CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1460|Reply: 16

[Jenayah] Ex- AG Tan Sri Abu Talib Othman dilantik Pengerusi J/Kuasa siasatan 1MDB

[Copy link]
Post time 20-5-2018 08:55 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: The newly-formed 1Malaysia Development Berhad (1MDB) investigation committee is in the midst of scrutinising terms and conditions of its tasks.

Committee chairman, Tan Sri Abu Talib Othman, said it had to early to elaborate on its status since it was just been established on Friday.

“Give it some time and wait (for details),” he said when contacted today.

The Council of Eminent Persons had on Friday set up the committee to investigate matters relating to 1MDB.

The other committee members are PwC Risk Assurance Services partner, Nik Shahrizal Sulaiman; Naqiz & Partners’ senior partner, Syed Naqiz Shahabuddin Syed Abdul Jabbar; Financial Services Authority Indonesia senior adviser, Faris Rabidin and Centre to Combat Corruption and Cronyism founder, Cynthia Gabriel.

It was reported that former finance minister, Tun Daim Zainuddin, who led the Council of Eminent Persons, said the team would submit a report on cases involving 1MDB that would then be handed to the government for further actions.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2018 09:02 PM | Show all posts
Cai2 dedak x nak tau.. diorg nak tau kes lapuk tahun 1980an-2003 jah. Time Jibby dlu diorg lupa nak cakap suh siasat
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-5-2018 09:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Ferr_Remy replied at 20-5-2018 09:02 PM
Cai2 dedak x nak tau.. diorg nak tau kes lapuk tahun 1980an-2003 jah. Time Jibby dlu diorg lupa nak  ...

I wonder mana cai @dcruins menghilang slps 9 mei? Sbb kdg2 jawapan dia pasal 1mdb tu cerdik sikit dari bangkem & teletobby
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-5-2018 09:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Menjawab la Apandi....dgn kau2 sekali kena interrogate.....masa pegang jwtn bukan main ko tutup suma lobang2 hidung mu......

Apandi jawab kritikan mentornya Abu Talib
6 Feb 2016, 11:58 malam (Dikemaskini 7 Feb 2016, 2:38 pagi)

A A
Peguam Negara (AG) Tan Sri Mohamed Apandi Ali menolak pendapat pendahulunya Tan Sri Abu Talib Othman bahawa beliau tidak mempunyai kuasa untuk menutup kes RM2.6 bilion, sambil menambah bahawa semua yang dia lakukan adalah berdasarkan kepada apa yang dia telah belajar dari bekas AG itu.

Apandi berkata beliau hanya mengikuti jejaknya dan "sekarang beliau kata, saya tidak boleh berbuat demikian. Saya keliru."

"Saya harap beliau boleh datang berjumpa dengan saya supaya saya boleh memberi penjelasan saya," Apandi dipetik sebagai berkata oleh Sinchew Daily dalam satu temu bual eksklusif.

Minggu lalu, Abu Talib mengkritik Apandi dengan mendakwa bahawa AG tidak mempunyai kuasa untuk mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menutup siasatan terhadap derma RM2.6 bilion yang didepositkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

"Di bawah Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan, AG mempunyai kuasa hanya untuk memulakan, menjalankan dan memberhentikan sebarang prosiding (jenayah), tetapi tidak mempunyai kuasa untuk mengarahkan mana-mana agensi penyiasatan untuk menutup kertas siasatan.

"Ini adalah kes kepentingan awam yang telah menarik perhatian seluruh dunia. AG mesti membantu SPRM untuk mengumpul bukti kerana sumber dana itu adalah di luar Malaysia," kata Abu Talib.

Dalam hal yang berkaitan, Apandi juga menegaskan bahawa dia tidak pernah meminta rakan sejawatannya dari Switzerland supaya menutup siasatan negara itu terhadap 1MDB semasa satu pertemuan September lalu.

"Saya tidak pernah berkata demikian... Itu satu pembohongan. Saya tidak pernah menyebut sebarang kes 1MDB. Ia adalah kunjungan hormat... Jika Switzerland memerlukan sebarang bantuan, saya akan memberikannya...

"Pertemuan itu adalah mengenai bantuan perundangan bersama. Kita boleh membantu pada bila-bila masa, itu sahaja."

