CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 10713|Reply: 75

Tak nak tapi Nak

  [Copy link]
Post time 18-5-2018 01:37 PM | Show all posts |Read mode
Salam semua forumers Cari. Selamat berpuasa.

Tak tahu nak mula daripada mana. Minta pendapat dan nasihat, forumers2 yang lebih arif dan makan garam di dalam kehidupan ini. Aku berkenalan dengan duda, anak 2. Sama umur dengan aku, 29 tahun. Berkenalan dengan dia tahun lepas.

Dia memang serius nak ajak aku kahwin. Sekarang, dia tengah kumpul duit sebab masa mula2 aku jumpa dia, dia memang kosong. Aku faham, rezeki setiap orang tak sama. Aku tolong dia cari kerja, aku bantu dia setakat mana yang aku mampu. Dalam tak sedar, aku dengan dia makin rapat. Tapi, dia ada kekurangan. Kekurangan yang paling aku benci. Dia cemburu buta. Kalau boleh, dia nak tahu aku pergi mana sentiasa, tengah buat apa, apa2 hal semua kena cari dia. Dia beritahu aku dia memang sentiasa syak wasangka, sebab perkahwinan dia gagal hanya kerana isteri dia curang.

Aku tak tahu nak percaya ke tidak, separuh daripada hati aku rasa susah nak percaya, sebab aku tengok gambar ex dia nampak baik aja. Tak mungkin ex dia boleh curang. Aku banyak kali nak chat dengan ex dia, tapi tak ada keberanian. Bulan 3, aku dengan dia gaduh. Aku block semua communications aku dengan dia. Aku beranikan diri chat dengan ex dia.

Ex dia beritahu aku, yang dia tu kaki pukul. Baran. Jenis malas nak kerja. Sebab tu ex dia minta cerai. Dua kali diaorang rujuk, dan bila ketiga laki ni ajak rujuk balik, ex dia dah tak nak sebab dah serik. Ex dia beritahu aku supaya jangan jadi bodoh, banyak lagi lelaki lain dalam dunia ini. Jangan hadap lelaki miskin, pemalas, jahat macam tu. Nafkah anak2 tak pernah nak bagi, tapi jumpa anak2 nak. Ex dia siap bagi bukti screenshot message yang lelaki ni ajak dia rujuk balik, sedangkan lelaki ni cakap dekat aku, yang dia dah serik. Dia dah serik nak teruskan hidup dengan ex dia, tapi last2? Aku rasa macam kena tipu. Kena tikam.

Aku tak pernah bercinta, aku tak tahu macam mana nak deal dengan frasa broken heart ni. Aku penat nak persoalkan kenapa aku yang dipertemukan dengan dia, sedangkan aku aman bahagia ja sebelum ni hidup sorang2. Aku memang tak pernah bercinta, jadi aku bodoh gila bab2 macam ini. Bila benda ni jadi kat aku, aku rasa macam...

Aku tak cerita dekat family sebab mungkin jauh dalam sudut hati aku, aku masih berharap dekat dia. Tapi aku penat nak tanggung benda ni sorang2. Aku block dia, unblock sesaat sebab nak tgk last seen dia. Aku baca msej2 lama dia. Aku kenang dia, fikir apa dia tengah buat. Aku rasa macam orang bodoh.

Bulan ni Ramadhan. Aku tahu sepatutnya lagi mudah aku lupakan dia sebab aku boleh pergi Terawih, aku boleh mengaji. Tapi, bila bangun tengah2 malam, benda pertama aku tgk, handphone aku. Iyea aku dah block dia apa semua, dan dia pun masih lagi mesej aku, tapi aku fikir...dah2lah. Aku dengan dia takkan ke mana2.

Sesiapa boleh bagi aku nasihat apa patut aku buat? Cara2 nak pulih dengan cepat? Aku penat menangis. Duduk2 saja, dengar lagu sedih menangis. Pathetic betul!













Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2018 01:52 PM | Show all posts
Edited by onexox97 at 18-5-2018 08:11 PM

owh saya pun takda pengalaman putus cinta

apa tt perlu buat jangan blok dia
jangan cuba benci dia
jangan cuba ingat pasal dia
tapi mengaji lah banyak banyak dalam bulan puasa ni
khatam quran dapat
pahala dapat
mana tahu jodoh pundapat

tapi kalau teruskan hubungan tt dapat bodoh la
ziana zain bercerai sbbb lakinyatak kerja dan baran
awk pulak nk memilih kawen dengan org baran dan tak keje

takapa tak kawen enjoy sajok

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2018 01:55 PM | Show all posts
at least awak ada keberanian nak cari tau dari bekas isteri..
dah macam tu, kenapa nak sedih..
patutnya awak bersyukur terselamat dari berkahwin dengan laki tak guna..
memang akan ambil masa untuk melupakan..
awak sendiri kena kuatkan hati..
stop stalk dia and delete je segala nombor msg lama-lama..
jangan sesekali rasa awak lemah tak dapat lupakan dia..
sebab bila awak rasa macam tu, sampai bila pun awak takkan dapat lepaskan dia..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2018 02:14 PM | Show all posts
onexox97 replied at 18-5-2018 01:52 PM
owh saya pun takda pengalaman putus cinta mmacam ni
tapi pengalaman berpisah selepas berkahwin lapa ...

uols dh cerai ke?
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2018 02:18 PM From the mobile phone | Show all posts
idakamaruddin replied at 18-5-2018 02:14 PM
uols dh cerai ke?

ye
sudah selesai
alhamdulillah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-5-2018 02:25 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 18-5-2018 01:55 PM
at least awak ada keberanian nak cari tau dari bekas isteri..
dah macam tu, kenapa nak sedih..
pat ...

Pretty,

Keberanian tu datang tiba2. Sebelum ni memang dah ada chat dengan ex dia, tapi just berani bagi salam. Saya fikir masa tu, proper ke nak tanya ex dia kenapa bercerai. Tak mengguris hati ex dia ke? Kali ini, bagi salam jugak, tapi ex dia terus cakap, kalau kau dengan mamat tu, kau ni memang bodoh. So, tak perlu nak kumpul keberanian sebab ex dia yang nak berterus-terang gitu.

Iyea, saya tahu akan ambil masa nak lupakan. Saya betul2 tengah cuba sekarang ini. Terima kasih atas nasihat yang diberikan.

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 18-5-2018 02:26 PM | Show all posts
onexox97 replied at 18-5-2018 01:52 PM
owh saya pun takda pengalaman putus cinta mmacam ni
tapi pengalaman berpisah selepas berkahwin lapa ...

One,

Terima kasih sebab sudi komen. Semoga semua urusan dipermudahkan oleh Allah selepas ini.
Terpaksa block One. Kalau tak block, entah siang malam pagi petang hp tu tak henti2 wasap masuk.
Saya tak benci dia. Saya cuma terkejut bila saya dapat tahu dia seorang kaki pukul, sebab dah banyak kali dia beritahu saya yang dia bukannya kaki pukul.
Tapi, bila dah jadi macam ini?

Iyea, saya fikir nak enjoy2 saja lepas ini. Sebelum kenal dia, saya boleh hidup, takkan lepas dah kenal untuk beberapa bulan ini, boleh mati kan?

Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2018 02:32 PM From the mobile phone | Show all posts
PlainJane90 replied at 18-5-2018 02:26 PM
One,

Terima kasih sebab sudi komen. Semoga semua urusan dipermudahkan oleh Allah selepas ini.

betul u
tanpa dia pun dh lama awk hidup
so dia tu cari mangsa baru je lah nak tanggung dia dan tempat dia jadikan punching bag
so buat ayat tangkap leleh sikit awk masuk perangkap dia

tak normal lh lelaki yg clingy mcm tu pagi petang siang malam tekan tepon main wasap
biasa org laki dia nk space dia ada gap antara masa ke masa utk wasap wasapan
lepas kawen lagi la xda reply wasap
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-5-2018 02:37 PM | Show all posts
onexox97 replied at 18-5-2018 02:32 PM
betul u
tanpa dia pun dh lama awk hidup
so dia tu cari mangsa baru je lah nak tanggung dia dan ...

Dia tak adalah jadikan saya punching bag lagi. Itu yang saya bersyukur sgt.
Ex dia siap tnya lagi, dah kena pukul ke belum?
Saya jawab dia tak pernah naik tangan dkt saya. Ex dia balas balik, hmmm baru lagi. Tunggu kalau dah lama sikit.

