JAWATAN KOSONG! Jadi penulis freelance kami dan berpeluang menang hadiah wang tunai berjumlah RM300! Klik sini > CARI Warrior
Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis
Search
12
Return to list New
3654
View
42
Reply

Cerita Hantu - Hiking

[Copy link]

Author: espri6006       Show all posts   Read mode

Author
 Author| Post time 22-5-2018 01:12 PM | Show all posts
sranua replied at 22-5-2018 12:56 PM
Ade jugak yang tak berapa misteri macam jumpa bangkai gajah yang putus kaki sebab kena 'bobby trap'  ...

kalau dapat dengar dari abang2 askar atau renjer hutan, mesti pelbagai cerita misteri kan. Hari tu tengok kat astro atau TV3..lupa..kisah abang yang masuk hutan alone...stay kat tepi sungai pun alone...dia bagitau nampak pontianak duk kacau dia. Boleh pulak dia yang hati keras kejung pergi warning pontianak tu. Kisah tu lakonan semula tapi memang seram beb..
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2018 01:35 PM | Show all posts
sis nak share kisah hiking gak. hehehe benda ni terjadi pd sis thn ni jugak. sis takdela kuat sgt hiking pun, sis ni tergolong antara team belakang la jugak, tapi janji sampai gitu.

bg penggemar hiking mesti tau pasal gunung K2, Kenderung dan Kerunai.

so sis dan geng2 hiking sis ni, buat la trip nak naik K2. ok first day sampai kt grik, guide dah cakap awal-awal dah, tempat ni sblm ni ditutup, dan baru-baru ni je dibukak. so ms kami sampai kt tapak kem tu memang ramai org, penuh la kem tu. kami pun dpt khemah kt tempat yg kureng strategik.

first day, kami naik kerunai. ok mmg best. kombinasi team yg kelakar dan sekepala, dengan pemandangan die yg super cantik, walaupun panas nak mati oooiii smpikan kitorg nyesal jugak tak bwk air byk skit,  walaupun dengan byk puncak tipunye, tak terasa perjalanan mendaki setinggi 1000m. kami turun bawah alhamdulillah cantik je dlm senja gitu.

malam tu kami cadang nk tawan kenderung pulak, tpi kene naik pkl 3pg. konon nak tengok awan karpet. so sis and kawan sis dah siap2 dah ni nak naik, tetiba kawan sis sorg ni, habeh je baca doa, tetiba dia berubah pikiran. sbnrnye sis pun time ni dah rasa tak sedap hati, tp sis lawan perasaan tu sbb selama ni pun sis biasa je naik gunung pagi2 mcm ni.  

sblm korang betul-betul nak mendaki tu, korang kene lalu hutan dulu. sis tak tau kenapa, time ni, memang sis jadi penat giler. bernafas tercungap-cungap, sampai orang tanya sis ni ade asma ke? sis memang tertinggal jauh kat belakang la.  beberapa kali gak sis jadi mcm tu, padahal jalan dalam tak smpi 15 minit pun. minit ke 30, sis memang tak larat sungguh la. so guide tu, abg K, offer nak temankan sis balik. yang lain boleh pegi dulu. kebetulan jugak time tu, ada lagi satu team kt belakang kitorg. jd abg K pun mintakla team tu follow team kitorg tu.

so sis dan abg K pun, meredahla hutan tu pkl 4 pg wei kami berdua je. korang leh bayangkan la betapa gelapnye time tu. sekadar ada lampu headlamp kitorg je. and sis akui sis memang down habeh time tu, sebab tak penah pun sis jadi mcm ni.

tetiba sis tengah berjalan tu, abg K kat belakang. sis terasa macam ada benda bersayap terbang atas kepala sis. zuuuppp terus sis terjatuh membaringkan diri. abg K nampak sis jatuh, dia terus takbir dan azan dalam gelap-gelap tu. sis nangis-nangis dah. sis cakap, sis rasa mcm ada benda nak ragut sis dari atas. abg K dah panik, pujuk sis jangan nangis. and sis beranikan diri jugak nak berjalan, tu pun jalan tunduk bawah je. sambil berjalan tu kami baca ayat kursi dan segala jenis doa dan ayat suci la yang terlintas dalam kepala hotak sis masa tu.

masa sis jalan tunduk bawah tu, sis nampak macam ada simpang belah kanan. sebab tengok laluan tu mcm clear. kalau korg biasa trekking mesti tau laluan hutan camne kan? ha camtu la yg sis nampak.  sis nak ikut jalan tu sebenarnye, terus abg K tarik sis. yelah sbb td kitorg dtg jalan straight? celah mana plak ada jalan simpang ni.

