CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1584|Reply: 11

[Tempatan] Proses 50kg serunding sehari

  [Copy link]
Post time 20-5-2018 07:04 PM | Show all posts |Read mode


SUZIANA Mat ketika ditemui di kedai miliknya di Jalan Kubur Maras, Kampung Langgar, Kota Bharu. - Foto Syaherah Mustafa

KOTA BHARU: Bermula awal Ramadan lagi, serunding daging yang diusahakan usahawan muda, Suziana Mat, 26, mendapat permintaan tinggi sehingga perlu menyiapkan 50 kilogram hidangan itu sehari.

Suziana yang juga generasi keempat meneruskan empayar serunding milik keluarga sejak lebih 75 tahun lalu itu mengakui menerima tempahan berlipat kali ganda setiap kali bulan puasa dan Aidilfitri tiba.

Beliau yang juga pengurus Salma Serunding, menghasilkan pelbagai jenis serunding menggunakan daging, ayam dan ikan hasil resipi ibunya, Salma Yunus, 65, dengan mengamalkan resipi turun-temurun nenek moyang mereka.

Suziana berkata, serunding miliknya itu bukan saja menerima tempahan dari seluruh Malaysia malahan hingga ke luar negara seperti Brunei, Singapura, Thailand dan Arab Saudi.

"Pada hari biasa, kami menghasilkan serunding tiga kali seminggu tetapi untuk Ramadan dan menjelang hari raya, permintaannya lebih tinggi menyebabkan proses penghasilannya perlu dilakukan setiap hari.

"Serunding kami mempunyai keistimewaan tersendiri, bukan saja kerana rasa yang sedap tetapi mampu bertahan lama sehingga lebih enam bulan.

"Malah ada antara pelanggan yang memberitahu serunding yang dibeli mereka masih boleh dimakan walaupun lebih dari setahun," katanya ketika ditemui di kedai miliknya di Jalan Kubur Maras, Kampung Langgar, di sini.

Suziana yang juga anak bongsu daripada 10 beradik berkata, pemprosesan serunding dulu dan kini tetap sama, bezanya hanya pada kuantiti serunding yang dihasilkan.

"Proses penghasilan serunding mengambil masa sehingga lapan jam yang mana masa membuatnya tetap sama dari dulu sehingga kini, walaupun kami sudah menggunakan teknologi dengan membeli mesin," katanya.

Beliau berkata, serunding di kedainya dijual pada harga RM34 sehingga RM62 mengikut pada jenis serunding dan beratnya.

"Ramai pelanggan yang akan datang terus ke kedai untuk membeli, namun kami juga menawarkan khidmat pos untuk pelanggan yang jauh luar dari Kelantan.

"Serunding ini mendapat permintaan tinggi sepanjang Ramadan kerana ia boleh dijadikan lauk ketika berbuka dan sahur, selain untuk membuat kuih popia dan ketupat ketika hari raya," katanya yang turut dibantu oleh lapan pekerja yang juga sanak saudara terdekat.

Di negeri ini, Jalan Kubur Maras antara lokasi terkenal dengan jualan serunding yang mana di sepanjang jalan lebih daripada satu kilometer itu, ada lebih 10 kedai menjual serunding.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2018 08:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada personal shopper tak..nk kirim serunding raya
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2018 08:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila la nak mula bisnes serunding.
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2018 08:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau kat Selangor yg buat ni mesti Indon dan Bangla.

Melayu kat Selangor ambil untung atas angin sewa lesen dan tapak.

Lepastu berangan nak REBUILD NATION padahal malas nak mampos.
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2018 09:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg ni pun pernah makan gak...boleh lah..tp.i lg.suka yg lain..
Yg ni ada org.tk suka...rasa dia kot..pelik sket...hehe..tp kalau tkde yg lain yg ni pun jdilah...
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2018 11:40 PM From the mobile phone | Show all posts
pearl.silver replied at 20-5-2018 08:21 PM
Ada personal shopper tak..nk kirim serunding raya

i nak jugak.. kirim sekali
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-5-2018 01:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Sambal daging mkn dnn grilled cheese panas2.
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2018 07:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Sedapnya ngap dgn roti masa sahur.... mahal ye harga serunding skrg...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2018 07:36 AM | Show all posts
Mujurlah aii tak makan daging maging ini semua.
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2018 07:54 AM | Show all posts
famri7 replied at 21-5-2018 01:04 AM
Sambal daging mkn dnn grilled cheese panas2.

Sambal daging? Grilled cheese? Kaka pun nak jadi acik kepam keje gomen muka berminyak  ke?
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2018 06:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols suka mkn serunding dgn ketupat palas....yum yummmm
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-5-2018 03:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Saya antara org yg tak reti nak makan serunding daging. Bila sedang berpuasa semua benda terliur tapi bila dah berbuka tak ada selera nak makan serunding daging
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:48 AM GMT+8 , Processed in 0.235579 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list