CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11298|Reply: 225

[Tempatan] Janji 110hari PH : PTPTN tangguh bayaran, bebas sekatan serta-merta

  [Copy link]
Post time 23-5-2018 10:06 AM | Show all posts |Read mode

Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik bercakap pada sidang media selepas selesai Majlis Serah Terima Tugas di Dewan Zaaba Kementerian Pengajian Tinggi, Putrajaya. foto IQBAL BASRI, 22 MEI 2018


PUTRAJAYA – Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang masih tidak memperoleh gaji RM4,000 sebulan dikecualikan daripada membuat sebarang bayaran.




Demikian kata Menteri Pendidikan baharu, Dr. Maszlee Malik sambil menegaskan, langkah itu berkuat kuasa serta-merta sebagai menunaikan janji pilihan raya yang dibuat Pakatan Harapan (PH) dalam masa 100 hari selepas menang pilihan raya.


“Di peringkat pengajian tinggi, kita akan memberikan tumpuan sebab kita janji dalam 100 hari untuk meletakkan syarat kepada pembayar PTPTN iaitu mereka yang belum mencapai gaji RM4,000 mereka tak perlu membayar.


“Cuma kita perlu berhubung dengan pihak imigresen untuk menarik sekatan perjalanan mereka. Itu antara janji yang perlu kita tunaikan dan jadi keutamaan,” katanya pada sidang media selepas Majlis Serah-Terima Tugas bekas Menteri Pendidikan Tinggi kepada beliau di sini hari ini.


Manifesto PRU-14 PH tidak menawarkan pemansuhan hutang PTPTN  seperti mana yang dijanjikan pada PRU-13 sebaliknya, manifesto PH tetap meneruskan PTPTN  tetapi tempoh bayaran balik kepada peminjam dilanjutkan sehingga mereka mencapai pendapatan bulanan sebanyak RM4,000 sebulan.


Ditanya sekiranya gaji peminjam PTPTN mencecah RM4,000 dalam masa beberapa tahun akan datang, beliau berkata, mereka dialu-alukan membuat bayaran sebagai tanda tanggungjawab.


“Tidak perlu bukan tak payah, kalau mereka nak bayar lagi bagus (gaji lebih RM4,000).  Kita ingin wujudkan dalam kalangan warga Malaysia sikap bertanggungjawab.


“Bila gaji mereka sampai RM4,000 atau tak sampai mereka nak bayar pun dialu-alukan. Itulah sikap yang sepatutnya ada,” katanya.


Katanya lagi, penangguhan bayaran itu dibuat dengan mengambil kita keadaan ekonomi semasa dan tekanan rakyat terhadap kos sara hidup meningkat.


“Memandangkan keadaan ekonomi yang teruk pada hari ini, maka kita letakkan RM4,000 itu supaya bila mereka sampai tahap itu, mereka boleh membuat pembayaran,” katanya lagi. – MalaysiaGazette









Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2018 10:09 AM | Show all posts
MARA also pls...hihii
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2018 10:17 AM | Show all posts
Ditanya sekiranya gaji peminjam PTPTN mencecah RM4,000 dalam masa beberapa tahun akan datang, beliau berkata, mereka dialu-alukan membuat bayaran sebagai tanda tanggungjawab.

“Tidak perlu bukan tak payah, kalau mereka nak bayar lagi bagus (gaji lebih RM4,000).  


kalau ikut ayat ni macam kalau rasa nak bayar pun voleh tak nak bayar pun voleh walau gaji telah melepasi 4000 henggit

kalau tak bayar maknanya takde apa apa tindakan diambil macam sebelum ni nama kena senarai hitam
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2018 10:18 AM | Show all posts

pergi ar mintak diskaun kat mara nun


Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2018 10:20 AM From the mobile phone | Show all posts
fushimi replied at 23-5-2018 10:17 AM
Ditanya sekiranya gaji peminjam PTPTN mencecah RM4,000 dalam masa beberapa tahun akan datang, beliau ...

