CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 37741|Reply: 74

[DRAMA MELAYU] ISTERI UNTUK DIIKTIRAF [slot Widuri TV1: Redza Rosli, Elvina Mohamad, Janna Nick

  [Copy link]
Post time 20-5-2018 04:25 PM | Show all posts |Read mode
Isteri Untuk Diiktiraf
slot Widuri TV1
Isnin hingga Ahad, 7pm




Saksikan bersiri Isteri Untuk Diiktiraf adaptasi daripada novel karya Nurfaza Alisya. Dibintangi oleh Redza Rosli, Elvina Mohamad, Janna Nick, Dayana Roza, Sheila Rusly dan ramai lagi. Diterbitkan oleh JS Pictures Sdn Bhd dibawah arahan Azman Yahya. Akan disiarkan setiap hari sepanjang Ramadan, mulai 16 Mei ini, pukul 7 malam di TV1. Bagi yang ketinggalan boleh menonton menerusi portal myklik.rtm.gov.my atau melalui aplikasi RTM Mobile.

JUDUL : ISTERI UNTUK DIIKTIRAF
JUMLAH EPISOD : 30 episod
TARIKH TAYANGAN : 16 Mei 2018
WAKTU SIARAN : Isnin-Ahad, 7 malam
SIARAN TV :  Slot Widuri TV1 (RTM)
PENULIS NOVEL : Nurfaza Alisya
PENULIS SKRIP : Rehal Nuharis
PENGARAH : Azman Yahya (Jinggo)
TERBITAN : JS Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Redza Rosli, Elvina Mohamad, Janna Nick, Dayana Roza, Sheila Rusly, Arash Mohd, Sweet Qismina, Shah Jaszle, Roslan Saleh, Ariff Aziz, Azar Azmi, Tengku Zara, Sharifah Shahora

WATAK PELAKON
Redza Rosli sebagai Tengku Wildan
Elvina Mohamad sebagai Safiyya
Janna Nick sebagai Ana Julia
Dayana Roza sebagai Tengku Bella Donna
Shah Jaszle sebagai Tengku Wafie
Azar Azmi sebagai Haryanti
Sweet Qismina sebagai Tengku Widya
Sheila Rusly sebagai Puan Sri Raja Mona
Arash Mohd sebagai Tan Sri Tengku Hairie
Sharifah Shahora sebagai Tengku Salmah
Tengku Zara sebagai Tengku Tania
Roslan Saleh sebagai Tok Aki
Ariff Aziz sebagai Rafiq

LAGU TEMA / OST
Tajuk : Kuasa Cinta
Penyanyi : Ezad Lazim
Lagu : Room None
Lirik : Iman Imran



SINOPSIS ISTERI UNTUK DIIKTIRAF
Mengisahkan Safiyya menjadi yatim piatu apabila ibu-bapanya terlibat dengan kemalangan jala raya. Semenjak itu dia dibesarkan oleh datuknya di kampung. Masa berlalu Safiyya telah menamatkan pelajarannya di universiti dan gigih mencari pekerjaan. Dengan bantuan kawannya Yati, Safiyya mendapat beberapa pekerjaan. Tetapi tidak bertahan kerana sering berhenti kerana gangguan di tempat kerja.

Kali terakhir Safiyya bekerja di hotel tapi pada hari pertama bekerja dia telah cuba diperkosa Tengku Wildan anak Tengku Hairie tuan punya hotel. Akibatnya Safiyya melarikan diri dan mengambil keputusan tinggal di kampung sahaja.

Tengku Hairie datang ke kampung dan menemui Datuk Safiyya atas urusan jual beli tanah. Terpesona dengan kejelitaan dan kebolehan Safiyya, Tan Sri Tengku Hairie mengatakan hasratnya untuk meminang Safiyya dan dikahwinkan dangan anaknya Tengku Wildan. Tengku Wildan masih menjalin hubungan dengan Ana Julia.

Isterinya Raja Mona dan Tengku Wildan menentang cadangan ini tetapi bapanya tetap dengan keputusannya. Safiyya juga menentang keras apabila diberitahu datuknya mengenai cadangan Tengku Hairie. Datuk Safiyya jatuh sakit dan dalam keadaan serba salah Safiyya menurut kemahuan datuknya untuk berkahwin.

