View: 6835|Reply: 84
|
[Tempatan]
Edisi Bocor: Rosmah harap tiada butiran siasatan terbocor
[Copy link]
|
|
Tabah saja lah Rosmah, apa nak buat nasi dah jadi bubur
Rosmah harap tiada butiran siasatan terbocor
Datin Seri Rosmah Mansor menggesa pihak berkuasa tidak membocorkan butiran yang diperolehi semasa siasatan dijalankan sehingga terdedah begitu pantas di media sosial.
"Ini, terutamanya, butiran mengenai barangan yang didakwa dirampas," kata Rosmah melalui kenyataan dikeluarkan bagi pihak beliau oleh firma guaman Valen, Oh & Partners kepada Malaysiakini hari ini.
Kata isteri Datuk Seri Najib Razak itu, keadaan tersebut berlaku ketika mereka berdepan dengan dugaan dan terus memberikan kerjasama kepada pihak yang berkenaan.
Menurut Rosmah, beliau dan keluarganya akan terus membantu siasatan pihak berkuasa.
Bagaimanapun katanya kebocoran butiran tersebut menyebabkan "keributan media" yang dilihat "disasarkan" kepada keluarga mereka bagi tujuan mencetuskan kemarahan orang ramai.
"Menjadi harapan kami supaya pihak berkuasa boleh memastikan kedaulatan undang-undang dipelihara dan dalam proses itu, mengelak berlakunya perbicaraan awam pramatang.
"Agensi penguat kuasa tidak sepatutnya menyalurkan bahan untuk persendaan media sosial, sebaliknya mematuhi dan menegakkan profesionalisme ketat pada setiap masa," kata Rosmah.
Polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman berada di rumah Rosmah dan Najib di Jalan Langgak Golf, Kuala Lumpur sejak kira-kira jam 10 malam Rabu lalu.
Sejak itu sejumlah barangan dirampas. Selain dari rumah berkenaan pihak berkuasa turut merampas pelbagai barang dari tiga unit kondominium di Pavilion Residence yang terletak di kawasan segi tiga emas Kuala Lumpur.
Semalam pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menyampaikan notis kepada Najib supaya beliau hadir memberi keterangan pada Selasa ini.
Memetik sumber, Malaysiakini melaporkan perintah itu dibuat mengikut Seksyen 30 Akta SPRM 2009.
Kata sumber, keterangan Najib diperlukan bagi membolehkan SPRM meneruskan siasatan berhubung skandal anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd.
https://www.malaysiakini.com/news/425762 |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan polis klu buat rampasan apa2 mmg biasanya bagitahu butiran rampasan kan, nape pulak dlm kes kakmah kena ada keistimewaan. Cashhh! |
|
|
|
|
|
|
|
Jgn risau kak mah, polis blm hbs kira dan rekod lagi... Nanti dh selesai polis sundiri yg bt pc bgtau details apa yg dirampas |
|
|
|
|
|
|
|
knapa rosmah kuar kenyataan?
bukan najib
ex pm kita ni rosmah ka? |
|
|
|
|
|
|
|
Hahah itu lah pasal. Dalam situasi macam nie pun masih sempat nak up kan diri dia tu
|
|
|
|
|
|
|
|
Rosmah ingat dia siapa skrg ni kes jenayah corruption
Now you are just rakyat marhaen
takkan nak bagi special privileges and vip treatment
dahlah majan duit haram duit rakyat ada hati pulak
nak bagi statement pada polis pennguatkuasa
Undang dan media
Go and fly kite la bik mama |
|
|
|
|
|
|
|
Ayat peguam tu...bukan ayat bikmama |
|
|
|
|
|
|
|
Tak sabar nak tau kes ni... |
|
|
|
|
|
|
|
ekod79 replied at 19-5-2018 04:07 PM
Ayat peguam tu...bukan ayat bikmama
Tapi atas arahan beliau... |
|
|
|
|
|
|
|
Bnyk cikadak pulak kak mah ni |
|
|
|
|
|
|
|
batmana replied at 19-5-2018 03:57 PM
knapa rosmah kuar kenyataan?
bukan najib
Harusla kak mah yg buat stat sebb brg dia yg byk dirampas.. Huhu. |
|
|
|
|
|
|
|
Ha tgk kak mah da marah. Haa finally kak mah bersuara jgk. Tp apepon siasatan perlu diteruskan jgk ye kak mah. Akhir kate bersabar lahh nek mah |
|
|
|
|
|
|
|
Kak mah ingat dia masih first lady ke nak bagi arahan kat polis? Hahahhaaha |
|
|
|
|
|
|
|
batmana replied at 19-5-2018 03:57 PM
knapa rosmah kuar kenyataan?
bukan najib
kan..najib diam je |
|
|
|
|
|
|
|
Alahai cik mah.. mestila kene announce.nanti karg org bgtau polis x buat kije. Atau polis saje2 je nk buat helah. Kenalh telus gotu |
|
|
|
|
|
|
|
Harusler siasat seperti marhaen yg lain
Kena telus
Lagi2 melibatkan biliyunan myr yg berkemungkinan duit rakyat |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by famri7 at 19-5-2018 11:42 AM
Boleh pula heshe ckp..slow down la bongkarkan jenayah saya...mcm heshe innosen jah..masa ko bid pink birkin 800k (allegedly) tu otak letak hujung hidung witch kau ke bik? |
|
|
|
|
|
|
|
Bertimpa2 cash turun kat kau org. Harap di bulan remdan nan molia inneh, acik ros dan atok jib bertabah! Semoga peroleh keberkatan |
|
|
|
|
|
|
| |
|