Kitaorang tak adalah wasap 24jam. Cuma bila waktu lunch, dah sampai rumah, dia suka kalau saya call dia.
Update beritahu.
Kalau malam pulak, sebelum tidur dalam pukul 9 dia akan call wish goodnight.
Cuma itulah.
Bila dapat tahu dia kaki pukul, menggeletar jugaklah kaki tangan ini.
Macam itu fikiran terus jadi blank, dada jadi sakit.
Ingatkan kena heart attack dah.
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2018 02:46 PM From the mobile phone | Show all posts
PlainJane90 replied at 18-5-2018 02:37 PM
Dia tak adalah jadikan saya punching bag lagi. Itu yang saya bersyukur sgt.
Ex dia siap tnya lagi ...

ye lah belum dapat lagi
kalau ziana zain tahu tahap baran laki dia dr belum kawen mesti dia pun xnak kawen
dah dapat dia buat awk kain buruk je
so lari cepat2 laju2
make things clear supaya dia tahu awk xnak dia dah

awk stres tu tu simptom stres dan depres
tak kawen lagi dah stres cemana lepas kawen dahla makan penumbuk hari2
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2018 03:02 PM | Show all posts
baran..kaki pukul..malas kerja.. dik TT, mohon jgn meningkatkan lagi kadar spesis bewak hidup ya..
fikirkan diri u dulu..fikirlah masak2.. klu akak, better akak hidup sorg dari ada pasangan mcm ni.. merana hidup nti.. klu baran tapi rajin kerja tu takpe lagi..org baran ni jgn buat benda2 yg jadikan dia marah jer..all the best utk u dik TT..



Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2018 03:03 PM | Show all posts
onexox97 replied at 18-5-2018 02:18 PM
ye
sudah selesai
alhamdulillah

laa..settled dah ke onex? amacam lega tak?
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2018 03:05 PM From the mobile phone | Show all posts
myakayina replied at 18-5-2018 03:03 PM
laa..settled dah ke onex? amacam lega tak?

alhamdulillah lega sangat2
berakhir dengan baik
takda drag2 dia bertanggungjawab la melepaskan saya dengan sekali lafaz saja
so xda sebab dh nk murung
i hidup je dengan empat ketuls anak i
insyaAllah rezeki dari Allah sy doakan dia bahagia juga
ini terbaik buat kami
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2018 03:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Skng ni org nk lesson learnt sume amik contoh zz..ape awk xterkesan ke dgn cite zz tu
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2018 03:13 PM From the mobile phone | Show all posts
TT, tu petunjuk Allah dah bagi. Kuatkan hati ya. Putus cinta memang sakit. Tapi kejap je. Tapi kalau dapat laki spesis gitu, sakitnya panjang. Bukan kita je sakit, anak2 nanti pun sama.

Dik, lelaki ni sebelum kawin memang kita nampak baik . Dah kawin ada juga yg istiqomah baik. Tapi tak kurang juga berlawanan Ngan sifat2 mahmudah sebelum kawin tu.

Just enjoy your life dik. Akk kawin muda. Umur 21 dah kawin. Takde masa nak enjoY2 sebab menggeletis nak kawin sangat kan...
Tp alhamdulillah la akk ngan suami jenis enjoy je walaupun dah tua2 Gini. So kesempatan yg ada gunakan utk menyelesakan diri sendiri...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2018 03:14 PM | Show all posts
Lecturer aku dulu penah cakap..a woman will get 3 rings in her life:

Engagement ring
Wedding ring
suffering

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2018 03:18 PM | Show all posts
Setiap kali teringat nak text si dia, cecepat ingat yg awak beruntung dah tahu pasal si dia before ada ikatan yg sah. Kalau macam zz tu susah sikit, sebab mak-mak ni selalu fikir kan anak-anak. Semoga awak jumpa yg lebih baik lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2018 03:20 PM | Show all posts
onexox97 replied at 18-5-2018 03:05 PM
alhamdulillah lega sangat2
berakhir dengan baik
takda drag2 dia bertanggungjawab la melepaskan  ...

Alhamdulillah, konah rasa terharu bila jumpa wanita macam onex ni yg tabah dan kuat demi anak-anak, macam mama konah. Semoga onex dan anak-anak sentiasa dibawah lindunganNya
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2018 03:26 PM | Show all posts
onexox97 replied at 18-5-2018 03:05 PM
alhamdulillah lega sangat2
berakhir dengan baik
takda drag2 dia bertanggungjawab la melepaskan  ...

in sya Allah..all the best for you onex.. semoga ada sinar bahagia for us..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-5-2018 03:38 PM | Show all posts
onexox97 replied at 18-5-2018 02:46 PM
ye lah belum dapat lagi
kalau ziana zain tahu tahap baran laki dia dr belum kawen mesti dia pun x ...

Betul tu One.
Orang cakap, masa belum dapat semua pulun, lepas dah dapat...
Saya lari selaju yang saya boleh. Terima kasih ya atas nasihat ni.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 11:20 AM GMT+8 , Processed in 0.076702 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list