Raja Mona berjanji Tengku Wildan tetap akan menjadi milik Bella walaupun telah berkahwin. Tengku Wildan pula hanya menganggap Bella teman dari kecil dan tidak berhasrat mengahwininya. Hari pertunangan tiba tetapi Safiyya masih meragui keputusannya terutama dia masih belum pernah berjumpa dengan bakal suaminya.

Dia terkejut apabila melihat bakal suaminya adalah lelaki yang pernah cuba mengambil kesempatan ke atas dirinya dahulu. Kerana tidak mahu menyusahkan datuknya Safiyya meminta majlis perkahwinannya di adakan secara kecil-kecilan sahaja. Dengan sekali lafaz Safiyya menjadi isteri Tengku Wildan.

Majlis perkahwinan Safiyya dan Tengku Wildan diadakan secara besar-besaran di kediaman Tengku Hairie. Walau bagaimanapun pada sebelah malam Tengku Wildan tidak melayan Safiyya seperti seorang isteri sebaliknya mengarahkannya tidur berasingan dan memberikan bermacam-macam peraturan untuk Safiyya. Atas permintaan Tengku Hairie mereka pergi berbulan madu tetapi Tengku Wildan melayan Safiyya hanya seperti orang gaji.

Bella menemui Raja Mona dan mengatakan hasratnya yang masih mahu menjadi isteri Tengku Wildan walaupun dia tahu Tengku Wildan telah berkahwin. Raja Mona memujuk Bella supaya bekerja dengan Tengku Wildan dengan harapan dapat mendampinginya dan akhirnya dapat memiliki Tengku Wildan.

Perkahwinan tanpa rela ini mengundang pelbagai masalah dan dugaan termasuklah daripada Raja Mona dan Bella yang sentiasa mahu menyingkirkan Safiyya daripada hidup Tengku Wildan.  Kegembiraan Safiyya dan Tengku Wildan hanya sementara apabila dalam perjalanan pulang dari kampung Tengku Wildan diberitahu video dia bersama Ana Julia di bilik resort menjadi viral.

Di rumah, Tengku Hairie menerima satu bungkusan berisi DVD dan kandungannya Video Tengku Wildan bersama Ana Julia. Kekecohan berlaku dalam keluarga Tengku Hairie. Safiyya sekali lagi meninggalkan rumah.

Ana Julia ke resort dan terserempak dengan Raja Mona dan Bella. Terbongkar rahsia apa yang sebenarnya berlaku antara Ana Julia dan Tengku Wildan di bilik resort dan bagaimana video diviralkan. Tengku Wafie datang menemui Safiyya dan menceritakan apa yang sebenarnya berlaku. Tengku Hairie meminta Safiyya hadir pada satu majlis meraikan kakitangan baru. Kehadiran Safiyya tidak disenangi Raja Mona dan Bella.

Penghinaan dan pertengkaran antara Raja Mona dan Tengku Wildan serta akibat air di campur dengan sesuatu mengakibatkan Safiyya pengsan. Tertekan dengan kejadian yang berlaku Safiyya kembali ke kampung. Tengku Wildan yang kesal dengan perbuatannya turut mencari Safiyya di kampung. Bella akhirnya melawan kehendak keluarganya untuk berkahwin dengan Tengku Wildan dan kembali menemui kekasih lamanya Jason.

Tengku Wildan cuba menyesuaikan diri dengan kehidupan di kampung dan dalam masa yang sama terus menerus memohon maaf kepada Safiyya dan menceritakan apa yang berlaku kepada Atuk dan meminta maaf darinya. Isteri Dato’ Sham kekasih lama Ana Julia dan tempat dia mendapatkan sumber kewangan menemui Ana. Akibat pertengkaran yang berlaku Ana disimbah dengan asid yang mencederakannya. Tengku Wildan pulang ke bandar tanpa ditemani Safiyya. Atas nasihat Atuk akhirnya Safiyya meminta Tengku Wildan mengambilnya semula dan kembali bersama. Raja Mona menyedari kesilapannya dan memohon maaf kepada Safiyya. Namun adakah permohonan maafnya diterima?