Aah kan? Tu lah, i pun confuse napa ckp mcmtu. Patutnya dah lebih 4k, haruslah bayar
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2018 10:21 AM | Show all posts
meme ramai tak bayar la..dah sampai tangga 4000 semua buat bodoh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-5-2018 10:23 AM | Show all posts
aku rs mcm dia ada salah susun ayat je ni
xpatot la xbyr langsung
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2018 10:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Boleh mintak balik x kalau dah bayar full?? Sapa la gaji 4k kalau baru keje 2 3 tahun. Kering2 pon 3k. Iolss nak beraya lebih sikit tahun ni kalau boleh mintak balik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2018 10:24 AM | Show all posts
Atata replied at 23-5-2018 10:20 AM
Aah kan? Tu lah, i pun confuse napa ckp mcmtu. Patutnya dah lebih 4k, haruslah bayar

aku pun rasa penerangan ni kurang menyeluruh atau pun kurang jelas
jangan sesedap rasa je bagi kenyataan asal janji 100 hari dipenuhi






Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2018 10:26 AM From the mobile phone | Show all posts
meteorspeed replied at 23-5-2018 10:21 AM
meme ramai tak bayar la..dah sampai tangga 4000 semua buat bodoh

Kalau buat bodoh jugak kuatkuasakn balik blacklist imigresen, ctos apa bagai tuh.
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2018 10:27 AM | Show all posts
asal janji di capati
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2018 10:27 AM | Show all posts
hermm... pasni ramai la hadek2 penoh kt hatyai tuh... menambahkan crowded...

x aci la
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2018 10:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Atata replied at 23-5-2018 10:20 AM
Aah kan? Tu lah, i pun confuse napa ckp mcmtu. Patutnya dah lebih 4k, haruslah bayar

Dia nak lahirkan rakyat bertanggungjawab. Dah hutang harus tahu tanggungjawab utk bayar. Patut nya dia suruh je bayar berapa2 yg mampu. Tu lg bertanggungjawab iolss rasa. Bkn suruh rakyat lepas tangan nak tunggu tangga gaji naik. Sbb ada yg iolss kenal dah keje lama pon gaji dah byk masih liat nak bayar waima 50 hinggit. Sbb nak tunggu peluang mcm ni la. Peluang x yah bayar




Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2018 10:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau sampai 4k pun bayaran dikira optional, konah pasti yg bukan peminjam ptptn pun akan merasai "gelombang" nya - maybe through cukai ka, SST ka...
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2018 10:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Yg direct debit mcm mana.. drg ganti blk ke

Xjelas la.. klu xbyr tu interest jln ke x? Klu jln xguna la
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2018 10:33 AM | Show all posts
then dia buat gaji minima RM4k
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2018 10:35 AM | Show all posts

mara kan sukati nak bayar berapa...

aku pnh hutang study loan mara rm1500. took me some years to pay back... biasa lah...kadang2 bayar 100, berduit sikit 200.. kadang2 tak bayar sbb nak guna duit...

sedangkan dalam jadual aku kena byr rm150 per mth
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2018 10:35 AM | Show all posts
benda ni hanya valid untuk 5 tahun je kan

kalau next pru PH kalah maknanya dah tak valid kan

sesapa voleh bagi pencerahan

Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2018 10:37 AM From the mobile phone | Show all posts
lazim replied at 23-5-2018 10:31 AM
Yg direct debit mcm mana.. drg ganti blk ke

Xjelas la.. klu xbyr tu interest jln ke x? Klu j ...

Tak bayar kalu, interst tetap jalan. So pilih lah, teruskan bayar atau stop tp nnt hutang berkumpul balik. No point
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2018 10:38 AM From the mobile phone | Show all posts
palmolive replied at 23-5-2018 10:33 AM
then dia buat gaji minima RM4k

Hahahahaha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:35 PM GMT+8 , Processed in 0.098506 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list