sampai kat kem, adalah ahli group kitorg yg tak join, diorg terkejut sebab dengar ada suara orang berzikir dalam hutan tu. rupenye tu kitorg. sis mmg lega sangat dpt jumpe kem, td menangis ketakutan, ni sis menangis kegembiraan. hahaha

balik tu, mcm biasa la, share citer.  sorg minah yg share khemah ngan sis ni citer, malam tu dia mimpi, anak team hikers (dlm team kami mmg ada sorg couple ni bawak anak, umur 11 thn) kene kacau.  seb baik budak tu pun tak jadi nk ikut sebab kejut tak bangun. semua orang tny sis, sis nampak ape sebenarnye? sis tak nampak pun, tapi rasala macam ada benda terbang atas tu. yg abg K plak, dia taknak citer ape yg dia nampak.  dia tunjuk bulu roma die meremang je. sbb die kata kalau ingat balik die pun rasa seram.

ni jelah citer sis, apepun sorry kalau tak seram hahahhaha
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2018 01:40 PM | Show all posts
cbl... dah naik memang susah giler.... lagilah kite orang tido 2 mlm jadi ration bantak kena bawak , Alhamdulillah takde ape2 berlaku... tapi kat sana memang angker.
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2018 01:44 PM | Show all posts
ha td sis ade citer, yg ada team follow kitorg dr belakang kan?

team tu sebenarnye adalah team guide.

team sis yg stayback kt kem tu terdengar perbualan antara radio. rupenye team yg pegi dulu sblm kitorg ni, ada yg sangkut kt solar camp. solar camp ni mcm tempat berehat dulu la sblm nk mendaki naik ke puncak lg.

team yg pegi dulu tu plak, kitorg pggl team abang-abang sado. sbb ahlinye suma lelaki dan diorg ni mmg ahli kelab sendiri la. so kitorg pun agak heran plak camne leh sangkut kt solar camp tu.

ms turun tu pun kitorg sembang2 ngan team abg sado tu, pasai apa tak terus naik puncak. tp diorg taknak citer. tp dr riak muka diorg tu mcm....errrmmm... adelah tu something berlaku tp diorg taknak share kot
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 22-5-2018 01:46 PM | Show all posts
lyza2474 replied at 22-5-2018 01:40 PM
cbl... dah naik memang susah giler.... lagilah kite orang tido 2 mlm jadi ration bantak kena bawak , ...

payah sangat kan.....pakcik yang naik Gunung kinabalu pun memang terasa sangat tau. Dua kali naik CBL..memang terasa sangat.
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2018 09:50 AM | Show all posts
espri6006 replied at 22-5-2018 01:12 PM
kalau dapat dengar dari abang2 askar atau renjer hutan, mesti pelbagai cerita misteri kan. Hari tu ...

klu kat hutan biasanya langsuir kan..sbb pernah dengar kisah org cari madu kat hutan kena kacau dgn benda tu..dia terbang keliling atas pokok yg ada sarang lebah tu..sambil buat latihan vokal (mengilai)   lagi satu dlm hutan yg top hantu tinggi..org panggil puaka hutan..kdg kita lalu celah kangkang dia jer tapi tak sedar..
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2018 02:24 PM From the mobile phone | Show all posts
myakayina replied at 23-5-2018 09:50 AM
klu kat hutan biasanya langsuir kan..sbb pernah dengar kisah org cari madu kat hutan kena kacau dg ...

Best bace citer geng2 hiking ni kuar masuk utan segala.I tak minat sangat hiking gnung ganang sbb tahu sejenis kemampuan diri.Kalo kuar masuk belukar panjat bukit2 kecik nk ke jeram n air terjun segala tu sokmo la jugak sbb klo kuar masuk pulau or kmpung2 mesti join klu ade yg nk g ke air terjun terdekat.Tp I sokmo terbaca set2 pmpuan yg join hiking ni kena kacau segala I pelik dorang ni klo dh tahu badan tu lemah dh kenapa gigih nk join jgk ada hat period segala.Tak kan tak paham dlm utan tebal mmg keras,klo kita xkacau deme lak dtg kacau kita.Kang dh kena kacau tak ke awak tu myusahkan peserta lain no kena bawak beg berat lg.Tak boleh ke tunggu abih period tu.
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2018 09:17 AM | Show all posts
beautifulliar replied at 23-5-2018 02:24 PM
Best bace citer geng2 hiking ni kuar masuk utan segala.I tak minat sangat hiking gnung ganang sbb  ...

