CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234
Return to list New
Author: PlainJane90

Tak nak tapi Nak

  [Copy link]
 Author| Post time 29-7-2020 10:14 AM | Show all posts
MissyMolly replied at 29-7-2020 10:08 AM
Iols rasa parents u pentingkan u je ni.depa tgk laki u lyn u mcm tu yg depa kata sebaiknya berpisa ...

Ya rasa sedih sgt sekarang. Tak tahu kenapa. Walaupun saya tahu perangai buruk dia, tapi saya tetap rasa sedih bila mak abah suruh berpisah.
Rasanya suami saya pun dah dapat hint, sebab dia dah banyak kali tanya mak abah dah benci dia ke? Awak nak tinggalkan abg ke? Abg minta maaf..Abg tak boleh nak kawal baran abg.
Sekarang pagi-pagi sebelum nak ke tempat kerja, mesti dia akan peluk dan cakap..bila abg balik kerja nnti, awk ada dekat rumah kan? Kita jumpa lagi kan petang ni?
Kenapalah saya pilih jalan hidup macam ini? Kalau dulu saya kuatkan hati tinggalkan dia, mesti saya dah bahagia sekarang.
Single tapi bahagia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2020 10:16 AM | Show all posts
mula mula baca update tt ingat kan tt dah bertemu dengan kebahagiaan tt.. saya tumpang simpati dengan nasib tt..

saya yakin tt dan keluarga dah buat yang terbaik untuk membantu suami.. yang ralat bila membaca ialah kenapa suami sanggup mengamuk dan campak campak barang di depan ibu bapa tt.. bagi saya, suami tidak respect pada ibu bapa tt..

ibu bapa tt pun dah tengok bertahun perangai suami tt yang tidak boleh berubah.. saya harap tt pun nampak.. faham tt sayangkan suami tapi semua nya ada limit..

semoga tt membuat keputusan yang bijak..jangan ikutkan sangat rasa sayang sehingga tak nampak apa yang mungkin terjadi di masa depan..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-7-2020 10:23 AM | Show all posts
ramaramu replied at 29-7-2020 10:16 AM
mula mula baca update tt ingat kan tt dah bertemu dengan kebahagiaan tt.. saya tumpang simpati denga ...

Terima kasih...Saya pun sangka saya dah dapat kebahagiaan selepas saya berkahwin dengan dia, tapi saya silap.
Bahagia dan deritanya sama banyak.
Dia memang dah banyak kali mengamuk depan mak abah saya..kalau kami bergaduh, memang mak abah yang menjadi saksi.
Handphonenya memang banyak kali dia lempar depan mak abah, sebab itulah bila dia buat lagi perangai yang sama selepas kahwin, mak abah jadi tawar hati.
Mak abah cakap, masa bertunang dulu mungkin dugaan bertunang..diberi peluang sebab janji nak berubah, tapi rupanya tetap sama.
Habis barang-barang rumah sewa kami diselerakkan, sedangkan barang-barang tu semua mak abah yang belikan.
Sejujurnya, abah saya memang kecewa, sebab itu abah cakap..tuntutlah fasakh akak. Tak akan bahagia akak dengan suami yang macam ini.
Sekarang, barang-barang jadi mangsa, esok lusa akak pula yang terkorban.
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2020 10:34 AM | Show all posts
drama laki u ni akan ending dgn kecederaan jugak..terbaling barang kat tt takpa lagi..dah ttu tt yg nak sgt.
tapi kalau terbaling kat mak ayah..berdarah ,nyesal tak sudah
tahh laa tt i tak reti nak taip elok2.

tapi kann
i slalu jumpa org perempuan bercerai masih ada mak ayah..satu kebetulan.
macam i dah takde abah 8thn dah
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2020 10:34 AM | Show all posts
PlainJane90 replied at 29-7-2020 10:23 AM
Terima kasih...Saya pun sangka saya dah dapat kebahagiaan selepas saya berkahwin dengan dia, tapi  ...

saya setuju dengan cakap ayah tt.. tengok kes kat luar tu banyak korban rumah tangga gara gara suami yang panas baran..
kalau betul suami sayangkan tt.. dia pasti cuba untuk berubah..tapi kalau dah bertahun masih sama juga tt sendiri pun boleh menilai..

mungkin orang luar akan cakap senang je suruh cerai.. tapi pengalaman saya sendiri juga terlalu sayangkan bekas suami tapi nekad bercerai sebab dia tak mungkin berubah. mula mula memang perit rasa nak mati, dunia gelap tak nampak masa depan..

tapi tuhan tu adil. tak selamanya tt akan merana.. kena nekad kalau tt dah buat keputusan.. jangan berbolak balik nanti tak jadi apa..
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2020 10:36 AM | Show all posts
Meiizu replied at 29-7-2020 10:34 AM
drama laki u ni akan ending dgn kecederaan jugak..terbaling barang kat tt takpa lagi..dah ttu tt yg  ...

