CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: roy3

[Tempatan] 1MDB Dah muflis, Hutang Siapa Nak Bayar?

[Copy link]
Post time 24-5-2018 01:00 PM | Show all posts
Jual bangunan2 umno... buat bayar hutang... tu pon tak cukup lagi kot
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2018 01:05 PM | Show all posts
Jibby dan macai kata jika dapig berkuasa, mulayu merempat kat tanah sendiri. Skrg terbukti siapa sebenarnya membangsxtkan mulayu.


Bukti duit rakyat digunakan utk membayar utang 1mdb.
Manalah ada orang bodoh bagi derma billion2?
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2018 01:12 PM | Show all posts
roy3 replied at 23-5-2018 07:43 PM
Macai ckp aritu aset 1mdb melebihi hutang..skang muflis plak xlalu byr hutang

1MDB dibawah pengurusan Kementerian Kewangan,
Jadi tanggungjawab Kementerian Kewangan menguruskan aset2 1MDB dan membayar hutang 1MDB.
Bukan Bailout sebab aset2 1MDB sudah menjadi milik kementerian Kewangan.

1MDB pindah pemilikan tanah kepada Menteri Kewangan Diperbadankan






  Share























BALIK PULAU: 1Malaysia Development Bhd (1MDB), syarikat pembangunan strategik kerajaan telah memindahkan pemilikan semua tanahnya, termasuk plot tanah di Air Itam di sini kepada Menteri Kewangan Diperbadankan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Arul Kanda Kandasamy, berkata di bawah pelan rasionalisasi itu, semua tanah kini berada di bawah bidang kuasa Menteri Kewangan Diperbadankan, atas cadangan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).




Beliau berkata, PAC mencadangkan pindahan pemilikan aset yang dimiliki 1MDB kepada syarikat-syarikat di bawah Menteri Kewangan Diperbadankan, sebagai contoh, Tun Razak Exchange (TRX).



"Ini akan membolehkan ia dibangunkan tanpa dibelenggu oleh tanggapan negatif terhadap 1MDB," katanya selepas sesi penjelasan mengenai 1MDB, di sini, hari ini.

Pemilikan tanah yang telah dipindahkan kepada Menteri Kewangan Diperbadankan terdiri daripada plot tanah di Air Itam, Pulau Indah, Bandar Malaysia dan TRX, dengan pembangunannya akan diputuskan oleh Menteri Kewangan Diperbadankan.

Sebelum ini, tanah di Air Itam seluas 9.5 hektar itu telah diperuntukkan bagi projek perumahan mampu milik terdiri daripada 9,999 unit kediaman yang dicadangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Arul Kanda berkata, Menteri Kewangan Diperbadankan memiliki 100 peratus tanah di TRX, manakala menara yang sedang dibangunkan telah dipajakkan.

Beliau yang menegaskan bahawa Kementerian Kewangan tidak pernah menyelamatkan 1MDB berkata: "Kami akui bahawa 1MDB telah membuat keputusan perniagaan yang merugikan dan kami akur dengan semua tuntutan yang dibuat oleh PAC seperti menukar pengurusannya."

Sementara itu, Arul Kanda melahirkan kekecewaan dengan ketidakhadiran pihak pembangkang semasa sesi ceramah umumnya bagi menjelaskan isu berkaitan dengan 1MDB.

Beliau berkata, tidak ada seorang pun daripada wakil pembangkang yang datang menghadiri kempen penjelasan beliau yang bermula di Subang Jaya, diikuti di Shah Alam dan Sungai Siput (semalam) walaupun mereka telah dijemput. - BERNAMA







Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-5-2018 01:29 PM | Show all posts
rashiman replied at 24-5-2018 01:12 PM
1MDB dibawah pengurusan Kementerian Kewangan,
Jadi tanggungjawab Kementerian Kewangan menguruskan ...

mof masa tu buat kj x??unit dana 9.8 bilion yg dicanang2 sblm ni pn arulnaconda da mengaku itu adalah penipuan..gile jijik menipu rakyat
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-5-2018 01:42 PM | Show all posts


gile jijik..rakyat jugak kene bayar..1mdb kene la tulis surat dlu kt gomen kata 1mdb xmampu byr..barula gomen byr..nk xnk terpaksa
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2018 02:08 PM From the mobile phone | Show all posts
owenkatz replied at 24-5-2018 12:52 PM
lagi menyirap baca kenyataan balas najib>

http://www.thestar.com.my/news/nation/2018/05/24/naji ...

So selama ni najib sugarcoat statement2 sbb taknak foreign investment mengalir keluar ke? Walau hakikatnya negara dah tenat....dia paham dak benda tu jd gitu sbb org nk cuci taik2 dia...yaaaawwwlohhhhhh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-5-2018 02:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by siputsedut at 24-5-2018 04:09 PM
roy3 replied at 24-5-2018 01:29 PM
mof masa tu buat kj x??unit dana 9.8 bilion yg dicanang2 sblm ni pn arulnaconda da mengaku itu ada ...


Mof masa tu najib....ko ghaseeeee?
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2018 02:09 PM | Show all posts
roy3 replied at 24-5-2018 01:29 PM
mof masa tu buat kj x??unit dana 9.8 bilion yg dicanang2 sblm ni pn arulnaconda da mengaku itu ada ...