org pompuan klu badan 'tak bersih' mmg tak digalakkan join hiking..masuk hutan ni.. yg lemah semangat pun tak payah la join..zumba kat rumah jela..  klu mmg sejenis yg kuat workout dan stamina tinggi takpe la jgk kan.. last meols masuk ke hutan masa kat krabi..pegi ke emerald pool tu..jalan kaki nak masuk dlm tu..tu pun ala2 hampir semput jualah..tapi bila sampai tempat mandi tu puashati gitu..berendam.. tempat tu pun agak scary jualah klu hampir lewat ptg..licin pun licin..masa meols pegi tu ada budak jatuh tergelincir tapi nasib lah takde yg serius..
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 16-1-2019 08:58 AM | Show all posts
ada lagi satu cerita tapi tak berapa seram dan pernah juga korek2 kat GUIDE yang bawak kitaorg tu pernah ke ada cerita misteri atau pernah mengalami..dia kata tak pernah tapi ada satu je cerita yang di pernah bagitau..Diaorg mungkin pernah alami peristiwa seram mungkin malas nak bercerita takut nanti menakutkan hikers pulak.

Pernah terjadi masa 1st time mendaki CBL juga, dikala malam yang sejuk dan dingin. Hujan diluar khemah renyai seperti hendak berhenti. Tak pasti jam berapa tapi rasa nak kencing yang amat sangat. Macam2 ada dalam fikiran tapi memandangkan dekat atas Air terjun langsir ni ramai maybe dekat2 100 orang, jadi aku bangun je tu pun bertemankan Rizz, kawan satu khemah. Dengan gigihnya aku kejutkan rizz untuk temankan aku buang air kecik. Walaupun jumlah hikers dekat 100 org tapi memandangkan bentuk muka bumi air terjun langsir tu tak mengizikan kami berkhemah ramai2. ada yg berkhemah seberang sungai (sungai = air mengalir memisahkan daratan tapi tak luas pun ada dlm 3 meter je kot). ada yg berkhemah tepi air ..boleh kata bersepahlah khemah-khemah hikrs. Rizz setuju temankn aku buang air kecik dan masing2 memakai lampu suluh di kepala. Aku bangun di kesunyian malam, hanya deruan air terjun yang mengalir. Aku buang air tak jauh dr khemah tapi memandangkan kami semua dalam hutan, bca bismilah dan selawat banayk2 sebelum buang air, ye ler dalam hutan kot..jauh dari kampung ( mau berjalan 7-8 jam baru sampai) mana tau jadi apa2 kang payah nak balik semula.
Dengan mata yg melilau...rizz duduk belakang temankan aku sambil suluh sana sini. keliatan khemah hikers bertebaran disana sini ,,ada yg celah pokok dan sebagainya. Ketika nak siap buang air aku tanya rizz dia nak buang air ke tak?..dia macam jawab acuh tak acuh jer. Aku tanya lagi sekali ...dia jawab xnak. Kami pun bergegas masuk khemah semula dan terus tidur di balik kedingin malam.
Esok pagi Rizz bercerita yg malam tadi ketika aku buang air kencing..dia terlihat satu keklibat berbaju putih sedang duduk termanggu diatas batu....masa tu dah berdebar,,lau disuluh sekali lagi ditempat yang sama ,,makhluk tersebut sudah tiada. Rizz bersungguh-sungguh yang mengatakan memang dia nampak makhluk tu disitu. Maka cerita Rizz tersebar dengan cepat dikalangan geng2 hiker kami...lama juga cerita tu tergantung sepi didinding hiker. Bila kali kedua naik CBL lagi iaitu tahun 2018 baru cerita tu diceritakan balik dan confirm ia adalah GuIde kami yang berjaga malam. Dia memang segaja duduk atas batu. Dan apabila dia nampak kami berdua bangun utk buang air kecik,, dia sengaja nak takutkan kami dengan cara tersebut. iaitu sembunyi dibalik batu selepas suluh kali ke dua. Maka terhurailah segala kekusutan selama ini....he he..sorry tak seram pun.
InsYa Allah kami akan naik CBL lagi utk kali ke 3 pada april 2019. Jom...
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2019 04:59 PM From the mobile phone | Show all posts
espri6006 replied at 16-1-2019 08:58 AM
ada lagi satu cerita tapi tak berapa seram dan pernah juga korek2 kat GUIDE yang bawak kitaorg tu pe ...

Guide/team gogo mmg salu taknak open table lah cite2 camni, kang open semua takut haha, dari takde hal jadi hal, cbl tak taula bila nak naik, malasnyerr lah nak bwk load, layan daypack je
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 11-2-2019 07:11 AM From the mobile phone | Show all posts
anarina replied at 5-2-2019 04:59 PM
Guide/team gogo mmg salu taknak open table lah cite2 camni, kang open semua takut haha, dari takde ...

Jom aj..tengah cari hiker lagi sorang ni nak cukup kan 12 org. Nak perfi 24-26 April ni.
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2019 10:00 AM From the mobile phone | Show all posts
gummygummy replied at 21-5-2018 03:41 PM
kisah tak hiking tapi gi air terjun kat rawang. apa ntah nama tempat air tu ada cing cing belakng di ...

