CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10211|Reply: 92

[Tempatan] Pengarah Jabatan siasatan jenayah komersil BA minta bukti dari Najib anggota pol

  [Copy link]
Post time 20-5-2018 05:28 AM | Show all posts |Read mode




KUALA LUMPUR: Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh meminta bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengemukakan bukti selain mengenalpasti anggota polis yang didakwa memakan coklat dan meminta makanan disediakan ketika pemeriksaan di kediamannya pada 16 dan 17 Mei lalu.

Amar Singh berkata, pihaknya tidak akan bertoleransi dengan kelakuan tidak profesional anggota yang terbabit.

"Tindakan tegas akan diambil ke atas anggota yang terbabit melanggar prosedur dan arahan yang sudah diberikan sekiranya dakwaan berkenaan didapati benar.

"Merujuk kepada dakwaan penularan gambar ketika pemeriksaan di media sosial, tiada pegawai dan anggota yang dibenarkan untuk membawa telefon bimbit kecuali komander dan timbalan komander lapangan.

"Gambar dan video di lokasi hanya dirakam oleh jurugambar rasmi polis, sekiranya pihak berkenaan dapat tampil dengan bukti gambar yang tular, siasatan akan dijalankan bagi mengesan punca penyebaran gambar berkenaan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Amar Singh berkata pihaknya menjalankan serbuan di enam buah premis bagi membantu siasatan berkaitan kes 1MDB.

Katanya, enam pegawai polis kanan dilantik sebagai komander lapangan untuk menyelia keseluruhan operasi.

"Mereka juga diberi tanggungjawab untuk memastikan anggota di bawah seliaan mereka bertindak secara profesional dan menghormati penghuni kediaman iaitu bekas Perdana Menteri dan ahli keluarganya," katanya.

Sebelum ini, peguam kepada Najib, Datuk Harpal Singh Grewal menerusi kenyataan mendakwa ada anggota polis yang mengambil coklat daripada peti sejuk selain meminta makanan disediakan kepada mereka ketika pemeriksaan dijalankan.

Isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor melalui firma guaman Valen, Oh And Partners mendakwa ada butiran ketika operasi yang tersebar di media sosial.


https://www.bharian.com.my/berita/ke...lat-amar-singh

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2018 05:31 AM From the mobile phone | Show all posts
jibun pun dah  mula nak buat fake news kah?/
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2018 05:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Tau pula marah bila reta sendiri kena rembat walo seketul coklat pun...
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2018 05:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Ntah2 dlm coklat ada gold bar, tu polis kasi test mkn
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2018 05:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Amboi kemain marah org amik coklat die.
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2018 05:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Coklat apa tu?
Godiva ke patchi yg bising sgt tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-5-2018 05:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Aduh.. sy rase sesapa yg rase kesian kat najib dah boleh mule buat tabung kilat utk die sbb kalu coklat tu dimakan oleh org pun die dh bising maknenye die perlu kene beli yg lain.
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2018 05:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian pulak aku tengok polis tu. Memalukan aje. Najib pon tak yah ler berkira sangat. Seutas jam tangan je bole bayar polis tu makan setahun. Sedekah je la siket. Masa bn di atas, bukan main lagi sogok makanan, hiburan dan duit dekat rakyat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2018 05:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Kimak masa sedut duit rakyat kitorang senyap jah..
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2018 05:53 AM From the mobile phone | Show all posts
hzln replied at 20-5-2018 05:33 AM
Tau pula marah bila reta sendiri kena rembat walo seketul coklat pun...

Haha.......bery2 deep mek. ..
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2018 05:53 AM From the mobile phone | Show all posts
padan dah pegawai polis tu
kena tindakan tatartib dah la nanti
tak memasal je
buat tak pikir
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2018 05:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Semua orang marah bila.harta dirembat
Jadi..najib..sila pikir sendiri.kenapa.bn bleh jatuh masa pru neh..
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2018 06:10 AM From the mobile phone | Show all posts
ekod79 replied at 20-5-2018 05:35 AM
Ntah2 dlm coklat ada gold bar, tu polis kasi test mkn

        
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2018 06:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Tau pun hang marah jib bila org lain ambil makanan kat rumah hang, samala mcm hang merompak duit kami masuk dalam poket hang tu bagi anak bini makan. blurghhhhhhh

aku syak coklat tu coklat fav najib, susah nak beli kat msia nie takde jual
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2018 07:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Haahahahahahahaha. Musti coklat mahal
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2018 07:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Tertengok satu video yang polis ni yg jawab kt reporter “bila ia tamat bila ia dah tamat”...,

Hihihi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2018 07:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Polis pun satu jal
Respek la org tak kira sapa pun
Buat je tugasan anda
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2018 07:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Sure Rossy yg x puas hati coklat kena rembat ni...
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2018 07:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Klau betoi polis mkn coklat


Tak wajar la..
Lain kali bw chewing gum. Polis..sedia,berkhidmat...demi negara yang tercinta...
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2018 08:05 AM From the mobile phone | Show all posts
kedekut taek idong masin betul bani bugis ni. coklat pon berkira. kira sedekah je lah kat mereka. kan di bulan remdan yg mulia ni kita digalakkan bersedekah dan ganjaran pahalanya lebih besar dari bulan lain. ntah ntah coklat & food tu semua dibeli dari sumber melanun duit rakyat  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 05:26 PM GMT+8 , Processed in 0.079300 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list