CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7122|Reply: 81

[Politik] BN tewas kerana fitnah, penyelewengan fakta - Najib

  [Copy link]
Post time 20-5-2018 10:28 PM | Show all posts |Read mode


Pahlawan Bugis pantang mengaku salah.. eh kalah kih3


PEKAN: Kekalahan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) adalah disebabkan kempen agresif Pakatan Harapan (PH) memburukkan pucuk pimpinan sebelum ini dengan menyebarkan fakta mengelirukan mengenai keadaan ekonomi negara.

Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak, berkata beliau antara sasaran pimpinan PH yang diserang dengan pelbagai fitnah bagi mencipta persepsi negatif dalam kalangan rakyat.

"Saya tidak merasakan begitu terkilan dengan kekalahan kita (BN) dalam PRU-14 yang lalu, ...rakyat sudah membuat pilihan dan kita akur dengan keputusan itu.

"Cuma apa yang saya sedih, ...ia (kekalahan) adalah disebabkan kempen memburuk-burukkan pemimpin BN, terutamanya saya dan keluarga paling teruk diserang dengan bermacam dakwaan (tuduhan).

"Selain itu, mereka (PH) juga menawarkan janji yang sangat menarik, janjikan bulan dan bintang, ...janji yang tidak boleh ditepati pun, tapi, itulah (yang rakyat) suka dengar dan akhirnya, rakyat membuat pilihan dengan memilih mereka," katanya.

Bekas Perdana Menteri yang juga Ketua UMNO Bahagian Pekan berkata demikian ketika berucap pada majlis Perasmian Serentak Persidangan Tahunan Cawangan dan Sayap-Sayap UMNO Bahagian bagi tahun 2018 di Dewan Amphitheatre, Bangunan UMNO Bahagian Pekan, dekat sini, hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Ketua UMNO Bahagian, Datuk Seri Abu Bakar Harun; Ketua Wanita UMNO Bahagian, Datuk Zalmah Abd Rahman dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian, Datuk Shaharuddin Ahmad.

Kira-kira 1,000 pimpinan dan ahli UMNO Bahagian hadir pada majlis berkenaan.

Najib turut mengulangi kenyataan bahawa apa yang berlaku sepanjang minggu lalu adalah perkara yang di luar jangkaan semua pihak, termasuklah dakwaan kononnya beliau mencuri duit rakyat.

Katanya, tindakan kerajaan ketika ini yang mendakwa akan melaksanakan 'Rule of Law' sepenuhnya adalah tidak sejajar dengan tindakan mereka terhadap beliau dan ahli keluarganya.

"Mulanya mereka cakap nak ikut 'Rule of Law'...tapi, tuan puan pun tahu (lihat) apa yang saya dan isteri serta ahli keluarga lalui, ...mereka melakukan pemeriksaan dalam rumah saya, ...rumah anak-anak saya, semuanya mereka angkut (sita), hadiah kahwin anak saya pun mereka ambil, ...kasut cucu pun mereka ambil, ...apa maksudnya ini," katanya.

Sumber: https://www.bharian.com.my/berit ... ewengan-fakta-najib

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2018 10:30 PM | Show all posts
sape fitnah sape? kepala bapak kau?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-5-2018 10:32 PM | Show all posts
sharlenetexas replied at 20-5-2018 10:30 PM
sape fitnah sape? kepala bapak kau?

Kang nnt marah kang cai2 dedak pahlawan Bugis al maksum dicerca
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2018 10:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya Allah datuk Sri najib. ...masih tak sedar dan buka mata ...hati lagi kah apa sebenarnya yang rakyat hadapi  ...bukan sebab fitnah. ..ni sebab rakyat mengalami sendiri keperitan kos hidup dan keangkuhan umno/ BN
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2018 10:36 PM | Show all posts
Ferr_Remy replied at 20-5-2018 10:32 PM
Kang nnt marah kang cai2 dedak pahlawan Bugis al maksum dicerca

iols ulang balik apa yg tokjib pernah cakap
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2018 10:37 PM From the mobile phone | Show all posts
najip dah tua nyanyuk, merapu ja tau nya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-5-2018 10:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Benar tu dato seri

Allah je boleh membalasnya aminnn
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2018 10:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Merapu dah org tua ni..semalam marahkan KJ sbb tak nak tegur bila bn bermasalah..ni kata difitnah pulak..siapa yg nyanyuk sekrg ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2018 10:42 PM | Show all posts
noor2 replied at 20-5-2018 06:33 AM
Ya Allah datuk Sri najib. ...masih tak sedar dan buka mata ...hati lagi kah apa sebenarnya yang raky ...

