CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: ultra78

Sultan Johor namakan spesies semut - Echinopla Tunku-Abduljalilii

[Copy link]
Post time 21-5-2018 08:41 AM | Show all posts

Sultan Johor namakan semut 'Echinopla Tunku-Abduljalilii'

JOHOR BAHRU - Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar perkenan menamakan spesies semut Echinopla baharu ditemui Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) sebagai Echinopla Tunku-Abduljalilii.

Ketua Pusat Pemeliharaan dan Penggunaan Mapan Sumber-Sumber Semula Jadi (CoR-SUNR), Fakulti Sains Gunaan Dan Teknologi UTHM Prof Datin Dr Maryati Mohamed berkata, spesies baharu daripada jenis kumpulan Echinopla itu dikutip daripada tumbuhan renik di tepi Sungai Bantang, Hutan Lipur Sungai Bantang dekat Labis, Mei tahun lalu.

"Terdapat 15 spesies daripada jenis kumpulan Echinopla di Malaysia dan spesies baharu ini merupakan spesies ke-16 dan kedua dari Johor yang mana spesies pertama iaitu Echinopla Wardi telah dijumpai di Kota Tinggi.

"Spesies ini berukuran 5.48 milimeter panjang dan berwarna hitam. Kebanyakan spesies Echinopla yang lain badannya mempunyai bulu, tetapi spesies Echinopla yang baharu ini tidak mempunyai bulu," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Menurutnya, bagi menghargai kejayaan pertama CoR-SUNR dan UTHM atas penemuan spesies baharu itu, Canselor UTHM iaitu Sultan Ibrahim telah dipohon limpah perkenan bagi menamakan spesies Echinopla berkenaan.

"Atas perkenan penamaan spesies ini, International Code of Zoological Nomenclature (IZCN) iaitu sebuah badan antarabangsa yang menguruskan penamaan spesies baharu akan mengeluarkan satu kenyataan pengesahan sekali gus rasmilah nama Echinopla Tunku-Abduljalilii ini," katanya.

Maryati berkata nama spesies baharu itu akan terus kekal dan hanya akan hilang sekiranya mengalami kepupusan dan jelasnya sebelum ini terdapat penamaan spesies berkaitan dengan keluarga diraja iaitu Rafflesia Tengku-Adlinii yang pernah ditemui di Sabah.

Sehingga kini terdapat 16,000 spesies semut yang telah dinamakan secara saintifik dan terdapat lebih kurang 33 spesies dalam kumpulan jenis Echinopla yang terdapat di Australia, Filipina, Papua New Guinea, Indonesia, India dan Malaysia. - Bernama

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2018 08:42 AM | Show all posts
Nyah! Kau baru keluar gua ka?
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2018 08:58 AM | Show all posts
untong laa...lepas nie...nak namakan apo plak...
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2018 09:09 AM | Show all posts
nih la org kata lembu punya susu sapi dpt nama.

saintis kita dpt asap...
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2018 09:55 AM | Show all posts

Sultan Johor Berkenan Namakan Semut Sebagai Echinopla Tunku-Abduljalilii

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar untuk menamakan semut spesies baharu yang ditemui Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) sebagai Echinopla Tunku-Abduljalilii.


Ketua Pusat Pemeliharaan dan Penggunaan Mapan Sumber-Sumber Semula Jadi (CoR-SUNR), Fakulti Sains Gunaan Dan Teknologi UTHM, Prof Datin Dr Maryati Mohamed berkata, spesies itu dikutip pada Mei tahun lepas daripada tumbuhan renik di tepi Sungai Bantang dekat Labis.

Foto: mStar Online


"Terdapat 15 spesies daripada jenis kumpulan Echinopla di Malaysia dan spesies baharu ini merupakan spesies ke-16 dan kedua dari Johor yang mana spesies pertama iaitu Echinopla Wardi telah dijumpai di Kota Tinggi."


"Spesies ini berukuran 5.48 milimeter panjang dan berwarna hitam. Kebanyakan spesies Echinopla yang lain badannya mempunyai bulu, tetapi spesies Echinopla yang baharu ini tidak mempunyai bulu.'


Foto: mStar Online


mStar Online melaporkan, Sultan Ibrahim selaku Canselor UTHM telah dipohon limpah perkenan bagi menamakan spesies Echinopla berkenaan bagi menghargai kejayaan pertama CoR-SUNR dan UTHM atas penemuan spesies baharu itu.


"Atas perkenan penamaan spesies ini, International Code of Zoological Nomenclature (IZCN) iaitu sebuah badan antarabangsa yang menguruskan penamaan spesies baharu akan mengeluarkan satu kenyataan pengesahan sekali gus rasmilah nama Echinopla Tunku-Abduljalilii ini." -CARI
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2018 10:00 AM | Show all posts
albedah replied at 20-5-2018 08:39 PM
Echinopla Jalili better.

Much better @albedah!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-5-2018 10:23 AM | Show all posts
albedah replied at 20-5-2018 08:39 PM
Echinopla Jalili better.

setuju sangat!


kot iye pun, tak perlu lah letak full name sekali dgn royal title tu weiii. mcm taksub sgt dgn kedaulatan tu.. alahai.
mmg ridiculous lah.


apa2 pun, untung lah sang semut. dpt Tunku. ko hadaaaaaa!


Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2018 10:25 AM From the mobile phone | Show all posts
imransulaiman replied at 21-5-2018 12:20 AM
Dulu masa sekolah kat BP, ada sejenis semut merah kepala besar tak ingat nama.. Bila dia gigit kita  ...

Semut charlie ke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2018 10:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Cayala nama semut ni. Urban gitu
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2018 10:46 AM | Show all posts
nama mesti ada tunku untuk membuktikan bukan makcik jual karipap yg bagi nama
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2018 11:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Org lain yg jmpe n berhempas pulas dlm reseacrh ni..cm mne plak org lain yg blh bg nama..

Bg contoh:
Air yakult. Bakteria nama shirota dijumpai oleh Prof shirota.

Sepatutnye researcher yg berhak bg nama..
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2018 11:15 AM | Show all posts
pelik ja nama hahaaaaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2018 11:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Benang pasal ni ada banyak dah kot..lebih dari 2 kot
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2018 11:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau kita jumpa bkn sebut name penuh dia pon, panggil semut jgk.
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2018 11:30 AM | Show all posts
nama mcm lucu...
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 10:56 PM GMT+8 , Processed in 0.061892 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list