Apandi berkata pertemuan itu antara beliau dan AG Switzerland Michael Lauber turut dihadiri oleh Timbalan Peguam Cara Negara Tun Abdul Majid Tun Hamzah dan seorang pegawai dari pejabat Lauber.

Beliau berkata pejabat Peguam Negara Switzerland telah meminta bantuan Pejabat Peguam Negara melalui Kementerian Luar Negeri, dan permintaan rasmi yang difailkan mereka hanya sampai kepadanya pada 4 Februari

Bagaimanapun, Apandi berkata beliau masih belum membaca dokumen Switzerland itu.

Pejabat Peguam Negara, katanya, akan memberi bantuan kepada Switzerland di bawah protokol bantuan perundangan bersama, walaupun beliau enggan mendedahkan butiran kerana ia adalah "rahsia".

Minggu lalu, Reuters melaporkan bahawa seorang pegawai Malaysia menggesa Lauber supaya menggugurkan penyiasatannya berkaitan 1MDB semasa satu pertemuan September lalu.

Sebelum keputusan Apandi untuk menutup kes terhadap Najib, Lauber melalui pejabatnya telah dilaporkan membuat permintaan kepada Malaysia untuk mendapatkan bantuan dalam siasatan negaranya terhadap 1MDB berhubung kemungkinan pelanggaran undang-undang Switzerland berkaitan dengan dakwaan sogokan kepada pegawai asing, salah laku di pejabat awam, pengubahan wang haram dan jenayah salah urus.

Lauber juga dilaporkan berkata bahawa Najib bukan suspek dalam siasatan Switzerland itu.

Apandi kemudiannya berkata beliau akan mengambil semua langkah yang mungkin untuk membantu pihak berkuasa Switzerland tetapi menegaskan bahawa siasatan terhadap derma RM2.6 bilion kepada Najib adalah berasingan sepenuhnya daripada siasatan terhadap 1MDB.

Apandi juga berkata pelantikannya ke Pejabat Peguam Negara adalah sah dan mengikut perlembagaan.

Beliau berkata, masalah kesihatan yang dialami pendahulunya, Tan Sri Abdul Gani Patail, bukan merupakan satu rahsia lagi.

Abdul Gani, katanya, perlu melakukan dialisis tiga hari seminggu, yang membuat bekas AG itu hanya mampu bekerja hanya dua hari setiap minggu, tolak hujung minggu.

Sebaliknya, Apandi berkata dia telah bekerja tanpa mengenal penat lelah selepas mengambil alih jawatan itu.

"Anda lihat, dengan beban kerja AG, saya tidak dapat mengambil cuti selepas saya memegang jawatan itu. Saya bekerja 24 jam sehari, tujuh hari seminggu.

"Saya juga malah perlu bekerja dari rumah (selepas waktu pejabat)," katanya sambil menambah beliau perlu mengekalkan komunikasi dengan pegawai-pegawainya melalui emel apabila berada di rumah.

Sebagai contoh, katanya, dia terpaksa bekerja sehingga satu pagi bagi sesuatu kes yang segera.

Apandi juga berkata beliau telah membuat "pengorbanan kewangan" selepas menyertai perkhidmatan awam daripada sektor swasta.

Walau bagaimanapun, katanya, beliau telah diberi penghormatan untuk berkhidmat kepada negara dan Agong.

"Saya tidak pernah minta kerja ini (AG). Saya telah ditawarkan untuk menjadi AG."

Sebelum ini, Apandi berkata dia boleh memperolehi RM15,000 bagi satu kes ketika dalam amalan swasta, tidak termasuk tambahan yuran konsultansi perundangan.

"Pada masa itu pesuruhjaya kehakiman boleh mendapat gaji asas RM17,000. Bagi saya, itu tak ada apa-apa, tambah elaun lain, ia hanya akan sampai tidak lebih daripada RM20,000."

Katanya, beliau telah melabur wang yang diperolehi daripada amalan undang-undang ke dalam hartatanah, termasuk Wisma Apandi yang telah dibina di kampung halamannya di Kota Bahru.