Comowealth ke? Kn situ mmg perkampungan bunian org kate
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2019 11:36 AM | Show all posts
anarina replied at 5-2-2019 04:59 PM
Guide/team gogo mmg salu taknak open table lah cite2 camni, kang open semua takut haha, dari takde ...

geng... kalau tak keberatan, share tempat yg boleh day hiking jek..
x berapa la kalau nk camping2 or stay2 lama.. hahah
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2019 01:34 PM From the mobile phone | Show all posts
espri6006 replied at 11-2-2019 07:11 AM
Jom aj..tengah cari hiker lagi sorang ni nak cukup kan 12 org. Nak perfi 24-26 April ni.

Tak mampu kot cbl huaa kene train kuat2
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2019 01:36 PM From the mobile phone | Show all posts
taji2906 replied at 12-2-2019 11:36 AM
geng... kalau tak keberatan, share tempat yg boleh day hiking jek..
x berapa la kalau nk camping2 ...

Area mana beb?- bukit kutu, broga, angsi, datuk, gunung berembun/telapak buruk, bukit baginda, pine tree hill/twin peak, gap/gus, gunung semanggol, bukit bereseh, bukit batu putih eh bykkkkk u ada join fb hacam?
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2019 01:53 PM | Show all posts
aku kalo bab2 panjat bukit ni fail sikit..
time naik nak terberak la..nak terkencing la..
bila dah turun tak rasa pulak
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2019 02:41 PM | Show all posts
anarina replied at 12-2-2019 01:36 PM
Area mana beb?- bukit kutu, broga, angsi, datuk, gunung berembun/telapak buruk, bukit baginda, pin ...

baru berjinak2 hiking geng...
tq.. baru tau fb hacam..
jasa anda dihargai..

btw.. nk tambah citer sikit je la.. zaman muda2 study dulu. masa orientasi, kena ikut la g camping kat ulu bendul sana. aku igt2 lupa. tp tempat tu ada tapak khemah banyak la. yg bersimen tu. so malam 1st tu aku kena berjaga malam jg tapak. tempat ni mcm berbukit sikit. aku pny tempat kat belah hujung atas. belah bawah ada la org lain jaga n paling hujung bawah tu tmpt fasi lepak2, tmpt simpan makanan. tmpt tu terang letak byk lampu.

tempat tu agak terang sebab kat bawah tu lampu dia suluh byk gak. berbekalkan lampu suluh biasa aku dok round2 area khemah2 atas. geng lain tdo sudah. lupa nk cakap, tapak khemah tu ada pokok2 kurus tp tinggi. so tertutup la langit. pokok apa aku tak tau.. haha. dah malam, lepas dari pkl 12 tiba2 aku dgr bunyi mcm hujan timpa daun2 pokok. waa.. sudah, basah plak malam2 ni. hujan tu dgr dtg dari hujung atas bukit. tp lepas tu aku dgr dari hujung bawah plak.. aikk, pelik dah aku masa tu.. lg pelik sebab setitik air pun takde. aku pun suluh la ke atas, nampak daun2 pokok yg lebar tu je pun. org2 yg jg bawah n fasi elok mcm takde apa2 pun masa tu..

lepas tu tiba2 aku dengar mcm ada benda atau orang ke apa ke berlari.. bukan sorang dua berlari tapi mcm banyak.. kira ko dengar mcm stempede tu la lebih kurang... datang dari atas gak.. aku tgk la amende yg datang, kot dalam hutan ada babi ke rusa banyak2 tengah lari.. pastu bunyi tu beralih dari atas ke tepi kiri.. pastu kanan.. bawah.. macam dari setiap arah tp bukan serentak. jap atas, jap tepi, jap bawah.. aku takut la masa tu.. tgk orang lain2 rilek tak dengar apa2.. aku tanya kat org berjaga belah bawah.. aku jerit sikit.. dengar apa2 tak? tak salah budak cina.. dia jawab takda apa2 pun?

dah macam tu aku pun masuk khemah tdo je la.. hahaha.. fasi nak marah ke lantakkan.. dia pun dok tmpt makan dok ngeteh dgn biskut tak ajak aku.. tak la seram mana tapi lebih ke pelik. zaman muda masa tu.. ingat2 balik, berani aku suluh2 atas hujung semua. nasib tak nampak apa2.. cuma dengar je la.. hahah
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 13-2-2019 08:57 AM | Show all posts
taji2906 replied at 12-2-2019 02:41 PM
baru berjinak2 hiking geng...
tq.. baru tau fb hacam..
jasa anda dihargai..

ha ha..itu perkara biasa bila kita di tempat yang jarang atau tak pernah pergi...
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.040657s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list