggang agama..sbb parti pas tu sendr dianggap agama islam..taksub parti da..menentg pas maknanya menentg islam..jumud makhluk2 begini
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2018 06:41 PM | Show all posts
dodolgemok replied at 18-5-2018 02:47 PM
Tak terkejut pon lgi2 dgan nik buduh tersebut. Claim politik matang dan sejahtera tpi sampah penuh d ...

set set lobai penonggang agama mmg takde beza dgn umno. suka menanam sifat benci dan kutuk mengutuk. pastu kata penegak agama islam. pfffff!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-5-2018 12:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Penjelasan isu Masjid Pulau Melaka dan Nik Omar
Nik Abduh Nik Abdul Aziz
(Dikemaskini )

A A
Salam Ramadhan.

Saya sahkan perkara tular berkaitan pengakuan kekanda saya, Ustaz Nik Omar Nik Abdul Aziz bahawa beliau disekat daripada menjadi imam solat lima waktu dan menjadi tenaga kuliah di masjid Tok Guru, Pulau Melaka.

Ia adalah keputusan mesyuarat keluarga besar Nikmatillah beberapa hari lepas sebelum bulan Ramadan.

Ia adalah sekatan bersifat sementara, iaitu sehinggalah Ustaz Nik Omar mendapat restu bondanya.

Sebagai tambahan yang berguna, isu restu ibu sepatutnya bersifat dalaman. Tetapi umum sedia maklum bahawa Ustaz Nik Omar sendiri yang memberitahu umum melalui siaran akhbar bahawa beliau tidak mendapat restu bonda untuk bertanding sebagai calon pilihan raya.

Selang beberapa minggu kemudian, beliau sendiri bertindak sebaliknya, yang membawa maksud nyata bahawa beliau melanggar restu bondanya secara terbuka.

Ia memberi kesan yang amat besar kepada seorang ibu yang terpaksa menanggung rasa malu yang teramat apabila bersua dengan masyarakat awam.

Ia membawa kepada tindak balas keras daripada bonda yang tidak pernah kami lihat dalam hidup kami sebelum ini.

Ia terus memanjang sehingga hari ini. Tidak perlu saya perincikan.

Sekatan ini tiada hubungan dengan pemutusan hubungan silaturrahim. Hubungan kami akan berjalan seperti biasa. Setiap hujung minggu kami keluarga al-Aziziah sentiasa berkumpul untuk makan malam bersama bonda di rumah.

Di situ keakraban akan terus terjalin.

Kami adik-beradik sentiasa mendoakan 'al-rusyd' untuk beliau.

Kami kenal beliau sebagaimana beliau kenali kami berbanding orang lain. Apatahlah bonda kami sendiri.

Dalam sebuah masyarakat yang bebas, isu ini mungkin kecil. Tetapi dalam keluarga kami yang telah diasuh dengan didikan agama oleh datuk dan ayahanda kami, mentaati bonda adalah agama sepenuhnya.

Baca Nik Omar sebak cerita 'disingkir' dari Masjid Tok Guru

Restu seorang ibu adalah lebih besar daripada restu lima atau 10 juta rakyat Malaysia. Ibu takkan tewas di sisi Allah. Ibu adalah hujah Allah di muka bumi ke atas anak-anak.

Semoga rakan-rakan muslimin dan muslimat, seluruh pencinta Allah turut berdoa untuk kami sekeluarga di bulan yang penuh berkat ini.

Kami akan mengaminkannya setiap malam insya-Allah.

Semoga penjelasan ini memadai.

NIK ABDUH NIK ABDUL AZIZ ialah anggota parlimen Bachok, Kelantan.

Surat ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2018 12:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Pergi la ceramah kat Masjid negeri Pakatan Harapan.

Dah tiba masanya engko merantau seperti ummah Kelate yg lain
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:06 PM GMT+8 , Processed in 0.584630 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list