Bangunan ini, katanya, telah memberikan beliau pendapatan sewa yang lumayan.
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2018 10:07 PM | Show all posts
Edited by DARSITA at 20-5-2018 06:09 AM




Jeng jeng jeng

Xavier Justo jumpa Tun M




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2018 10:16 PM From the mobile phone | Show all posts
wah, makin best drama ni. tak tahu la apa perasaan najib skrg ni. harap interpol boleh tangkap gemuk jho low
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-5-2018 10:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan ke ex AG ni yg bakar bukti video skandal vijandran dulu?  Balik2 AG umno juga yg diambil semula
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2018 10:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Penglibatan bekas AG Abu Talib Osman dlm phapusan bukti video Vijandran boleh baca di sini  https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Pita_video_lucah_Vijandran
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2018 10:22 PM From the mobile phone | Show all posts
sub5zero replied at 20-5-2018 09:09 PM
I wonder mana cai @dcruins menghilang slps 9 mei? Sbb kdg2 jawapan dia pasal 1mdb tu cerdik sikit  ...

Dia terus menghilang lepas 9mei x muncul2 langsung. Cacai2 lain masih gigih menjilat walaupon kekerapan makin berkurang dek kemaluan yg amat besar pabila tewas.
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2018 10:24 PM From the mobile phone | Show all posts
DARSITA replied at 20-5-2018 10:07 PM
Jeng jeng jeng

Xavier Justo jumpa Tun M

Dia ni kan insider bagi maklumat pasal petrosaudi punya kampeni?
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2018 10:31 PM From the mobile phone | Show all posts
dodolgemok replied at 20-5-2018 10:24 PM
Dia ni kan insider bagi maklumat pasal petrosaudi punya kampeni?

Dia yg mula pecah rahsia pd sarawak report...
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2018 10:48 PM From the mobile phone | Show all posts
shahgti replied at 20-5-2018 10:18 PM
Bukan ke ex AG ni yg bakar bukti video skandal vijandran dulu?  Balik2 AG umno juga yg diambil semul ...

Bagus la ingatan kau!, tapi karpal singh ada simpan banyak copy..last sekali tersungkur juga D.P Vijandran. Aku pun sempat tengok satu video tu.he he
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2018 11:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Tan Sri Talib juga berjaya mendakwa Mokhtar Hashim ex minister DLM kes bunoh N9 kan ....
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2018 11:45 PM | Show all posts
shahgti replied at 20-5-2018 10:21 PM
Penglibatan bekas AG Abu Talib Osman dlm phapusan bukti video Vijandran boleh baca di sini  https:// ...

wow menarik ni,   byk betul skandal2 zaman Tun kalau nak korek semula..


Ex-AG Tan Sri Abu Talib Othman menasihati polis memusnahkan kesemua 11 pita video dan 4 sampul surat yang dicuri dari rumah Timbalan Speaker Dewan Rakyat D.P Vijandran sedangkan semua itu boleh menjadi barang kes / bahan bukti terpenting di mahkamah. Seksyen 413 Kod Prosedur Jenayah menyatakan hanya majistret mempunyai kuasa memusnahkan bahan bukti. Itupun melalui peraturan yang ketat.
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2018 11:47 PM | Show all posts
shahgti replied at 20-5-2018 10:18 PM
Bukan ke ex AG ni yg bakar bukti video skandal vijandran dulu?  Balik2 AG umno juga yg diambil semul ...

Tan Sri Abu Talib Othman memang AG Umno pun .  semua yg dilantik semula ni semua UMNO2.0      
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2018 11:51 PM | Show all posts
ni jawatankuasa siasat yang ke berapa plakk ni??

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2018 09:41 AM | Show all posts
Sebaliknya, Apandi berkata dia telah bekerja tanpa mengenal penat lelah selepas mengambil alih jawatan itu.

"Anda lihat, dengan beban kerja AG, saya tidak dapat mengambil cuti selepas saya memegang jawatan itu. Saya bekerja 24 jam sehari, tujuh hari seminggu.

"Saya juga malah perlu bekerja dari rumah (selepas waktu pejabat)," katanya sambil menambah beliau perlu mengekalkan komunikasi dengan pegawai-pegawainya melalui emel apabila berada di rumah.


Ok, lepas ni boleh berehat, main dgn kucing kat rumah..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:34 PM GMT+8 , Processed in 0.069396 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list