Pelbagai cara yang boleh dilakukan oleh peminat yang amat meminati artis pujaan mereka. Bukan hanya dengan memberi sokongan kepada artis tersebut tetapi ada yang sanggup berhabis wang ringgit dengan memberikan hadiah.
Menariknya, seorang pengguna twitter yang dikenali dengan nama Adel Is Cray For Tae telah berjaya menghadiahkan sepasang set lengkap baju Melayu berwarna putih kepada artis pujaannya melalui kiriman pos ke Korea. Dia bertambah teruja dan gembira apabila pakaian yang dihadiahkan itu dipakai oleh artis pujaannya ketika membuat persembahan.
Wanita ini begitu teruja untuk menghadiahkan sepasang baju Melayu Aaron Aziz kepada Taehyung.
Impian wanita ini tercapai setelah berhabis wang ringgit semata-mata untuk melihat artis pujaannya memakai baju Melayu berwarna putih ini.
Ramai netizen yang juga meminati anggota kumpulan BTS berasa sangat gembira dan teruja dengan artis pujaan mereka yang begitu menghargai pemberian peminat. Masing-masing mengucapkan tahniah kepada wanita itu kerana usahanya yang bersungguh-sungguh untuk melihat artis tersebut memakai baju Melayu.
Bagaimanapun, ada juga netizen yang tidak suka dengan status twitter wanita ini yang dilihat begitu taksub dengan artis korea tersebut. Maklumlah, status tersebut menunjukkan yang wanita ini sudah boleh meninggal dengan aman gara-gara melihat artis pujaannya menunaikan impiannya.
Netizen ini juga berpendapat wanita ini harus memikirkan sesuatu yang lebih penting dalam hidupnya sebagai umat Islam seperti isu Israel berbanding memuja artis Korea itu.
Apa-apa pun, tidak salah untuk meminati artis kesukaan kita, tetapi berpada-padalah dan jangan sampai melanggar syariat. Wanita ini wajar dipuji kerana telah memperkenalkan pakaian tradisional Melayu ke negara lain dan sudah pasti ia menjadi tontonan seluruh dunia. Apa pendapat kalian? - CARI |