Mungkin dia masih lagi dibawah pengaruh nasi kangkang makcik rosmah!
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2018 10:45 PM | Show all posts
Kesihan macai bn xbigboss hari hari hadap nasi kangkang rosmah...sebab itu..
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2018 10:46 PM | Show all posts


Bismillahirrahmanirrahim wahai si Fakir bin Miskin
ko telah disedarkan kenaikkan Minyak itu benar.
Kenaikkan tol tu benar.
Kenaikkan Pengangkutan awam itu benar.
GST itu benar.
Semua itu benar..
bersyukurlah atas segalanya

Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2018 10:48 PM | Show all posts
nasip x tengah minum... kalau x mau menyembur air kojap
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2018 10:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Sbg org yg xdapat dedak walau satu sen (sbb aku atas pagar) n xlngsung tengok or baca kempen of both sides masa last PRU... I disagree.
Tok Jib. Sesekali keluar lah dari henbeg birkin suami mu n jengah2 ler rakyat jelata. Klu sel2 otakmu masih berhubung u will see why.
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2018 10:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Jibon ni tak ada sekelumit pun rasa bersalah

Tak tau malu langsong

Duit berjuta juta jumpa dalam rumah jongkong emas barang kemas mewah
Menipu merompak rasa diri tu suci sesangat
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2018 11:03 PM | Show all posts
akhirun zaman memang banyak fitnah, nabi dah bagitau

kbye



Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2018 11:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Aduh.. bila nk bertaubat kalu duk kuat statement gini ni. Dah naik kaduk la tu duk baca ramai duk kesian. Tu yg dah mula naik kembang hidong nk buat drama. Istidraj yg sgt ditakuti tp nampaknya belum dibuka pintu hati. Dah2 la tu najib. Kamu la pengkhianat dlm umno, agama dan negara. Gara2 kamu sorg habis huru hara negara dibuatnya. Insafla wahai manusia...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2018 11:25 PM From the mobile phone | Show all posts
atuk nyanyuk bugis pondan terus meroyan
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2018 11:31 PM | Show all posts
manang fitnah

Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2018 11:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Sempat lagi tuu play victim
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2018 11:35 PM | Show all posts
manang sudah manang

janji hapus gst, minyak turun, harga barang turun

bila daaa???





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
'Raja Jalanan' Myvi tewas kepada Bezza pada 2023
ultra78'Raja Jalanan' Myvi tewas kepada
Views : 9488 Replies : 28
Emma Maembong mohon maaf, tersilap langkah 'voice note' Ruhainies isu Bella Astillah
YgBenarEmma Maembong mohon maaf, tersilap langk
Views : 5956 Replies : 63
Belum masanya Malaysia laksana aturan waktu kerja fleksibel
ultra78Belum masanya Malaysia laksana aturan wa
Views : 6218 Replies : 20
Janji manismu
maklukpenggodaJanji manismu
Views : 25419 Replies : 2
Kekecohan Ada pemandu yg membunyikan hon sewaktu ketibaan jenazah komander firdaus di masjid sungai nibong
YgBenarKekecohan Ada pemandu yg membunyikan hon
Views : 4714 Replies : 15
Penyondol Tetap Isteri Sah, Boleh Tuntut Hak’ – Kenyataan Watak Imani Dalam ‘Lelaki Itu’ Mula Dibenci Netizen
YgBenarPenyondol Tetap Isteri Sah, Boleh Tuntut
Views : 13226 Replies : 172
'Diam sajalah Sanusi'
maklukpenggoda'Diam sajalah Sanusi'
Views : 5021 Replies : 8
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 17996 Replies : 89
Betul ke tu….cinter?
stingerkentotBetul ke tu….cinter?
Views : 16382 Replies : 15

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 01:05 PM GMT+8 , Processed in 0.814503 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list