CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4723|Reply: 40

[Tempatan] 'Sate Kong' tarikan Ramadan di Sarikei

  [Copy link]
Post time 20-5-2018 07:03 PM | Show all posts |Read mode



YUSUF menunjukkan sate kong yang dijualnya di Taman Susur Jambu, Sarikei. - Foto Khalid Latif

SARIKEI: Bermula dengan niat mengisi masa terluang dan menambah pendapatan keluarga, Abang Yusuf Abang Wasli, 63, tidak menyangka 'Sate Kong' yang dijual di hadapan rumahnya di Taman Susur Jambu di sini, mendapat sambutan luar biasa.

Berkat usaha pesara kerajaan ini memperkenalkan kelainan pada sate itu, beliau kini boleh berbangga apabila perniagaannya laris dan mendapat permintaan tinggi dalam kalangan penduduk setempat, terutama setiap kali ketibaan Ramadan.

Abang Yusuf berkata, beliau mula berniaga sejak setahun lalu, namun idea menghasilkan sate berkenaan timbul selepas membeli kopi diletakkan dalam tin kecil atau dikenali sebagai 'kong' dalam kalangan penduduk setempat ketika bercuti bersama keluarga di Kuching.

"Sekembalinya ke Sarikei, saya mencuba kelainan dengan meletakkan sate dibakar dalam 'kong' bersama kuah yang diadun dengan resipi istimewa. Harganya pula bergantung pada jumlah dan saiz sate di dalamnya.

"Mungkin sudah rezeki, saya tidak menyangka sama sekali pelanggan memberikan sambutan begitu positif dan sejak itu, sate ini dikenali sebagai sate kong," katanya kepada NSTP di sini, semalam.

Yusuf berkata, sate dihasilkannya memiliki keistimewaan tersendiri, malah beliau menggunakan ramuan turun-temurun diwarisi keluarganya.

"Rasa sate juga lebih sedap berbanding biasa kerana kuahnya yang lebih pekat. Rata-rata pelanggan memberikan pujian dan itulah yang membakar semangat saya untuk mengembangkan perniagaan ini.

"Ada juga yang menyatakan sate ini wajib dicuba bila datang ke Sarikei sebab tidak ada di tempat lain," katanya.

Mengenai tin kecil digunakan untuk sate itu, Yusuf berkata, beliau tidak berdepan masalah mendapatkan bekalan kerana ada pembekal.

"Selain sate ayam dan daging lembu, saya jual menjual sate kambing, badal, buntut, kulit bersama nasi himpit. Setiap hari saya mampu melariskan sebanyak 1,000 hingga 1,500 cucuk sate.

"Ia juga mendapat permintaan tinggi pada bulan ini (Ramadan), terutama daripada pelanggan luar Sarikei.

"Bagaimanapun, saya tidak mampu memenuhi permintaan pelanggan menjelang Aidilfitri kerana jumlahnya terlalu banyak, namun akan menyediakannya seminggu selepas Aidilfitri," katanya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2018 07:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols ingat taib mahmud td...
Haha
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2018 07:37 PM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 20-5-2018 07:16 PM
Iols ingat taib mahmud td...
Haha

Aiyoyo bila kaka cakap gitu baru saya perasan abang ni persis Taib Mahmud.
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2018 07:44 PM From the mobile phone | Show all posts
napa org ingat taib mahmud saya ingat hj hadi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-5-2018 07:46 PM | Show all posts
Korang rindu betul dengan taib mahmud. Tak sabar nak raid rumah dia ke?

Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2018 07:48 PM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 20-5-2018 07:16 PM
Iols ingat taib mahmud td...
Haha

Benda sama terlintas difikiran i jugak.iras2 kan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-5-2018 07:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by akusukaq at 21-5-2018 10:49 AM
chazey replied at 20-5-2018 07:37 PM
Aiyoyo bila kaka cakap gitu baru saya perasan abang ni persis Taib Mahmud.


ponah jmpe kat heathrow. arwah bini dulu jauh tinggi dr dia. orang kate dapat bini lagi tinggi memang bertuah
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2018 08:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku pulak nampak macam ada iras2 anwar ibrahim
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2018 08:08 PM From the mobile phone | Show all posts
chazey replied at 20-5-2018 07:37 PM
Aiyoyo bila kaka cakap gitu baru saya perasan abang ni persis Taib Mahmud.

Khen..hahha
Ada pertalian saudara kah pakcik ni sama.itu taib mahmud
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2018 08:08 PM From the mobile phone | Show all posts
syidasaleh replied at 20-5-2018 07:48 PM
Benda sama terlintas difikiran i jugak.iras2 kan

Tu la...skali.pandang kan
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2018 09:34 PM | Show all posts
ingatkan haji hadi jual sate
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2018 09:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebut kong mzz imagine sate tu besar mcm king kong. Mcm mana dia bakar dalam tin tu?
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2018 12:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Mesti mahal sate ni.. Huhuuuu
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2018 06:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Muka spesis @dodolgemok
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2018 06:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Jauh nye nk pergi merasa. Kena naik kapal terbang...
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2018 06:26 AM From the mobile phone | Show all posts
meisapoya replied at 21-5-2018 06:09 AM
Jauh nye nk pergi merasa. Kena naik kapal terbang...

Ala Sate Selangor lagi sedap dr Sate Taib Mahmud pegang anjing ni haaaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2018 06:34 AM From the mobile phone | Show all posts
iloveselangor replied at 21-5-2018 06:26 AM
Ala Sate Selangor lagi sedap dr Sate Taib Mahmud pegang anjing ni haaaa

Blh suggest kt mana sedap? Sate kajang samuri bagai tu dh x sedap mcm dulu dh...
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2018 08:38 AM From the mobile phone | Show all posts
meisapoya replied at 21-5-2018 06:34 AM
Blh suggest kt mana sedap? Sate kajang samuri bagai tu dh x sedap mcm dulu dh...

dah lama dah kan tak sedap
harga pon mahal
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2018 09:04 AM | Show all posts
ingatkan sate kong kang tadi...ahaks!!
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2018 09:37 AM From the mobile phone | Show all posts
sapeka replied at 21-5-2018 08:38 AM
dah lama dah kan tak sedap
harga pon mahal

Lama dah... sblm haji samuri meninggal lg dh x sedap... i telan je klu org bagi makan free. Nk beli sdri mmg x lah...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:20 AM GMT+8 , Processed in 0.078229 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list