CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1036|Reply: 5

[Dunia] Puasa Memudaratkan Ekonomi - Umat Islam Denmark Diminta Cuti Sebulan dan Beramal

[Copy link]
Post time 23-5-2018 11:22 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
HELSINKI 22 Mei – Menteri Integrasi Denmark, Inger Stoejberg menegaskan umat Islam yang berpuasa dalam bulan Ramadan tidak seharusnya bekerja kerana tindakan itu berbahaya dari segi keselamatan bagi pekerjaan tertentu.

Ini kerana tempoh berpuasa yang panjang boleh membahayakan pekerja dalam beberapa bidang tertentu dan menyebabkan ibadah itu ‘membahayakan untuk semua’.

Stoejberg yang merupakan anti pendatang dalam isu imigresen bagi kerajaan berhaluan kanan Denmark mempersoalkan sejauh mana kesesuaian rukun Islam yang berusia 1400 tahun’ dengan amalan pasaran buruh yang moden.

Dalam kenyataannya yang disiarkan dalam akhbar tabloid BT, menteri itu memberikan contoh prestasi pemandu bas yang boleh terjejas kerana tidak makan dan minum pada siang hari dalam bulan Ramadan ini.

Beliau mendesak semua umat Islam di negara-negara Nordic supaya bercuti sepanjang Ramadan bagi ‘mengelak kemungkinan buruk berlaku terhadap masyarakat Denmark.’

Pengerusi Kesatuan Islam Denmark, Pia Jardi menyifatkan kenyataan Stoejberg itu sebagai ‘idea yang benar-benar tidak masuk akal’.

“Tiada sebarang maklumat atau statistik yang menunjukkan pemandu bas atau pekerja Islam lain akan bertindak dalam keadaan membahayakan semasa berpuasa,’’ katanya.

Menurut Pia, di kebanyakan negara Islam perniagaan dan kedai beroperasi seperti biasa.

Malah katanya, umat Islam yang berpuasa mempunyai tanggungjawab untuk memastikan mereka mendapat rehat yang cukup.

Berjuta-juta umat Islam di seluruh dunia kini menjalani ibadah berpuasa sepanjang Ramadan yang bermula minggu lalu.

Kira-kira 250,000 umat Islam menetap di Denmark yang mempunyai penduduk seramai 5.7 juta orang.

Stoejberg merupakan anggota parti Liberal konservatif yang merupakan parti tunggal membentuk kerajaan minoriti negara ini dengan dipimpin oleh Perdana Menteri, Lars Loekke Rasmussen sejak 2015.

Sejak beberapa tahun lalu, wanita itu telah menjadi jurucakap kepada kerajaan untuk mengetatkan undang-undang imigresen dan suaka.

Pada 2016 Denmark melaksanakan undang-undang mewajibkan setiap pemohon suaka baharu menyerahkan barangan berharga seperti barangan kemas dan emas sebagai bayaran untuk tinggal di negara ini. – AGENSI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2018 11:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Menteri Dunimarca Sama lah macam macai2 lobai2 pembangang yg cakap Madey dah tua elok duk diam2 dan beribadat saja
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-5-2018 05:56 AM From the mobile phone | Show all posts
pyropura replied at 23-5-2018 11:27 PM
Menteri Dunimarca Sama lah macam macai2 lobai2 pembangang yg cakap Madey dah tua elok duk diam2 dan  ...

Mahathir memng memudaratkan.

Tapi rakyat Malaysia ambil risiko untuk Selamatkan Malaysia walaupun sebenarnya masuk mulut Naga.
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2018 06:33 AM | Show all posts
iloveselangor replied at 24-5-2018 05:56 AM
Mahathir memng memudaratkan.

Tapi rakyat Malaysia ambil risiko untuk Selamatkan Malaysia walaup ...

xpe... kita dah bosan sgt duk dalam mulut buaya...nak juga rasa mulot binatang baru
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2018 07:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Tempoh berpuasa di denmark kira-kira antara 18 hingga 21 jam.
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2018 11:01 AM From the mobile phone | Show all posts
iloveselangor replied at 24-5-2018 05:56 AM
Mahathir memng memudaratkan.

Tapi rakyat Malaysia ambil risiko untuk Selamatkan Malaysia walaup ...

tak Kesah lar, janji  keluau Dari mulot umngok
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:08 AM GMT+8 , Processed in 0.113772 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list