boleh tak tetibe teringat lelaki dari singapore yang bunuh isteri sebab baran isteri tak nak ikut balik kampung ke apa tu?sekarang orang ni pelik pelik..

untung masih ada mak ayah untuk jadi tulang belakang.. suami boleh cari lain mak ayah tak ada gantinya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-7-2020 10:41 AM | Show all posts
PlainJane90 replied at 29-7-2020 09:52 AM
Tak pernah pukul..dia cuma pukul diri dia sendiri dan rosakkan barang-barang aje.
Kalau dia rasa  ...

tergelak aku
dh knp la laki sis ni
seksa diri sebegitu
penat2 dok hempas brg segala
sorry ye mcm mental pon ada..
tp org baran ni mmg ada problem dalaman..selalunya sbb stress dlm hidup
kita tak tau history famili dia mcm mana...biasanya ikot perangai ayah mgkn baran jgk
klu sis dah x bole tahan lagi buat la keputusan yg sebaiknya utk diri sendiri
jgn fikir org lain
parents pon dah bg nasihat supaya cerai
ada jodoh yg lebih baik utk sis

p/s: bertindak skg sebelum kena pukul

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-7-2020 11:05 AM | Show all posts
fifie_olin replied at 29-7-2020 10:41 AM
tergelak aku
dh knp la laki sis ni
seksa diri sebegitu

Kadang-kadang memang rasa nak tergelak.
Lepas dia hancurkan handphone dia, dia selerakkan barang-barang dalam rumah, dia akan ambik penyapu penyodok dan dia akan kemas balik.
Tak pernahlah saya disuruh kemas semua yang dia sepahkan.
Memang betul..dia ada masalah dalaman. Masa kecik dia tak pernah dapat kasih sayang family. Ayah dia pun baran macam dia juga.
Selepas dia berkahwin kali pertama, dia ada masalah perkahwinan. Family ex dia tak suka dia sebab dia tak ada duit. Ex dia buat macam-macam perangai selepas mereka berkahwin.
Emak dia ada bercerita sikit pasal ex dia. Itu pun sebab terlepas cakap.
Entahlah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-7-2020 11:07 AM | Show all posts
ramaramu replied at 29-7-2020 10:36 AM
boleh tak tetibe teringat lelaki dari singapore yang bunuh isteri sebab baran isteri tak nak ikut  ...

Itulah apa yang mak saya cakap.
Suami boleh cari lain, tapi mak abah tetap kekal satu.
Sebab ini first love saya, jadi mak abah tunaikan hajat saya..kahwinlah dengan lelaki ini, semoga bahagia. Tapi emak abah saya silap..
Jadi, sebelum ada anak, baiklah berpisah.
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2020 11:08 AM | Show all posts
PlainJane90 replied at 29-7-2020 11:05 AM
Kadang-kadang memang rasa nak tergelak.
Lepas dia hancurkan handphone dia, dia selerakkan barang- ...

suami tt duda??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-7-2020 11:09 AM | Show all posts

Ya dia duda anak seorang.
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2020 11:22 AM | Show all posts

second marriage still macam ni
hmmm he will never change sister!
please la cepat selesaikan masalah you.. now musim pkp nak pegi court kena buat appointment dulu tak boleh walk in
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2020 11:33 AM From the mobile phone | Show all posts
PlainJane90 replied at 29-7-2020 10:14 AM
Ya rasa sedih sgt sekarang. Tak tahu kenapa. Walaupun saya tahu perangai buruk dia, tapi saya teta ...

Sedey nye baca.so tt update cini nk tanya ke nk bgtau?kalau nk bgtau sbg pengajaran sgtlah mbantu.kalau nk tanya rasanya ni kali kedua geng sini suruh cabut..bila mrh tu yg masalah.time tk mrh mmg ok..lari tt lariii..ada tulis kata nk fasakh kan..
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2020 11:52 AM | Show all posts
PlainJane90 replied at 28-7-2020 04:44 PM
Salam semua...
Dah dua tahun rasanya tak berkunjung ke board ini. Dan, hari ini tiba-tiba tergerak  ...

u know TT,

hubby yg anda  baran or problem yg kita panggil impulse control disorders ni - depa ni kena pi therapy sebenarnya - ada mental health issues.

tulah kan - kalau boleh bab bab resipi kebahagiaan tu - ada ditulis dalam kitab - the alchemy of happiness...

