CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8570|Reply: 94

[Tempatan] 3,000 Biji Akok Habis Dalam Masa 6 Jam

[Copy link]
Post time 20-5-2018 06:45 PM | Show all posts |Read mode
Edited by spiderman80 at 21-5-2018 10:12 PM

3,000 biji akok habis dalam masa 6 jam





PASIR MAS: Kuih 'Akok Risda' di Jalan Pasir Mas-Rantau Panjang antara yang menjadi tumpuan dan dinanti-nantikan orang ramai setiap kali Ramadan.

Kuih yang dikatakan paling popular di daerah ini menjadi pilihan kerana tidak dijual pada bulan lain, menyebabkan orang ramai sanggup beratur panjang untuk mendapatkannya.

Tidak hairanlah, setiap hari, akok yang diusahakan Nooraini Mat Junoh, 55, dan suaminya, Kamaruzaman Pa'adek, 61, mampu terjual lebih 3,000 biji dalam tempoh enam jam bermula jam 9 pagi.

Anaknya, Norlidawatie, 27, berkata keunikan akok dijual keluarganya adalah keenakan rasa hingga mempunyai pengikut tersendiri.

Katanya, seawal jam 9 pagi, orang ramai sudah boleh membeli kuih itu sehingga jam 3 petang.

"Kami bersyukur kerana pelanggan yang hadir bukan saja dari Pasir Mas dan Rantau Panjang, tetapi juga dari Pasir Puteh, Bachok dan Tanah Merah, semata-mata mahu merasai akok ini.

"Setiap hari juga ada peniaga dari Jerteh, Terengganu yang membeli di sini untuk dijual di tempat mereka," katanya ketika ditemui di kedainya, di sini, hari ini.

Anak kedua daripada empat beradik itu berkata, akok berkenaan dihasil mengikut resepi ibunya sejak 21 tahun lalu dan tidak diubah bagi mengekalkan rasa aslinya.

"Alhamdulillah strategi kita hanya menjual akok pada Ramadan menyebabkan orang ramai sentiasa menunggu untuk merasainya. Selain di Pasir Mas, kami juga mempunyai cawangan di Berek 12, Kota Bharu.

"Tahun lalu, akok kami naik pesawat untuk dijual di Lembah Klang. Selalunya permintaan tinggi di Lembah Klang pada pertengahan puasa dan kita menjangkakan masih ada permintaan dari Kuala Lumpur dan Selangor," katanya.

Selain akok, kedai berkenaan turut menjual 15 jenis lauk pauk termasuk ikan percik untuk juadah berbuka.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2018 06:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Yer akok ni mmg sdp...i suka..tk manis sgt n tk rasa telur sgt...
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2018 06:58 PM | Show all posts
antara product yang bakal diangkut oleh ECRL
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2018 06:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Lawo akak Norlida. Bila bercakap persis Emma Maembong siket.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-5-2018 07:07 PM | Show all posts
chazey replied at 20-5-2018 06:58 PM
Lawo akak Norlida. Bila bercakap persis Emma Maembong siket.

Mungkin angle camera nampak lawo. Bila tengok video bam-bam jugak..
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2018 07:12 PM From the mobile phone | Show all posts
kat negeri lobai boleh yer jual makanan di bulan remdan bermula seawal 9 pagi. kat negeri2 lain start pukul 4 ptg baru boleh jual makanan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-5-2018 07:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Walau akak org kelantan tp akak x suke akok risda ni. Terlebih manis dan terlebih lemak...mmg kalau selalu makan boleh kena kencing manis.tp mmg taste org kelantan la mcm tu.no wonder ramai giler org kelantan kena kencing manis...
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2018 08:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Awainya juai makanan?
Akok xkira la jenis apa pun aku hentam jygak..memg sedap..tp tempat aku susah nak jjmpak akok..kena p pekan besar2 sikit
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2018 08:18 PM From the mobile phone | Show all posts
monkaS replied at 20-5-2018 06:58 PM
antara product yang bakal diangkut oleh ECRL

Naik ecrl bpe jam nk tunggu sampai
Baik dia naik flight je..lg cepat..
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2018 08:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Berapa harga akok sekeping dia jual? Kt umah akak org jual 0.70 sen sekeping.

Bila tgk org jual kuih akok yg simple je bhn2 tu pun dah dkt singgit sekeping akak rasa lega skit sbb akak jual kuih cina tau sar piah harga RM1 seketul lgpun buat pastri lg susah dah la uli pkai tangan.
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2018 08:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by iloveselangor at 20-5-2018 08:24 PM

Kalau kat Lembah Klang kuih gini yang masaknya Indon yg tebar roti canai nya Bangla.

Majoriti orang Selangor pemalas nak mampos tahu nk untung atas angin je.

Lepas tu berangan nak REBUILD NATION!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2018 08:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Fapfapfap  
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2018 09:33 PM From the mobile phone | Show all posts
I sangup quit kerja i yang ohsem ni dan kawen dgn u tlg u masak akok tiap tahun, baby

I jatuh cinta tgk u pgang talam akok tu..terserlah naluri isteri ysng baik dan ibu yang penyayang pada anak2 kita nnt.
I nak anak 11 org ye isteriku

I love u Norlidawatie, 27.
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2018 10:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Mak aku dlu2 selalu beli akok ni..tp beberapa tahun kebelakangan ni sejak2 sakit dah tak gi membeli...bagi aku akok dia biasa2 je sebenarnya tp mak aku pon dok kata sedap...sedap...lain tekak lain penerimaan agaknya
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2018 10:04 PM | Show all posts
pearl.silver replied at 20-5-2018 08:18 PM
Naik ecrl bpe jam nk tunggu sampai
Baik dia naik flight je..lg cepat..

naik flight pressure tinggi takut meletup akok tu
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2018 10:07 PM | Show all posts
nanti perantau balik pagi amik nombor petang dapat akok hagaknya.
sekarang pon beratur punye la ramai.
kuasa viral.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2018 10:11 PM From the mobile phone | Show all posts
siputsedut replied at 20-5-2018 10:03 PM
Mak aku dlu2 selalu beli akok ni..tp beberapa tahun kebelakangan ni sejak2 sakit dah tak gi membeli. ...

I Dah beberapa tahun duk kelantan tak pernah lagi membeli akok RISDA ni..haha
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2018 10:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Bakal eksport ke pantai barat nih..huhu
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2018 10:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni bkan kuih bakar kemboja ke
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2018 11:05 PM From the mobile phone | Show all posts
rospinki replied at 20-5-2018 10:34 PM
Ni bkan kuih bakar kemboja ke

Kan? Kuih bakar ni. Akok tu bukan ke yg sekeping-sekeping bulat-bulat warna coklat gelap kedut-kedut tu?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 03:06 AM GMT+8 , Processed in 0.245098 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list