GAMBAR PELAKON

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2018 04:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Akhirnya ada thread ni. Syukur..
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2018 05:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Geng tengku saja dalam drama ni
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2018 06:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols bayangkan.raja mona ni cm.rosmah gitu..
Tapi jalan cite cliche kan..
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2018 06:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Jln cerita agak boring...huhu....n nape i tgk baju pelakon mcm buruk2 je...huhu...plg.tkleh bkah rambut kejong si janna....i lyn je cite ni smbil2 bersedia nak bukak puasa....hehe
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2018 07:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Blh la tgk drama ni .mcm2 lak cite nk tgk sambil menghabiskan masa. Tp kenapa suara saffiya mcm kartun lak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-5-2018 08:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Kejungnya rambut janna.
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2018 08:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku dah baca novel. Beli pun sbb ada El berlakon. Not bad la. Tp apsal la lakonan redza tu nmpk terpaksa jek? Ntah la. Mcm ada tak kena jek.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2018 08:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Cerita ni under js pictures kan.
Tp mcm something wrong ngan gambar cerita ni? Ntah la. Adakah sbb tayang kat rtm?
Sbb klu tgk drama kat tv3/astro nmpk bezanya lak.
Ke sbb latar tmpt kurg menarik? Mmm.
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2018 09:53 AM From the mobile phone | Show all posts
hijau88 replied at 20-5-2018 08:07 PM
Cerita ni under js pictures kan.
Tp mcm something wrong ngan gambar cerita ni? Ntah la. Adakah sbb  ...

Kalau bukan sebab mekap, sebab tunjuk kat rtm kot...
Habis Elvina & JN jadi warna coklat.
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2018 10:13 AM From the mobile phone | Show all posts
ayorsuam replied at 21-5-2018 09:53 AM
Kalau bukan sebab mekap, sebab tunjuk kat rtm kot...
Habis Elvina & JN jadi warna coklat.

Haha. X cantik gmbr drama. Beza naw ngan drama kpms n cf yg tyg jam 7 jgk.
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2018 11:40 AM | Show all posts
tgk 1 epi hari tu sbb ada elvina.. tp boring la jln citer kawen paksa laki marah2 mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2018 04:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Layan jgk.. tp reza berlakon x best.. kontrol sbb AJ selalu dtg set kot..
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2018 09:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Suka tengok elvina dalam drama ni, comel je
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2018 09:09 AM | Show all posts
shah jaszle tu kawen dgn sape?
aku kdg tgk kadang bosan amat
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2018 02:34 AM From the mobile phone | Show all posts
janna nick klau berlakon watak mcm ni nmpak pelik la...mmg x mnjadi
ade ke perempuan gaya lagu tu.
nak kata mengada2 mcm x,over pun mcm x..argh..susah nk ckp acting dia mcamana
dulu dlm syurga nur pun nmpak fake
tp.kalu watak ala2 tomboy selamba mmg jadi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2018 08:35 AM | Show all posts
best cite ni .. rugi korang xtengok
janna nick ngan shiela rosly punya lakonan cam sama aje gaya nya ..
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2018 09:01 AM | Show all posts
hijau88 replied at 20-5-2018 08:03 PM
Aku dah baca novel. Beli pun sbb ada El berlakon. Not bad la. Tp apsal la lakonan redza tu nmpk terp ...

redza tu mcm kontrol kontrol ahah..x suka sbnr nya dia tu

Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2018 09:22 AM From the mobile phone | Show all posts
LiliSam replied at 25-5-2018 09:01 AM
redza tu mcm kontrol kontrol ahah..x suka sbnr nya dia tu

Ada yg ckp sbb ayda mat aris selalu la dtg set. Agaknya lakonan pun control.
Tp leh nmpk la kat ig, yg El lebih senang ngan pelakon2 lain bkn ngan redza. Ala, bkn suru rapat ngan hero tp leh nmpk la cerita lain El berlakon ok je ngan heronya even hero tu dah bergf.

Then, ada la gosip konon el n redza ‘rapat’ kononnya. Ada la nmpk komen el. Yg menunjukkan tak betul. N ada menunjukkan takde rapat mana pun el redza kat set. .
Bf el merangkap asben dia skrg ni pun relax2 n gelak komen psl gosip tu kat ig. Kuikuikui.
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2018 09:23 AM From the mobile phone | Show all posts
mongoose_kidz replied at 25-5-2018 02:34 AM
janna nick klau berlakon watak mcm ni nmpak pelik la...mmg x mnjadi
ade ke perempuan gaya lagu tu.
...

Lakonan janna dlm cerita ni mmg hauk sehauk hauknya.
Yg dlm syurga nur tu aku leh terima lgi.
Ada la aku ternmpk kat ig dia berlakon jadi ustazah ke apa tu... tgk pic je nmpk x sesuai.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:41 PM GMT+8 , Processed in 0.196622 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list