manusia ni pelbagai tapi sumber kejdian dari juzuk yg sama - elemn spiritual yg kita kena fokus untuk mencari sense of serenity, calmness and you know - content , sense of content - ia bersifat kejiwaan - so element yg kena isi ialah yg sepadan ...so ia back to Allah balik untuk cari kebahagiaan..
balik dalam menanggapi - sifat sfat ' biasa' ni balik
macam sabar , tawakkal, zuhd, redha, raja' , khawf etc

benda benda ni


so for me search for spiritual development - tenangkan jiwa and then set your goals..kali ni - it is you , on you, in person. bukan mak ayah suruh itu  ini, ask Allah ...sebab at the end of the day , kita kena jaga diri dulu then bila ada wajaran tertentu bari tanya pandangan parents  atau ask theor restu

tapi it is all on you lah TT...ada banyak yg dapat you nampak in this big, whole classroom of life ...


jgn putus asa dalam hidup sebab ablasa  - itu iblis putus asa itu iblis - right now...focus on you and your quest for happiness, dengan ilmu, take your time, relax lah yg MENGUASAI masa itu ALLAH SWT juga.

hmm..i wish you well.

Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2020 11:55 AM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 29-7-2020 11:58 AM

i simpati dengan hamba ALLAH yg facingthe music ni. manusia akan bagi macam macam input tapi yg  tanggung -  from the OUTSET looking in - kitalah pihak yg membaca sekadar membaca tapi empunya diri yg facing

sebba tu hal hal affairs of heart ni - lebih baik consult ALLAH.jaga diri - part of amanah juga.
jaga maqasid - jiwa, mental , harga

yang ini dulu

you do what is best ya TT.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-7-2020 12:04 PM | Show all posts
mbhcsf replied at 29-7-2020 11:52 AM
u know TT,

hubby yg anda  baran or problem yg kita panggil impulse control disorders ni - depa  ...

Terima kasih atas pandangan,
Sejujurnya, saya sendiri tak tahu apa yang saya rasa. Saya pernah meluahkan di board ini 2 tahun lepas, samada saya patut berkahwin dengan dia ataupun tidak, sebab saya rasa macam dia tak sayang saya dan hanya gunakan saya sebagai rebound sahaja.
Saya istikarah, tapi saya tak dapat apa-apa jawapan. Saya ingat lagi, dalam doa saya, kalau betul dia jodoh saya, maka dekatkanlah kami, sebab saya dah ambik keputusan, untuk lari daripada dia. Saya tinggalkan kerja yang baru saya bina di KL, dan kembali ke kampung.
Tapi, dia mengejar. Tak putus asa mengejar, merayu pada mak abah saya dan mengaku semua kesilapan dia.
Dia cakap, dia perlukan saya untuk bantu dia, sebab dia memang seorang yang tak boleh nak bangun seorang diri.
Keluarga dia tak membantu dia..dia tak ada simpanan, kawan-kawan hanya pada masa senang.
Dia tak malu mengaku yang dia tak ada duit, yang dia memang sehelai sepinggang. Dia berjalan dari kampung dia cari besi buruk untuk sampai ke KL, dan bila dah sampai ke KL, barulah emak saya bagi sikit duit untuk dia sampai ke kampung.
Dan dia mulakan hidup baru di kampung, kumpul duit untuk halalkan saya, dan sekarang kami dah sah jadi suami isteri.
Tapi perangai baran dia tetap tak berubah. Itu yang buat saya rasa sedih..yang buat saya terfikir samada saya akan bahagia atau tidak dengan dia.
Kalau dia tak baran, dia memang seorang lelaki dan suami yang baik. Tidak kekok untuk membantu, tolong emak abah saya di kampung, kerja-kerja rumah dia buat, tolong saya memasak, kemas rumah...Semua gaji dia akan berikan pada saya, dan saya yang akan agih-agihkan apa yang wajib.

Tapi..keburukan dia buat saya takut. Rasa macam saya memang takkan bahagia.
Rasa macam saya dah melakukan satu kesilapan sebab memilih juga untuk berkahwin dengan dia.
And, the worst part is..saya tahu semua keburukan dia, tapi hati ini tetap juga nakkan dia bila saya kenang balik semua kebaikan dia.
Bodohnya saya sebagai manusia. Bodohnya saya sebab menyusahkan emak abah.
Lepas solat jemaah, bila saya dengar doa-doa dia, saya rasa sedih. Dia doa semoga baran dia hilang..semoga dia boleh bahagiakan saya..tp kenapa bila baran dia datang, dia macam raksasa?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2020 05:15 PM From the mobile phone | Show all posts
TT dah pergi jumpa doktor psychiatric tak? Maybe boleh bawa suami jumpa psychistric utk bincang benda ni dan rawat panas baran suami tu.

Jumpa doktor psychiatric tak bermakna kita gila, yg tu tt kena ingat.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 02:26 PM GMT+8 , Processed in 1.280068 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list