Bila nak dakwa di mahkamah ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-5-2018 02:28 PM | Show all posts
siputsedut replied at 24-5-2018 02:08 PM
Mof masa tu najin....ko ghaseeeee?

mampu tersenyum je
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-5-2018 02:30 PM | Show all posts
rashiman replied at 24-5-2018 02:09 PM
Bila nak dakwa di mahkamah ?

sabar..proses dakwa tu tgh berjalan..sprm pn tgh nk lengkapkan dokumen je
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2018 02:55 PM From the mobile phone | Show all posts
siputsedut replied at 24-5-2018 02:08 PM
Mof masa tu najin....ko ghaseeeee?

Najib jual/pindahmilik ke najib utk bayar utang najib...senang betul idup lol
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2018 04:09 PM From the mobile phone | Show all posts
hzln replied at 24-5-2018 02:55 PM
Najib jual/pindahmilik ke najib utk bayar utang najib...senang betul idup lol

Najib buat apa pon..authorize transaction apa pon..najib je yg tau
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2018 04:39 PM | Show all posts
sabar la nak buat pendakwaan.

kang tak cukup info, stress kena mengadap tobby's cp over and over again.

rilex sudah. najib pun bila nak dakwa WSJ?
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2018 04:45 PM From the mobile phone | Show all posts
siputsedut replied at 24-5-2018 02:08 PM
So selama ni najib sugarcoat statement2 sbb taknak foreign investment mengalir keluar ke? Walau ha ...

sugar coat apanya. part mana data palsu?
jabatan statistik dah nafi. data tu la yg mof, bnm, imf semua guna. tak agak2 betul nak kata data palsu.
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2018 04:55 PM | Show all posts
nak dakwah macamana..semua document dah hilang...sebelum pilihan raya dah bawa lari..
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2018 04:56 PM | Show all posts
buktinya ...bila buka peti besi...hilang..kosong
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2018 04:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Ganja tetap tak purcaya selagi belum disabitkan salah. Ini semua dakyah kurajaan baharu
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2018 05:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Arul konda kondi tu amacam..ketar ke x
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2018 07:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Zazama at 24-5-2018 07:52 PM

Arul keje apa yek kt 1MDB.  kesian ngat2 kt dia sampai xtau mende pasal syarikat. Whadt a pidtty!
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2018 07:40 PM | Show all posts
bayar, jgn tak bayar. mesti arul berharap dia skang kat dubai kan


Saya arah Arul Kanda bayar hutang 1MDB RM143.75 juta sebelum 30 Mei - Guan Eng

PUTRAJAYA: Menteri Kewangan, Lim Guan Eng telah mengeluarkan arahan kepada Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy agar membayar balik hutang 1MDB dengan kerajaan sebanyak RM143.75 juta.

Tegasnya, 1MDB perlu menjelaskan hutang berkenaan selewat-lewatnya pada 30 Mei ini.

“Saya telah dimaklumkan oleh Timbalan Ketua Perbendaharaan, Datuk Siti Zauyah Mohd Desa bahawa antara perkara paling perlu disegerakan dan diselesaikan pada hari pertama saya di kementerian ialah pembayaran hutang 1MDB.

“Ini adalah kerana jumlah RM143.75 juta perlu dibayar oleh 1MDB selewat-lewatnya 30 Mei 2018,” katanya dalam sidang media pertamanya sebagai Menteri Kewangan di Kementerian Kewangan di sini hari ini.

“Arul Kanda setakat ini menegaskan bahawa 1MDB dapat melangsaikan hutang itu sepenuhnya. Jadi, saya telah memberikan arahan kepada Arul Kanda untuk membayar jumlah berkenaan minggu depan,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Guan Eng telah berjumpa dengan Pengarah-Pengarah 1MDB, iaitu Datuk Kamal Mohd Ali dan Datuk Norazman Ayob untuk mengulas kepada kementerian mengenai skandal 1MDB.

“Kami juga sangat prihatin terhadap perkara di atas kerana saya telah dimaklumkan oleh pegawai kementerian bahawa MOF (Kementerian Kewangan) telah menyelamatkan hutang 1MDB sejak April 2017,” katanya lagi.

Setakat ini katanya, Kementerian Kewangan telah menyelamatkan hutang 1MDB sebanyak RM6.98 bilion.

“Jumlah itu termasuk pembayaran yang dibuat IPIC sebagai Perjanjian Penyelesaian berjumlah RM5.05 bilion,” kata Guan Eng.

Justeru katanya ia jelas menunjukkan bahawa 1MDB telah menipu rakyat Malaysia dengan mengatakan mereka telah membayar hutang kepada kerajaan melalui langkah rasionalisasi yang berjaya.

“Lebih teruk, senarai bayaran sehingga kini adalah hanya melibatkan interest (faedah), bayaran kupon, dan pendahuluan dari IPIC. Mereka tidak memgambil kira hutang berbilion ringgit yang perlu dibayar sehingga tahun 2022."

Beliau juga dimaklumkan bahawa perkhidmatan Arul Kanda sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB adalah sehingga 30 Jun.


http://www.astroawani.com/berita ... mei-guan-eng-176151
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:38 AM GMT+8 , Processed in 0.092580 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list